http://www.kapasitor.net/community/
Arts  Food  Literature  

Penulis Ditipu?

iklaneka
 
Sudah lama sebenarnya AVA mendengar tentang kes ini. Sebelum kewujudan AVA lagi, kes ini sudah banyak berlaku dan berleluasa tapi mungkin agaknya tiada tindakan undang-undang yang diambil oleh mereka yang terbabit, khususnya penulis di bawah penerbitan tersebut. Memandangkan ia merupakan suatu proses yang panjang, maka ia dipandang sepi oleh penulis di sini. (Sila baca artikel 'Pengarang Biar Tampil Bergigi : Kredit - Berita Harian Online)

Entah apa agaknya yang terjadi sehingga berlakunya sedemikian rupa? Ini adalah keluhan sang penulis yang ditipu oleh syarikat penerbitan berkenaan. Terjumpa ketika mencari bahan, ia disiarkan di laman sesawang The Red Mummy. Artikel penuh boleh dibaca di sini.

Inilah fenomena yang melanda dunia penulisan tanah air. Antara Kes-kes tersebut:

1) Bukan itu sahaja, malah ada karyanya yang dihantar kemudian diterbitkan di bawah orang lain pun ada atas alasan nama penulis sebenar tidak dikenali;

2) Karya dibeli secara lump sum;

3) Melalui pembayaran royalti; (Kredit : Universiti PTS)

4) Perjanjian tidak diberikan kepada penulis;

5) Naskhah novel yang sudah diterbitkan lebih sekali, tapi tidak dimaklumkan kepada penulis atau jumlah sebenarn tidak dimaklumkan;

6) Klik di sini untuk mengetahui banyak lagi cara (Kredit : FB Pn Ainon)

Antara tips untuk mengenali penerbit yang berisiko tinggi. Sila klik di sini (Kredit : FB Pn Ainon). Untuk menjaga hakcipta, sila klik sini (Kredit : Fauzul Na'im). Sebelum ini kes novel Hartini, (Kredit : Nisah Haron Online) karangan Aziz Afkar menjadi isu yang paling besar dalam industri penulisan tanah air. Walaupun sehingga penulisnya meninggal, (Kredit : MStar Online) hanya sebahagian besar sahaja tuntutannya diperolehi dan diselesaikan di luar mahkamah. (Kredit : Blog Sweet Darling, anak kepada aruah Aziz Afkar).

Sila baca juga kisah Ahadiat Akashah.

Selain itu menjadi tanggungjawab penulis untuk membaca patah demi patah perkataan dalam perjanjian. Kalau tidak, penulis tidak akan tahu apa yang terkandung dalam isi perjanjian tersebut. Jangan jadi penulis yang tidak mahu mengambil tahu akan perkara-perkara yang penting sebegini. Banyak sudah kes yang terjadi melibatkan perjanjian.

(Kredit : Universiti PTS). Penulis yang tidak menghiraukan perkara ini akan menghadapi masalah di masa hadapan. Walaupun pada hakikatnya, penulis tidak punya sebarang ke atas perjanjian tersebut, meski dikatakan boleh bertanya dan mempertikaikan klausa-klausa yang terkandung, namun sekurang-kurangnya penulis mengetahui apa yang maksud isi perjanjian.Jadi, antara kaedah alternatif untuk mengelakan dari ditipu adalah :

1) Terbit sendiri (cuma masalah dari segi pemasaran sahaja. Kaedah yang termudah adalah melalui pemasaran internet yang paling mudah wujud kini. Untuk memasarkan dan mengedar sahaja melalui buku fizikal memakan kos yang tinggi). Sila baca tips lain untuk terbit buku sendiri di laman Kroni Biz.

2) Melalui e-book. (apa itu e-book? Sila baca di sini Wikipedia - E-Book) Ia merupakan satu fenomena yang akan melanda dunia industri perbukuan. Sekiranya kes-kes berkaitan dengan penerbit tidak diselesaikan, kemungkin fenomena e-book akan menjadi berleluasa. Di barat, e-book sudah menjadi satu perkara biasa, meskipun buku fizikal masih lagi menjadi pilihan ramai yang relevan. Namun e-book adalah sejenis transaksi yang mudah digunapakai semula (kedapatan kes e-book yang dijual semula tanpa mendapat keizinan atau disebarkan di melalui internet).

Toko e-book secara online - contoh ebook dijual melalui internet. Klik lagi di sini. Kenapa e-book? Klik sini. Cuma kelebihan e-book, karya tempatan dapat dijual hingga ke serata dunia tanpa memerlukan orang tengah, kecuali dalam pembayaran (untuk tukaran mata wang asing - boleh guna paypal atau Western Union). Apa itu Pay Pal, klik sini.

E-book biasanya diterbitkan dalam format pdf atau buku digital. Banyak laman web di internet yang menawarkan perkhidmatan menukarkan format ini secara percuma (tentunya banyak kekurangan sebab percuma). Contoh penukar format percuma di sini dan juga di sini.

Manakala buku digital juga adalah bentuk e-book (tapi dalam bentuk yang lebih komplikated dan menarik) yang biasanya dalam format pdf atau dibeli dalam bentuk vcd. Buku digital berkaitan dengan HTML, iaitu suatu . Cuba lihat perbezaan format e-book di sini. Cuba lihat lagi di sini dan juga di sini. Tetapi bagaimana pula perkembangan ebook di Malaysia? Sila baca artikel Daya Tahan Ebook Di Malaysia. (Kredit : Blog Smart Usaha).

3) Terbit sendiri dan menjual secara manual.

Sila baca pula topik isu cetak rompak buku di sini. (Kredit blog Seleksi Buku).

Jadi, sebenarnya ada banyak lagi cara untuk menjual buku sendiri, namun sedikit terhad berbanding dengan cara pengedaran buku fizikal. Menangnya dijual di internet adalah ia boleh diakses dari seluruh dunia.


Maka, terpulanglah kepada kebijaksanaan penulis untuk melihat dan meneliti kes-kes, tips dan cadangan yang diutarakan dalam entri ini. Apa pun yang penting adalah berusaha ke arah untuk mengelakan dari ditipu adalah penting dan hendaklah dilakukan secara konsisten. Disamping itu, mencari penyelesaian terbaik untuk menangani perkara yang berkaitan dengan penipuan di atas.

Dari Blog AVA.

Share!Email

about the author

Serunai Faqir@SF

Hidup underground! Sekurang-kurangnya saya punya tempat untuk berkarya dengan bebas dari segala kekangan dan peraturan serta teori yang pelbagai di mandala sastera. Terima kasih kapasitor!
serunaifaqir | Add serunaifaqir as your friend | Send Message

my other posts
Mengapa Agaknya Aku Menulis? | 3691 reads
Karya Kamu Ditolak Penerbit? | 10707 reads
Artikel 'Mengapa Yahudi Bijak?' - Satu Penilaian Semula : Bhg 1 | 186805 reads
Kumpulan Puisi Serunai Faqir : Zikir Kasih (e-book) | 163388 reads
Halalkah Makanan Yang Kita Nikmati? | 183547 reads
Sekitar HSKU 2010 - 9 Julai 2010 | 96832 reads
Bengkel Penulisan Novel Sci-Fi & Fantasi 13 Jun 2010 | 123393 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Till We Meet Again


admin blog