http://www.kapasitor.net/community/
Arts  Food  Literature  

Diari Penulis: Identiti

iklaneka
 

Salam kepada semua kapasitorians.

Alhamdulillah..

Wah... memang tidak dapat disangkal lagi bahawa rancangan-rancangan tv sekarang ni semakin menarik. Tapi paling seronok sekali intisari rancangan yang saya nak kongsikan di sini. Rancangan Identiti.

Masing-masing dalam kepala mesti ingat Identiti kat tv3. Sebaliknya apa yang saya nak kongsikan ni bukannya rancangan tersebut. Tetapi identiti dalam penulisan.

Saya sgt kagum dengan kapasitor yang mempunyai ramai penulis yang mempunyai identiti tersendiri. Dan, mereka begitu konsisten menulis menggunakan identiti mereka. Bak kata pepatah, sekilas ikan di air dah tau jantan betina. Mengenai penulis yang mempunyai identiti tersendiri boleh saya sertakan di sini beberapa nama iaitu Teratak, Kurusawa, Rizzy, Upenyu, Apun, Dayya, Jojo, Ridhrohzai, Myelina, _Therain , Ancalime, Laila, man_atek, pujangga, mangifera, rebeliben dan ramai lagi. Penulis-penulis baru atau yang ingin belajar mengenai identiti usah malas membaca karya selain dari karya anda sendiri. Terus terang saya katakan membaca karya orang lain boleh mengelakkan berlakunya klise, menambah ilham, menganjakkan daya fikir dan banyak lagi kelebihannya. Berinteraksilah dengan mereka moga anda mampu menimba sesuatu.

Saya sendiri selepas jumlah puisi 100 tertanya-tanya apakah identiti sy yg sebenarnya. bagi saya lebih gemar menulis ke arah keagamaan, kehidupan dan cinta. Dan, saya lebih suka memberi pembaca kefahaman terhadap karya saya. Mungkin kadanga-kala saya bereksperimen jadi usah dipertikaikan. Haha. Anda sebagai pembaca mungkin lebih tahu apakah gaya dan tema yang selalu saya karang.

Kepada penulis yang baru memijak dunia penulisan. Tanamkan identiti anda sewaktu menulis kerana anda akan terawang-awang sewaktu menulis nanti. Sekejap mengikut gaya WS Rendra, sekejap gaya Usman Awang, sekejap Chairil Anwar, sekejap AGI, sekejap Marzuki Ali, sekejap Frinjan ala Clarky dan Rizzy. Ayuh, bangun penulis-penulis di kapasitor. Tunjukkan identiti anda. Bukan identiti card. Itu sy pun ada.

Mengenai pendatang-pendatang baru di kapasitor dapat saya perhatikan yang mempunyai identiti tersendiri setelah beberapa karya yang dihantar di kapasitor adalah antaranya ibnuazlan, ckgunikmie dan hadry. Bagus, teruskan menulis menggunakan identiti anda. Tidak perlu terikut penulis lain.

Saya berharap kapasitor tidak kekontangan ahli yang mempunyai identiti mereka tersendiri. Kepelbagaian identiti ini merupakan warna semacam pelangi mewarnai langit karya di alam kapasitor. Inilah antara keistimewaan yang ada di kapasitor dan patut dibanggakan. Selain dari keberanian ahlinya menggunakan poetic licence(betul tak eja?) dan kadangkala melanggar peraturan puisi. Tetapi ini tidaklah bermakna anda boleh melanggar tatabahasa yang wajib seperti tanda baca dan menggunakan singkatan ayat dalam karya anda. Sayangi karya anda seperti anda sayang saya.

Sekian saja. Wabillahi taufik walhidayah Assalamualaikum w.b.t

p/s: tak larat nak wat hyperlink..jadi check sendiri nama-nama yang dinyatakan.

 


Share!Email

about the author

Tabir Khaizuran

orangnya hapyy go lucky, jujur, rendah diri,pemalu, suka senyum, suka borak-borak(megarut)...dress biasa-biasa, xde ciri islamic, tak ada ciri-ciri seorang pendita, tak ada ciri-ciri seorang ulat buku... suka baca karya yang mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, paling digemari tema kemasyarakatan dan kehidupan. kalau salah eja satu dua ok lg..kalau 4,5 ,6 memang minta pelangkung la tuh!  
paktam85 | Add paktam85 as your friend | Send Message

my other posts
Diari Penulis: Tutorial Video dan Audio(basic) .feat Rizzy | 8425 reads
Tertutup sudah tirai CPMK | 1868 reads
Seminggu lagi tarikh tutup CPMK | 1672 reads
Diari Penulis: Sarang labah-labah aka Spider web | 6265 reads
Cabaran Puisi Multimedia Kapasitor | 3093 reads
Diari Penulis: Peka | 5145 reads
Perutusan Dari Langit Lapan | 1788 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Unwritten


admin blog