Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Namun ku punya hati...

 

S: eh tp kalo kite tak sentuh air liur babi, takpe kan?
I & A: tak bole. babi tu tetap haram.

Senyap tiga saat.
S: kesian kan jadi babi?
L: A ah
S: bukan die mintak jadi babi
S & A: bukan ku pinta lahir ke dunia. bukan ku pinta menjadi babi
Empat orang dalam kereta sudah gelak tidak berpenghujung.
A: tidak kuduga menjadi babi. bukan ku pinta kasih dan manja. bukan ku rayu bantu simpati.
S: namun ku punya hati babi
Gelak tanpa henti.

Fikir-fikir balik, kasihan kan kalau jadi babi? Disentuh tak boleh, makan apatah lagi, sebut pun ditujukan kepada orang sebagai makian.

Ah, merepek jauh. Sudah jam 2 lebih. Bilik sudah siap berkemas. Lepak-lepak dengan teman membincangkan akan pertemuan kami selepas ini. Entahkan berjumpa entahkan tidak. Sayu pula rasa di hati.

Saya tidak pernah punya rencana mahu pindah keluar daripada rumah ini secepat ini. Cumanya, pekerjaan menuntut saya berada dekat dengan Kuala Lumpur. Atau tidak, poket bakal cedera parah dan tidak mampu dibaiki lagi. Terus, saya hubungi keluarga berkata saya mahu kembali.

Esok saya tiada lagi di sini. Bilik ini bakal jadi sebuah kotak kosong seperti satu masa dulu. Tanpa penghuni dan tanpa bunyi mp3. Saya pasti akan sangat sunyi tanpa Aida dan Shima.  

Memori dengan kamu akan saya simpan. Akan saya jaga. Gambar itu akan saya letak di tepi katil sementara luput dari jaga. 

Baca perbualan