Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Ogos 2010

 

Salam semua!

Seperti biasa, Kapasitor EN telah mendahului MS untuk menghantar buletin! Eee .. efisien sungguh! Tahniah buat pasukan EN! :p

Baiklah, ketika saya menulis buletin ini jam sedang pukul 9:46 malam, 1 Ogos 2010 dan saya masih di pejabat, ada kerja belum selesai. Iya, hari ini Ahad, tapi sila jangan lupa saya di Terengganu. Esok saya perlu hadiri kursus sehingga hari Khamis. Seperti yang dah sedia maklum.. ah Cahatomic. Bilanya yang dia tak sibuk! Hmph!

Saya juga bakal mengharungi pembedahan lutut ACL reconstruction pada tarikh yang akan ditentukan doktor pada 13 Ogos nanti. Lepas bedah akan berehat 6 minggu di rumah :) (Bolehlah tak sibuk dah untuk menjadi penunggu di Kapasitor?)

Lepak Santai Kapasitor
Pada 24 Julai lepas, Kapasitor buat julung kalinya mengadakan program yang dinamakan Lepak Santai, bertempat di FnD Mindspot, TTDI. Perjumpaan yang belum ditetapkan kalanya lagi (saya cadangkan pada Jojo, setiap suku tahun) menampilkan pengisian berbentuk persembahan ahli-ahli, permainan dan makan-makan ringan.

34 orang yang telah hadir, termasuklah yang datang dari jauh seperti Kekasih dari Kluang dan ada mamat perasan suci mana entah dia mengaku datang dari Kuala Terengganu. Hmph! Poyo sungguh mamat itu. Laporan lanjut mengenai aktiviti ini bakal dimuatkan di dalam Prasasti yang akan menyusul tidak lama lagi!

Kapasitor@Media
Sekitar minggu terakhir Julai pula dua kali Kapasitor mendapat liputan di dalam akhbar. Pertamanya mengenai Kapasitor di program Nota untuk Israel anjuran Kelab Teater Muda Putrajaya. Diterbit pada 26 Julai di akhbar Berita Harian. Bukan main lagi ada gambar Zinggof dan adik beliau Ninggof, gurau, Naim mendeklamasi sajak.

Kemudian Rabu 28 Julai, giliran Kosmo pula memaparkan mengenai Kapasitor. Wajah kacak berambut megi Jojo menjadi penghias depan seksyen Infiniti. Susulannya, gegasan ahli baru muncul mewarnai Kapasitor!

Kosmo Jojo

Ada yang cikgu, ada yang bakal cikgu, ada yang cikgi, ah, gurau lagi, ada yang penuntut UiTM, ada pereka grafik tak kurang juga jurugambar-jurugambar yang handal belaka. Pendek kata serba varia!

Buat yang baru mendaftar.. hai hai! *lambai* SELAMAT DATANG KE KAPASITOR!

Jemputlah baca entri blog ini:
http://www.kapasitor.net/community/post/3669

Cahaya Sang Kekasih Buat Ibu
Selepas seorang demi seorang menempa nama, kini giliran puisi Kekasih menembusi media cetak. Tahniah CK! Anak gadis berusia 23 tahun dan mempunyai seorang Mr. Bodyguard ini berjaya menempatkan puisi hari ibu beliau yang bertajuk Srikandi Hati di dalam Tunas Cipta.

Tunas Cipta 

Pergi ke sini untuk membacanya:
http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/5778

..dan sini untuk uaran mengenainya dari Kekasih:
http://www.kapasitor.net/community/post/3672

Sekitar Kapasitor MS
Seksyen Bahasa Melayu (MS) pada bulan ini agak tidak seimbang antara dua seksyen utama, puisi dan cerpen. Mungkin Julai adalah bulan malas menulis panjang-panjang maka pengkarya lebih berminat memampatkan idea-idea yang melintas ke bentuk kontot puisi.

Kesinambungan dari Lepak Santai Kapasitor juga, memperlihatkan tautan persahabatan antara ahli-ahli membuahkan puisi-puisi 'kolabositor' baru. Iyalah Paktam! Ajak gadis-gadis aje! Bila nak ajak Zinggof pulak ke :p HEHE!

Anda boleh susuri puisi-puisi kolabositor tersebut di sini:
Sambut Tanganku Bidadari (Paktam85/Akma/Choco)
http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/6208

Hipokrasi Luka (Rizzy/Kekasih)
http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/6204

Disebabkan saya tengok reviu seksyen cerpen oleh Paktam85 untuk Prasasti nanti tiada menyentuh soal ini, jadi saya mahu sentuh sedikit. Pemilihan cerpen pilihan kali ini menampilkan karya Ibnuazlan bertajuk Priority Fail. Ini adalah varia terbaru di Kapasitor MS yang menarik perhatian saya. Apa nak namakan ya? Genre pop-dakwah? Belasah! (Silalah usulkan pengkelasan yang lebih sesuai jika ada idea :p) Hehe.

Walaupun tidak menepati format cerpen standard, pemilihnya saudara Ridhrohzai berpendapat ada mesej yang menarik untuk diketengah dan dikongsi bersama.

Baiklah! Sekian saja dari saya. Untuk reviu penuh seksyen puisi dan cerpen silalah dapatkan PRASASTI pada bulan ini! Oh ya, PRASASTI mungkin selepas ini akan diterbitkan setiap suku tahun sahaja :p Tak beranilah nak tetapkan tiap-tiap bulan. Tak berapa terdaya... melainkan ada yang nak tawar diri menjadi sebahagian dari team PRASASTI? Ehehem!

Saya juga mewakili Kru-Kru Pengelola Kapasitor MS ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK, SELAMAT BERPUASA! Jangan sampai ada yang kena puasa dua bulan berturut-turut.

Saya akhiri buletin ini dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan Julai 2010!

Puisi
Bas oh Bas! – Choco
Hujan – Ckgunikmie
Kekasihku Maha Pengampun – Gopabahari
Dusta dunia – Fiona
Spektrum – Kurusawa
Kala Rau dan Gerhana – Ralpha
Dialog Suami yang Mati Pucuk dan Isteri yang Tiada Susu  – Teratak
Rusak – Rizzy
Sehalus Zarah  – Ummufatiha
Akhirnya Kita Temui  – Enarif

Cerpen
Wafaq Buat Pika - Rizzy
Satu Persidangan - Kurusawa
Priority Fail - Ibnuazlan
Anak Merdeka - Petak (reviu Aplikasi Struktur yang Berkesan oleh Ridhrohzai)
Kepada Michelle: Jika Aku Berpindah Saat Kau Kembali, Pohon Mangga Itu Telah Kulantik Sebagai Ganti Hatiku - Kamalia

Baca perbualan