Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Diari Penulis: Dialog/Skrip/Drama

 

Sape nak jadi kaya?perghhh..ramai tul angkat tangan..ok2..tau dah mmg ramai yang nk jadi kaya skang ni.Orite, leh jatuh tgn skang. awal mula pertama mula, nak gtau lu ni bukan skim cepat kaya. Bukan-bukan. Tidak sama sekali. Apa? Skim hybrid? owh samala bukan juga. Salah...

Ni kaya ilmula..ok meh kita tambah sket ilmu kita hari ni. Bukan best sangat pun paktam ni! Kecoh je. Korang ni..lek lu. Bacalah sampai abis dulu baru la cakap best ke tak. OK?

Psst..abislah aku kalau apun baca ni. Bak kata beliau, "Bedebah kau Paktam citer psl KOMSAS tapi tatabahasa semua out!"

Alahai, sebnarnya nak citer pasal borak-borak  je pun. G mana dari borak-borak ke cakap-cakap. Dari cakap-cakap ke talk. Dari talk mungkin ke conversation. Mungkin juga kita leh kembangkan ke Simposium...ah..mengarut je aku ni..Ok stret la tu de point..bkn nak buat novel pun citer nak makan kek kukus je. Tapi jalan citernya gini la..ikut jln kg bang.Highway tak dak..daaaa..

Siyes2..teknik ni aku blajar dulu. Kalau nak ikutkan stepnya yang betul dan sebiji-biji..lol..otak kita harus sama warna... aku tak berapa igt sobab eh aku bkn penghafal teori hanya pencacai yang mempraktikkan teori. Iye, tuan-tuan dan puan-puan. Kita boleh berborak sekarang. Contohnya seperti di bawah:

KEADAAN 1

Kuntul:Assalamualaikum
Kecebon:Waalaikumussalam. Eh eh, Kuntul.


Kuntul:Lembu kau apa khabar?
Kecebon:Alamak, lembu aku demam la. Terjun sungai time orang semayang terawih semalam. Tengah nazak tu, kucing kau pe cer Kuntul?

Kuntul: Innalillah wa innalillahirajiun. Selamat bon, selamat.
Kecebon: Alhamdulillah, xdelah nyibuk kat dapur aku lagi.


Dari keadaan 1 ni, kita cuba olah menjadi lebih baik. Mungkin sedikit tambahan untuk menunjukkan apa yang dirasai oleh sahabat berdua ni(watak). Atau apa-apa efek yang ngada-ngada boleh ditonjolkan.

KEADAAN 2

Kuntul(angkat tgn dari jauh):Assalamualaikum.
Kecebon(sedang menggaru punggung):Waalaikumussalam. Eh eh, Kuntul(sengih-sengih).

Selepas berjabat tangan, berpeluk-pelukan, sedikit kiss-kiss pipi dan hantuk pinggul.

Kuntul:Lembu kau apa khabar?(memuncung pada kandang lembu seblah tali air)
Kecebon(mengeluh):Lembu aku demam la. Terjun sungai time orang semayang terawih semalam. Tengah nazak tu, kucing kau pe cer Kuntul?.(Monolog dalaman)Baik alih topik. Mls aku citer psl lembu.

Kuntul:Innalillah wa innalillahirajiu(geleng2 kepala smbl pejam mata). Selamat bon, selamat.
Kecebon: Alhamdulillah, (sikit sinis)xdelah nyibuk kat dapur aku lagi.(Ketawa smpi goyang tangga rumah)HAHAHA.

Ok, anda semua dapat tak peratikan perubahannya? Kan ada semcm ekspresi di situ. Maka, bila dibaca anda boleh gayakannya. kalau sampai keadaan anda boleh menggayakannya(melakonkan) boleh dah disebut drama.So, kita up sket dari situ ke keadaan lain.

KEADAAN 3.

DRAMA NGADA-NGADA TUL KUNTUL

BABAK 1

PROP: Kawasan beranda rumah Kuntul. Ada kerusi mls seblah pintu. Tempayan kat tangga. Beberapa pasang selipar jepun dikerat bahagian tumit. Kuntul lepak smbl juntai-juntai kaki ke bawah. Lagu Dondang Sayang dimainkan.

Naratif:Pada suatu sore, Kuntul berasa bosan duduk di rumah. Beliau pun mengerak-gerakkan ibu jari. Tapi, kebosanan yang melanda tidak dapat dielakkan lagi. Tanpa melengahkan masa beliau pun bergerak ke arah rumah sahabat baiknya, Kecebon. Mungkin sahabatnya tidak keberatan membutirkan sepatah dua kata bagi menindih kebosanannya.

