Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Salam Kenal, Salam Karya, Salam Budaya!

 

Kapasitor: Lepak Santai

Dua tiga hari ini Kapasitor meriah menerima kedatangan warga baru. Selamat datang buat anda semua! Kami warga sedia ada mendepang tangan, meramah mesra, melonjak gembira menyambut kedatangan anda! :D :D :D

Buat yang masih terpinga, yang tidak tahu arah ke mana, yang mahu menikmati pengalaman yang sepatutnya. Di sini saya kongsikan, dari banyak-banyak tips yang ada, tiga petua paling asas untuk memulakan kehidupan di Kapasitor :)

1. Kenali
Selain Kapasitor sebagai gedung perkongsian dan mengasah bakat karya kreatif, apa yang anda patut tahu di sini terdapat banyak aliran karya, tidak semestinya yang perdana atau mengikut buku saja. Tahap kemahiran berbahasa, kumpulan usia, latar pendidikan dan nawaitu berkarya juga berbeza. Kumpulan terbesar di sini adalah yang baru bermula dan masih mencari hala.

Jadi raikan apa yang kita suka, elakkan sengketa :D


2. Interaksi
Sebagai satu komuniti, interaksi merupakan nadi utama penggerak. Kenalkan diri, bertegur sapa sesama ahli. Bila hubungan terjalin barulah nak baca karya pun rasa dekat di hati. Dah kenal siapa penulisnya :)

Rajin-rajinlah menjenguk karya orang lain juga. Setidak-tidaknya jenguk yang datang mengomen di karya kita. Sebagai pengkarya kita tahu kan bagaimana komen dan rating dari pembaca memberi dorongan dan motivasi kepada kita. Yang kadang-kadang kita buat tak tahu adalah untuk buat yang sama pada karya orang lain :p

3. LiveFeed
Kalau mahu tahu apa aktiviti terkini di Kapasitor, karya mana yang sedang hangat dibual, ahli mana yang sedang seronok mengomen, pastikan satu tab di browser anda adalah laman LiveFeed Kapasitor:

http://kapasitor.net/feed

Laman yang memaparkan aktiviti terkini secara automatik ini adalah tab wajib bagi pengguna tegar yang mahu berada di tengah-tengah kemeriahan!

Inilah tiga tips paling asas untuk menikmati Kapasitor. Saya sebenarnya sudah draf 10 petua penuh, tapi itu nak simpan dan nak disesuaikan dengan Kapasitor versi 5 yang bakal dilancar akhir Januari 2011!

Buat ahli baru, sekali lagi.. SELAMAT DATANG! Salam kenal, salam karya, salam budaya!

Kapasitor: @ FnD Mindspot 

Baca perbualan