Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dapur Mami Clarky: Gulai Kelantan Ikan Aya

 

Helleww...Happy Ramadhan mami Clarky ucapkan. Lagu mana first day puasa? Ada hak buat-buat terlupa ka? Tu dia, merah muka toksah dok tunduk-tunduk mami nampak. Mulut pun bau sardin toksah dok kaver.

Ni mami nak share resipi dengan hangpa semua. Alah mami bukan buleh masak sangat. Setakat nak buat makan anak beranak tu takpa la.  Kalau nak celen dengan bonda mami jauh nak pi aih! Untuk hari pertama puasa ni, mami masak gulai Kelantan Ikan Aya. Ha, sapa tak tau ikan aya buleh pi merket di Kelantan nun. Ikan aya ni sebenaqnya ikan tongkoi...

gulai

Seekoq ikan tongkoi direbuih dengan garam dan asam gelugoq.

 

Bahan kisaq:

Selabu bawang merah besaq

Tiga ulas bawang putih

5cm halia

5cm kunyit hidup (optional ya..)

Beberapa tangkai laga kering (rendam ayaq panas, buang biji)

Dua tangkai lada merah

 

 

Rempah 4 sekawan (pelaga, kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang) bak kata Chef Shakir hak jadi chef kat ghumah mami dulu

Rempah campoq (hak ada biji ganja tuh tapi kalau takdak takpa..optional ja)

2-3 sudu rempah kari ikan (kalau buleh beli rempah gulai ikan hak Kelantan tu lagi baguih! )

Santan sesuka hati

Asam gelugoq

Gula dan garam

 

Cara:

Tumis rempah empat sekawan tuh sampai naik bau.

Masukkan bahan-bahan kisaq. Masukkan juga 2 sudu makan gula.

Tumis sampai rempah masak. Tuangkan rempah kari yang dilarutkan dengan ayaq.

Lepaih tu masukkan asam gelugoq 2 keping dengan dua sudu garam

Kemudian hangpa masukkan santan ikut sesedap rasa hangpa nak pekat mana. Biasanya gulai Kelantan tak berapa pekat dan tak berapa ceroi. Sedang-sedang saja. Dalam terma kulinarinya dipanggil NAPPE maksudnya kepekatan yang cukup untuk 'coat back of the spoon'. Tu dia! Mami pi skolah Inggeris dulu hangpa tau!

Kacau jangan tak kacau, kalau tak santan berketui. Biag gelegak sat barulah buleh masukkan ikan yang telah direbuih tadi. Biaq pi dia nak gelegak kut mana pun asaikan nanti dia pecah minyak. Perasakan dengan garam lagi kalau tawaq. Masin, manis dan masam perlulah seimbang dalam masakan ini. Okey?

 

Jadi selamat mencuba. Jumpa lagi bila-bila mami free.

 

Ingat tagline mami...

Masakan Mami Best in the World, Money Cannot Buy!!

Tata!

Baca perbualan