Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Apa itu Ahli Farmasi?

  • syud
  • 14 years ago
  • 7,798

 

                       NURSYUHADA (baju hijau) bergambar sebelum menyuntik radioaktif

Di atas adalah saya dua tahun yang lalu (padahal tangan je), ketika dalam praktikal di MINT bersama Prof Shafie. Ye. Saya tukang suntik tak bertauliah yang sedikit gagal sampaikan last-last semua orang panik takut terkena radiasi. Esok, adalah hari pertama saya bekerja sebagai Ahli Farmasi. Lebih popular dengan panggilan Orang Ubat (Ceh, peliknya nama?)

Err. Sebenarnya esok hari pertama PRP. Dalam erti kata lain, housemanship. PRP, atau lebih di kenali sebagai Provisional Registered Pharmacist adalah setahun sebelum bergelar farmasi bertauliah. Kiranya esok jadi makhluk tak berapa nak bertauliah la. Ahaks. Untuk doktor, seperti yang semua sedia maklum, adalah bersamaan dengan 24 purnama (ewah bahasa zaman pendekar!). Saya pulak selamat. 12 purnama je. Err. Cukup tak 12 purnama?

Kita nantikan. Zass!

Bila menyebut Farmasi, normally orang takkan lari dari menyebut UBAT. Plus, yang orang ramai tau hanyalah Kedai Farmasi. Oh obat oh obat, mari beli obat, kalau salah obat melompattt *sambil ketuk-ketuk kayu muzik pelik dalam cerita Do Re Mi* HAHA

Anyway, sebenarnya dulu, otak kanak-kanak saya pon digest hanya itu. Buat ubat, bancuh ubat, pack ubat, makan ubat..err tak tak.Orang sakit makan ubat. Orang tak sakit duduk diam-diam jangan gedik makan racun.

Ubat itu dadah, ini anda tahu. Saya tak cakap pon pastilah anda tahu.Bila anda ambil dalam kuantiti berlebihan, jadi racun. Bila anda ambil kurang, takda effect. Tapi kadang-kadang bila anda ambil kurang sangatlah berbahaya. Contoh? ANTIBIOTIK!.

Dulu, saya benci makan antibiotik sampai habis. In fact, saya rasa saya adalah manusia paling tak resistant terhadap bakteria! Sebab? Siapa suruh kau gatal tak habiskan regimen! TT

Bakteria, macam virus. Sangat bijak dan pantas bertindak balas pada ubat. As soon as anda kasi a bit of dose tapi tak cukup, maka lain kali bila spesis bakteria tu jumpa ubat tu lagi dalam badan anda. JANGAN HARAP they will work. Ye. Bakteria itu pandai dan comel macam agar-agar.

Aik?

Ya Ampun! Entri sudah melalut ke arah benda bukan-bukan. AGAGA. Baiklah. Kita kembali ke tajuk utama. HAHA. Yang samping-sampingan (ubat-ubatan) tu lain tahun saya cerita.

First, anda kena faham ahli farmasi bukan setakat bertindak dengan ubat saja. Bukan bukan. Kami bukan setakat duduk kaunter, pack ubat, bagi nurse lepas tu duduk belek capsule, bancuh oinment apa semua. Oleh kerana ubat ni dekat dengan hospital, saya fokus lebih pada hospital.
OK?

Briefly, kami memantau penggunaan ubat-ubatan dalam hospital. Contoh, pilihan ubat (termasuk jenis, dos dan duration) apa yang ada dan terbaik untuk condition pesakit. Itu, saya harap one day saya mampu advise doktor secara pakar, berjaya dan intelligent sekali! (OMG! Besar harapan. HEHE)

Kedua, kaedah memantau adalah dengan memeriksa BHT (Bed Head Ticket) iaitu file yang selalunya ada di hujung kaki katil. Dalam tu anda boleh jumpa macam-macam. Dari tulisan doktor sampai tulisan pesakit. Eh? Tak. Maksud saya tandatangan waris (consent form) sekiranya perlu. :)

Kadang-kadang takut error; salah nama ubat; salah dose; salah PESAKIT! OH TIDAK! Ini paling kalau boleh di elakkan.

Selain itu, dalam BHT, ada satu borang yang kami panggil TDM (Therapeutic Drug Monitoring). TDM cuma dilakukan ke atas ubat-ubatan yang sangat tirus tingkap therapeuticnya. HAHAHA (Apa aku explain neh?) Err. Begini, maksudnya. TDM ni untuk ubat yang untuk berkesan (effective) dos dia adalah sangat crucial. Terlebih sikit, jadi toxic. Terkurang sikit, langsung tak guna. Di Malaysia, kalau tak silap saya setakat ni cuma ada 20 jenis ubat terlibat untuk TDM. Dekat oversea, it's more.

