Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Designer Prasasti

 

Salam semua :)

Barisan pengelola Kapasitor MS ingin mengintai-intai di celahan warga di sini baik yang baru ataupun yang lama, adakah di antaranya yang berkebolehan dan berminat untuk menyertai pasukan e-zine Prasasti selaku designer.

Posisi designer ini adalah yang paling susah dan berat, justeru memerlukan keampuhan semangat dan logistik untuk menyudahkannya.

Setakat ini designer Prasasti hanyalah cik Pijat2 seorang. Namun kerana kekangan tugas hakiki selaku pelajar serta pemilikan infrastruktur yang berkemampuan terhad beliau terkadang tanpa rela telah terpaksa melupakan hasrat untuk mendesign Prasasti walaupun relau iltizam beliau tidak ubah seperti kebuk reaktor pengayaan uranium.

Jadi rancangan kami, jika ada 2 designer di dalam pasukan, bolehlah berselang-seli mereka e-zine tersebut atau mungkin sesekali boleh berpadu tenaga bagi menghasilkannya.

Jika anda mempunyai kriteria di bawah, sila berhubung dengan saya:

a) sudi bekerja sukarela. ya, seperti kami semua :D
b) berkebolehan/berpengalaman di dalam mereka e-zine
c) mampu mencapai matlamat walaupun deadline singkat

Jika anda mahu tahu selok belok dan tips and tricks untuk menghasilkannya, bolehlah berhubung dengan cik Pijat2 untuk pendedahan eksklusif.

Sekian.

Cahatomic
Kapasitor MS

Baca perbualan