Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Ramadhan.

  • PETAK
  • 14 years ago
  • 1,313

 

Assalamualaikum w.b.t

 

Seluruh dunia, sudah berkumandang dengan takbir-takbir tarawikh. Bulan Ramadhan datang lagi. Dalam perlahan-lahan waktu merangkak, dan pelbagai peristiwa selesai dicorak, akhirnya kita kembali lagi pada tapak mulia ini.

 

Dan aku teringat semua Ramadhan sejak 15 tahun lalu, hingga yang bakal menjelang ini. Dan paling nostalgia, adalah Ramdhan ketika di asrama dulu. Sudah berulang kali memoir ini dilakarkan. Tetapi, satu-satu perkara dan cerita yang aku tak mahu padamkan, ialah waktu itu.

 

Teringat waktu tingkatan satu. Lepas saja berbuka, kami akan ramai-ramai ke surau asrama, dan menunaikan solat Maghrib, seterusnya solat Isyak. Selepas itu, solat tarawikh. Paling tak dapat lupa, bila yang menjadi imam pada malam itu, ialah Ustaz Hafiz. Beliau seorang yang warak dan tahfiz. Jadi, bacaanya selalu pada Surah yang panjang-panjang. Bila baca bismillah saja, sudah hampir seminit. Bayangkan kalau satu Surah. Memang penat berdiri. Tapi, seronok.

 

Bila nak tingkatan dua, dah jahat sikit. Aku dengan Toyol, pakat-pakat naik dorm, bantai tidur. Padahal, semua orang tengah khusyuk tarawikh. Siang pula, memang pantang kalau nampak ada sisa-sisa biskut dan air milo semalam. Memang kami bedal.

 

Waktu tingkatan dua juga, kami ramai-ramai pakat main mercun waktu orang tengah solat. Dan masa mercun tu meletup, terdengarlah sorang dua yang melatah tak habis-habis. Seronok. Sebab kami masih mentah tentang dunia. Jadi, perkara tu jadi mainan.

 

Pada tahun yang sama juga, aku kena pukul dengan senior-senior pada malam Ramadhan. Katanya, aku kurang ajar. Habis kena pukul. Abang-abang yang setahun lagi nak melangkah ke alam abang-abang-senior, pukul aku habis-habisan. Teruk. Padahal aku baik dengan mereka. Malam yang sama, Toyol kena pukul dengan Farid, sebab tersalah baling gumpalan sejadah. Sejadah yang digumpal padat-padat, niatnya nak baling ke pelajar aspuri. Tapi, tersalah baling, kena warden aspuri.

 

Lunyai juga dia malam tu.

 

Sebanyak-banyak cerita pun, bila di putar kembali, tak kan habis. Semanis madu, sepahit hempedu, semuanya aku telan.

 

Tadi, waktu tengah baring, tingkap bilik aku diketuk bertalu-talu. Ada sekor setan sedang duduk bertenggek sambil pegang besi penghadang tingkap.

 

"Kau nak apa," aku tanya. Tapi, setan tu diam. Dari kulitnya yang merah kehitaman, aku nampak ada air mata yang mengalir. Bila dah 5 minit dia kat situ, aku bertambah menyirap. Muka dia, aku ludah. Aku tolak badan dia sampai terjatuh ke bawah. Bunyi badan setan tu, terhempas kuat.

 

"Padan muka. Masuk neraka lah kau sebulan," aku gelak kuat-kuat.

Baca perbualan