Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hari Kapasitor .6 : Hujung Bulan

 

Assalamualaikum

Hujung bulan. Buletin. Prasasti dan Kap-sule.

Tambah, hujung bulan ni, KapasitorMS ada PRASASTI. Wow. Adakah Prasasti itu edisi BUMPER? Ya lah, dah lama KapasitorMS cuma buat buletin. Nantikan.

Maka, bantu kami dengan F-share, rekomen, reviu karya rakan-rakan pada bulan ini. Sila-sila. Sila melobi karya kesukaan anda yang diarakan patut masuk buletin dan dua e-magazine Kapasitor.

::

Untuk yang tak tahu, atau tak mengikuti perkembangan Kapasitor di Facebook. Seminggu ni, Kapasitor macam gelombang pulak dekat Facebook. Ya lah, hari Isnin keluar BH, muka Naim Fital dan Johari, puisi Dayya, wah, masuk BH dengan kisah yang menarik. Tak sia-sia saya bangun pagi drive hujan-hujan pergi ke Putrajaya. Terima kasih kepada Johari dengan "bantuan" dia.

Tup-tup. Semalam, keluar pula Kosmo. Wah, muka johari jadi frontpage bahagian Infiniti. Alhamdulillah, dapat publisiti besar, dua muka surat penuh (tambah muka jo ada 3 muka surat), tentang kapasitor. Sesiapa yang baru mengenali kapasitor dari dua artikel tersebut, selamat datang ke medan apresiasi sastra.

::

Jadi, Hari Kapasitor mahu highlightkan beberapa perkara di bawah.

1.KAKI KAMERA. Borak Foto bersama Shaiful Rizal, 31 Julai ini. Maklumat di link

 

2.KAKI ARTIKEL. Seminar Becoming Wordsmith akan ditangguhkan kepada bulan Oktober. (bukan seperti di poster). Jadi anda masih mampu melobi rakan anda.

3. KAKI JALAN : 7 Ogos, syuhada (syud) dan rakan-rakan merancang untuk panjat broga. Sebelum berpuasa. Apa lagi. Jom BROGA .2 lah. hahaha. Tapi semua bergantung kepada placement syud nanti! Tunggu maklumat lanjut dari syud dan rakan-rakan.
KAKI PULAU : Gurls, tak mahu ikut kakak aishah dan iqa ke perhentian? Maklumat lanjut hubungi mereka. 

4. Sudah mahu berpuasa, tak ada penaja untuk kita buat sayembara karya Islami? Kalau ada sesiapa tahu mana-mana penaja yang boleh dipujuk rayu, hubungi admin kapasitor. Ya, dah lama kita tak buat sayembara, lomba dan sebagainya. 

5. Juga kalau ada contact untuk kita buat aktiviti di kampus/sekolah anda, hubungi admin.

6. Sesiapa berminat untuk menulis artikel untuk prasasti, sila panjangkan kepada mana-mana moderator kapasitor MS.

7. (3,4,5 adalah sukahati saya je letak tanpa kebenaran admin, syud n friends, dan kak uculer).

Itulah 6 perkara nak highlights. Teruskan f-share, like dan segalanya.

apunpital
Hari Kapasitor .6

_

Apa nak buat waktu Hari Kapasitor?

Gunakan kapasitor widget untuk karya anda sendiri atau karya yang anda minat di blog anda. Kod kapasitor widget boleh diperolehi dari ruang bawah karya, sebelum ruang komen. Gunakan butang F share untuk berkongsi karya di sini dengan rakan-rakan anda di Facebook. Dapatkannya di bahagian kanan sebelah tajuk Karya yang anda ingin kongsikan. Di situ juga ada butang tweet dan google buzz untuk berkongsi dengan rakan anda di laman tersebut. Anda boleh buat entry khas di blog (myspace, dll ) untuk memberi publisiti kepada Kapasitor. Dalam apa jua bahasa. Dalam apa juga stail. Poster, bercerita di blog, atau apa sahaja. Buat status Ym yang dipautkan url kapasitor/karya yang anda minat. Cuma satu hari sahaja. Ini juga peluang untuk mendapatkan lebih komen dan rating untuk karya anda sendiri atau karya orang yang anda minati. Status di facebook dan lain-lain tempat? Gunakan kesempatan ini untuk rekomen karya yang anda rasa hebat, atau bagi penulis yang baik mungkin boleh reviu satu dua karya. Jom borak di chatroom waktu senggang. dan lain-lain.

 

Baca perbualan