Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

1 SAHABAT:100 KAWAN

 



Tentang kawan & sahabat.Memang kawan bersinonim dengan sahabat.Tapi aku lebih suka merujuk pada definisi yang diberi Dr Tuah untuk memahami dua perkataan ni.Lupakan saja 'friend'.Perkataan tu terlalu klise dan sekarang, bagi aku tak cukup indah untuk dirujuk kepada sahabat.Sebab tu aku lebih senang mengatakan aku tak ada 'friend'.Yang ada hanyalah 'mate' atau kenalan yang perlu sentiasa diawasi sebab berkemungkinan besar golongan ini akan menjadi 'enemy'. Tapi,mungkin juga sahabat boleh menjadi 'enemy'.(?)Kurang risikonya.

Kawan (friend)dan sahabat.Kata Dr Tuah,ada beza antara kawan dan sahabat.

"Kawan inilah orang yang lari daripada kita sepantas-pantasnya tatkala
kita amat memerlukan dia.Kita perlukan sahabat kerana sahabat akan
sedia bersama kita dalam semua keadaan;susah ke,senang ke,sahabat
tetap akan setia." (Dr Tuah,Nak ke Tak Nak)



Macam yang diperihalkan Dr Tuah,tugas seorang sahabat yang boleh diyakini ialah menunjukkan kekurangan kita agar dapat kita sedar kelemahan kita,tetapi dengan cara memberi pandangan yang adil,mengkritik dan menasihat,bukan merendah-rendah,memperlekeh,apatah lagi mengumpat belakang.

Sebagai contoh,apabila kita memakai pakaian yang tidak kena gaya dan masanya,si kawan akan mengatakan "Kau ni pakai baju macam nak ke sawah je.Tak kena langsung dengan majlis!" (-membuatkan anda malu di hadapan khalayak yang mendengar)

Sedangkan seorang sahabat mungkin memberi komen sebegini dalm bisiknya;"Takpela,dah pakai nak buat macammana lagi,mujur ini majlis biasa2 je,tak ada kod etika pakaian pun kena ikut.As long as u feel comfortable tak apa.Tapi utk majlis esok,jangan
lupa pakai formal ya,YB pun ada sama,kenala pakai grand sikit!"



Sebut tentang perkara ni,penting punya sahabat yg jujur,tp jujur yg berhemah.Bukan pematah semangat.Udohle kawan tu memang kughang keyakinannye,bila ditegur dgn cara pertama tadi,aduhai..sakitnya..

Seorang sahabat akan berusaha menegur,tapi dengan hikmah.Seperti seorang sahabat menegur aku tentang cara penulisanku yang selalunya terlalu 'tidak boleh diterima'.Dia membuatkan aku sedar kesilapan aku,bukan kerana dia terus menghentam aku ,tetapi kritikannya disusuli nasihat bermakna "Bukan ke Nabi selalu suruh kita bersederhana?" Dan dengan menanyakan soalan yang aku tau dan faham jawapannya -" Apa yang paling tajam di dunia?"

Atau sahabat yang membuat kita rasa lebih kenal diri kita dan berusaha menjadi yang terbaik.Mungkin hanya dengan baris-baris kata atau perlakuan yang dapat kita contohi.Mungkin kita pernah dengar pepatah Arab ini:

"Bersahabatlah dengan penjual minyak wangi,kita akan menerima percikan wangiannya,manakala bersahabat dengan tukang besi,percikan api akan mencarikkan baju kita."

Aku bersyukur sekali ditemukan dengan sahabat yang banyak mempengaruhi aku untuk mencintai ilmu.Seperti mana dia yang luas pengetahuannya,begitu juga aku ingin menjadi sepertinya.Mungkin aku taklah sehebat dia,tapi Alhamdulillah,memang aku terasa tempiasnya.Kadang-kadang dia mengejutkan aku di awal pagi dengan 'lecture' atau ceramah motivasinya.Sampai kadang-kadang aku leka berjam lamanya mendengar curahan ilmu darinya di telefon sambil tanganku mencatat segala yang dikongsinya.Aku jadi bersemangat untuk berdikari ,belajar mencari segenap ilmu pengetahuan walaupun ramai yang memandang sinis.

Perniagaan,sastera,antropologi,linguistik,budaya,agama,danmacam-macam lagi dikongsikan.Dengan segala pengetahuan dan pengalamannya,dia jugalah yang mendorong aku untuk sentiasa melayari internet mencari maklumat atau berpusing satu perpustakaan mencari buku tentang apa-apa sahaja yang terlintas di minda.


Dia membuatkan minda dan hati aku lebih terbuka.Kadang-kadang dia bercerita tentang cinta menurut Corinthians-Bible,atau membawa aku mengingat cinta dari ALLAH.
Bagi aku,yang beginilah dinamakan sahabat.Yang memberi impak besar dalam hidup aku.Aku tak perlu berpura-pura senang bila berhadapan dengan mereka.Sentiasa bersama dalam jatuh bangun aku.Sentiasa memberi dan menerima tanpa berkira.Kami saling berkongsi air mata ,samada sedih atau gembira.


Anda tidak suka kawan anda?Kadang-kadang terpaksa berpura-pura senang dan suka dengan kehadirannya?Tetapi di belakangnya anda berkata kepada orang lain tentang ketidakpuasan hati anda? 

Banyak lagi beza kawan dan sahabat ni. Bacalah buku atau artikel daripada penulis yang hebat seperti Dr Tuah.Yang banyak menulis realiti tentang berkawan dan membuatkan kita sedar apa bezanya sahabat dan kawan. 

Terserah anda untuk memilih.Itu hak anda.Bagi aku,ini yang aku pilih.

Diberi pilihan -

"100 kawan atau 1 sahabat?"
-Aku pilih sahabat. 



Nota notty:
Post ini ditulis di blog lamaku.Ditulis ketika ramai yang mempertikaikan sikapku yang 'meninggalkan' kawan-kawan dan meneruskan perjuangan bersendirian.Ketika  itu aku jadi mangsa hinaan dan kritikan mereka yang tidak faham prinsipku,dan kenapa aku berubah.
Ada yang menyoal ."Apa yang kitorang dah buat?Teruk sangatke kitorang ni sampai tak layak jadi kawan ko?"
Aku cuma senyum sinis waktu itu.Memberi jawapan lisan boleh memarakkan api kemarahan."Aku mintak maaf atas semua kesalahan aku,aku takkan ganggu hidup korang lagi".Aku berlalu pergi dengan senyum dan dada lapang.Kalau ikutkan akalku,mungkin aku sudah menjawab."Sebab korang tak layak dipanggil sahabatlah ,aku pilih tak berkawan dengan korang..Sebab aku sedah jelas dengan sikap koranglah aku lebih rela menyendiri..Maafkan aku.." Sentiasa ingat pesan Dr Fadzilah Kamsah ; " Tak mengapa tinggalkan kawan-kawan kalau itu mendekatkan kita pada ALLAH".Faham-fahamlah.Kalau kawan itu mulutnya sentiasa berkata perkara tak baik,jika kita selalu bersamanya,tak mustahil kita juga menanggung dosa akibat perkataannya itu.Jadi,kalau nasihat pun tak jalan,kita jelah yang jalan..

Baca perbualan