Macam mana nak kira TDM?? Oh, jangan tanya plis. I need my calculator dan formula yang pelik-pelik. HAHA

Kedua, let's jom to Onchology (berkaitan rawatan kanser). Ada dua benda saya nak cerita. Satu, diagnostik (cara mengesan), kedua, ubat. Dalam diagnostik, kami lebih terlibat di bahagian penyediaan bahan radioaktif macam dalam gambar dekat atas tuuuu. Cucuk patient eh tak. Kat atas tu cucuk tikus. Pastu radioaktif bergerak dan pergi tempat yang ada kanser. Then, guna PET/CT scan untuk detect kawasan.

Farmasi yang kerja radioaktif adalah manusia paling awal bangun pagi (hargailah mereka). Jangan pergi sana maki-maki. Diorang kena ada paling cepat pukul 5:30 pagi untuk sediakan bahan radioaktif tu since half-life (jangka hayat) bahan tu adalah sangat cepat. Kalau lambat macam dah tak guna cucuk.

Ubat untuk kanser pula kami panggil CDR (Cytotoxic Drug Reconstitution). Ye, baca nama pon anda dah tahu sangat toxic. Maka berbahaya pada si pembancuh dan keadaan sekitar. Kalau nak buat CDR ni kami kena jadi angkawasan! HAHAHA. Comel gila jadi angkasawan, berdiri lama-lama dalam bilik bersih dan berjuang sampailah semua ubat siap. Dah siap kena masukkan dalam patient secara berhati-hati pulak.

Ketiga, selain jadi angkawasan untuk CDR. Kami juga jadi angkasawan untuk prepare ubat-ubat IV (intravenous). Maknanya? Ubat-ubat yang nak masuk direct ke dalam pembuluh darah anda. Kenapa kena super bersih? Lain kali saya cerita.
Kami juga angkasawan untuk TPN (Total Parenteral Nutrition). Iaitu penyediaan bahan-bahan bernutrisi (makanan paling hancur) untuk masuk terus ke bahagian subklavikel. Terutama buat pesakit yang kritikal dan tak boleh makan dah. Baby, ICU, Golden Citizen? Yang itu pon kena kira-kira sebab tak nak pesakit dapat refeeding syndrome. (sila google untuk tahu). Yang ini jadi angkasawan sambil ketuk-ketuk plastik sampai buih-buih hilang. Hari-hari main ketuk buih (kata seniors. AHAHAHA. comels!)

Lain-lain macam dekat kaunter dan kaunselling tak payah cerita. Itu bila anda pergi KK (Klinik Kesihatan) dan Hospital, saya rasa anda dah muak hadap. Lagi-lagi kalau makcik pakcik yang ada kencing manis dan darah tinggi. Mesti bosan tahan telinga dengar diorang bebel. HAHA.

Anything else?

Err. Bahagian pentadbiran macam pengagihan ubat dan blablabla takyah taulah. Oh, terlepas satu benda. Sepanjang belajar, saya selalu kena buat report yang di panggil PWDT (Pharmacist's Work Drug Therapy). Ini adalah laporan terpaling hebat yang saya tak berapa nak hebat.TT

PWDT ini berkenaan laporan kami (Tukang Ubat) mengenai pesakit. Dalam tu; latar belakang, masalah, result lab, ubat apa kami nak syorkan plus, sila rationalize kan dengan reference yang tepat dan sempurna.

Which of courselah, clinical pharmacist paling pakar. Selalunya reference berasal dari CPG (Clinical Practice Guideline) dan jurnal-jurnal perubatan yang lain. Kami juga ada kamus yang super menarik berserta archieve A - Z dengan jutaan nama ubat!

Kamus Dadah!

BNF (British National Formulary)
USP (United State Pharmacopiea)
 Drug Info
MIMS (yang ini nama ubat berserta syarikat pengeluar yang ada di Malaysia)

Itu je kot. Saya nak mengemas. Esok kerja. Sobs (tangisan dalam hati)

P/S: Pharmacopiea adalah macam buku resipi. Tapi bukan resipi memasak. Ni buku resipi untuk buat dadah!(Secara professional of course) HAHA. Ada banyak jenis pharmacopiea, U.S paling popular. Cubalah google. Anda pasti rasa macam menarik sebab almost semua negara ada buku resipi dadah tersendiri. ;)

Nota kaki: Mulai hari ini, http://syud.blogspot.com akan berkongsi info bermanfaat mengenai bidang farmasi dengan anda semua (ewah). Feel free to drop by. :)

Baca perbualan