Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Hampir 7 bulan

  • NJay
  • 14 years ago
  • 129,442

 

Mengikut perkiraan, minggu ni kandungan saya telah masuk 27 minggu. Maknanya sudah hampir 7 bulan. Huhu pejam celik pejam celik je dah nak dekat 7 bulan saya membawa sebuah hidupan di dalam uterus saya ini. Rasa macam baru je lagi berpaintball dengan rakan2 Kapasitor pada waktu saya belum tahu saya mengandung itu. Bak kata suami, "kalau tahu awak mengandung, jangan harap saya bagi awak berpaintball aritu!" huhu..


Hari ini juga merupakan hari ke-7 umat Islam berpuasa. InsyaAllah tahun ini jika termampu saya akan berpuasa penuh. So far alhamdulillah, tiada sebarang masalah yang timbul. (Cuma masalah nak pilih menu berbuka dan bersahur je sebab tak tau nak makan apa. huhu) Alhamdulillah, syukur pada Tuhan juga, saya tidak mengalami sebarang alahan terhadap makanan setakat ini. Semoga ia terus berkekalan hingga selesai bersalin nanti.


Setakat ini perubahan yang saya alami adalah:

1. perut yang sangat besar - ada orang yang ingat saya dah nak bersalin dah. Padahal baru nak masuk 7 bulan. Baju toksah cakap la, memang tak muat dah. Terpaksa pow baju mama saya. hehe..

2. sakit pinggang - ye, ini lagi satu perkara yang common. Takleh nak berdiri lama2, takleh jalan banyak2, nanti pinggang sakit. kadang2 rasa macam sangat ngada2. eleh baru berdiri sikit dah sakit pinggang... tapi itulah hakikatnye.. bukan saya sengaja buat2 yer.. memang sakit betul tau!

3. cepat sebak - oh ini lagi satu.. pantang dgr cite sedih, bace perkara2 sedih, mesti mata mula berair. Kadang2 rase cerite tu xde la sedih sgt pun, tapi hati ini tetap tersentuh juga. oh hormon~~ huhu..

4. cepat penat - ni lagi satu. kadang2 tu rase mcm xde la buat apa sgt pun, tapi penatnye ya ampunnnn~! rase nak baring time tu jugak. Ai letih yuh olz!

5. ada pergerakan di perut - bukan pergerakan makanan yer. tetapi pergerakan baby. tak tau lah dia menendang ke, menyiku ke menanduk ke, tapi yang pasti, kalau pegang perut akan terase dia bergerak-gerak. Kadang2 terase geli2. hihi baby main geletek mama ye? nanti laaaa~~ awak keluar nantiiiii~~ :D 

6. Asik nak ke toilet - oh ini lagi satu yg tak menahan.. sikit2 nak kene gi toilet. bukan untuk berak, tetapi hanya syi-syi sahaja. paling tak menahan waktu malam la. kadang2 tu mata baru je nak terlelap, dah terase nak ke toilet pulak. pastu bile nak tido balik, tup2 dah nak dkt waktu sahur pulak. aihh.. tak cukup tido adalah perkara biase ye kawan2.. sebabnye nak mencari posisi yg sesuai untuk tido pun susah.. pastu nak kene berulang ke toilet banyak2 kali pulak. huu..


Yer, cukup la ini sahaja buat masa ini. Kang cakap lebih2 kang korang takut pulak nak mengandung. hehe.. Jangan salah faham, saya bukan mengeluh, cuma mahu berkongsi pengalaman. Almaklum la, first tayem! ;) Kot2 la anak saya tanya nanti camana rasa mengandungkan dia, boleh lah suh dia rujuk post nih kan? heheh..


Baiklah, itu sahaja! Selamat berpuasa semua! Oh, dan jumpa kamu di Iftar Kapasitor 28hb nanti? ;)

Baca perbualan