Kuntul(angkat tgn dari jauh):(teriak)Assalamualaikum!
Kecebon(sedang menggaru punggung):Waalaikumussalam. Eh eh, Kuntul(sengih-sengih).

Selepas berjabat tangan, berpeluk-pelukan, sedikit kiss-kiss pipi dan hantuk pinggul.

Kuntul:Lembu kau apa khabar?(memuncung pada kandang lembu seblah tali air)
Kecebon(mengeluh):Lembu aku demam la. Terjun sungai time orang semayang terawih semalam. (Monolog dalaman)Baik alih topik. Mls aku citer psl lembu.Tengah nazak tu. (Muka siyes) Kucing kau pe cer Kuntul?.

Kuntul:Innalillah wa innalillahirajiun(geleng2 kepala smbl pejam mata). Selamat bon, selamat.
Kecebon: Alhamdulillah, (sikit sinis)xdelah nyibuk kat dapur aku lagi.(Ketawa smpi goyang tangga rumah)HAHAHA.(terbatuk-batuk).

Naratif: Kuntul rasa Kecebon melampau. Niatnya untuk menghilangkan bosan dibatalkan. Tanpa ragu-ragu beliau mencapai kayu besbol yg disandar pada motor Honda petak Kecebon. Seperti melibas lalang, seperti itu beliau melibas angin. Kecebon yang terkejut terus mati di tempat kejadian.

Kuntul meninggalkan Kecebon yang sudah kaku tanpa sebarang rasa perikemanusiaan.

Prop: Tirai pentas ditutup. Para pelakon keluar memberi tunduk hormat.

TAMAT

Ok begitulah keadaan 3 ni. Kita buat sket setting. Kita letak tajuknya, mungkin drama radio, drama sebabak, atau apa-apa saja tajuk yang berkaitan. Kemudian letakkan bila berlaku, di mana mungkin leh masukkan elemen 4 bini satu laki(4w 1H). Ini memudahkan pembaca dan pelakon serta pengarah filem sama ada dari Bollywood, Hollywood atau Malaywood..Playwood xde kene mengena.. memahami keadaan yang sebenar berlaku.

Tunjuk sket Propnya, g mana susun atur latar. Selalunya, drama pentas akan mementingkan hal ini. Aku pun xsure kena tanya Kurusawa atau Teratak.  Kemudian tambah2la efek bunyi misalnya bunyi kilat, guruh or apa-apa yang menghasilkan bunyi. Kentut? Kentut pun bulih..

Selanjutnya ialah mengemas kini skrip yang anda tulis. Mungkin anda tertinggal sesuatu atau tersalah eja tidak perlu nyatakan rujukan kamus Kantin Edisi Koyak Rabak. Mungkin ada kesan-kesan efek yang boleh ditambah.

Sekiranya anda bermain dengan kamera. Pastikan ada seperti Zoom out, zoom in or pape selagi ia termasuk dalam kamus camera teknik. Contohnya, skrip yang ditulis oleh Mosh nih Merah Kosmo . Peringatan, sekiranya anda mengadaptasi dari mana-mana cerpen sila nyatakan di akhir karya anda. Pernah saya terangkan sebelum ini di dalam entry Teknik Adaptasi.

Baiklah, rs-rsnya smpi sini sjlah pengarutan dan ajaran sesat hari ni. Moga tuan-tuan dan puan-puan yang tak puas boleh buat rujukan sendiri. Sy sekadar igt sket2 je. Dan, sewaktu sy menulis ni, Sy juling2 mata ke atas dok memorizing. Jadi, apabila berlaku kekurangan dlm entry ini, ladies n gentlemen sila la tmbh di ruangan komen di bwh. Kalau rajin sms sy...yo. Selamat mencuba dan selamat menjadi kaya serta selamat jadi terkenal seperti penulis2 skrip terkemuka tanah air.

Lain-lain yang leh dijadikan rujukan yang bolej dirujuk.Yela dirujukla..xkanla dicucuk..

Rina Veterinar oleh Kurusawa

"KAKI KAMBING "-skrip teater adaptasi cerpen Roald Dahl "Lamb to the Slaughter" oleh Kurusawa

Skrip komik: rempit-rempitan oleh kangaq

Bidai Senja oleh  Paktam85

Naik Lagi oleh Paktam85

Priority Fail oleh Ibnuazlan

 

 

Baca perbualan