Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Broga Again?

  • syud
  • 14 years ago
  • 1,639

 

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni serius sangat meletihkan. Selain drive dan bertekak dengan adik sebab dia kata saya drive lambat padahal kereta terkedek-kedek bersusun dekat High Way, saya juga makan durian, sambal petai, kek pisang, ulam-ulam dan bermacam-macam lagi makanan sempena majlis merisik (ni melantak ke mentekedarah Syuhada?)

Tadi, saya diingatkan oleh seorang kawan mengenai Broga. OK. Serius dia sangat bersemangat. Habis semua konco-konco dia nak angkut. Habis saya macam mana? Isk

Saya pon nak konco-konco. Takpon setidak-tidaknya orang nak melayan kegilaan aku memanjat. HOHO.

Jadi, dengan ini saya isytiharkan, saya nak anjurkan trip hiking to Broga musim kedua! ;)

Tarikh: 7hb Ogos 2010

Tempat: Broga Hill, Semenyih

Waktu: 6:15 - 10.00 am (bergantung pada berapa lama kita nak memanjat)

Saya prefer kita solat subuh dulu. Senang. Dekat atas tu macam mencabar dan errr. No. Tak nak solat dekat atas. 

Broga ada 4 peaks. Kalau rasa macam taknak panjat empat. Panjat satu pastu boleh turun tapi rugilah. Serius ni. :)

Ini jelah aktiviti terakhir saya boleh buat sebelum mula bekerja. Pasni dah taktahu boleh mengavailable kan diri atau tak (Ceh. bunyi macam nak pindah London) Wakaka

Siapa nak join?

Baca perbualan