Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Tuhan uji aku: SCOLIOSIS

  • dayya
  • 14 years ago
  • 9,811

 

"SCOLIOSIS."


Kau pernah dengar tak perkataan ini?

Tak? sama macam aku. Melainkan kau nerd, atau suka gile baca buku medical, atau kau budak medic atau kau pon salah seorang pesakit ni.

Aku baru tahu tentang ini hari tu; bersamaan Rabu,18.08.2010.

Aku tak kesah kalau kau nak kata hidup aku tragik. Terpulang. Tapi, aku yakin ini takdir aku. Ini ujian yang Allah turunkan pada aku. Aku diajar bahasa redha.

Tapi, tipulah kalau aku cakap aku tak sedih. Aku tak takut. Aku tak keliru. Kalau kau dengar aku cakap macam itu, maknanya aku tipu. Sebab aku memang sedih, aku memang takut dan aku memang keliru.

Untuk orang macam kau yang tak tahu maksud SCOLIOSIS tu, sama macam aku yang sama tak tahu sampai hari doctor sebut perkataan tu, ini... biar aku bagitahu.

Scoliosis adalah keadaan di mana tulang belakang bengkok. dan sampai hari ini tak ada ubat untuk menyembuhkan keadaan ini.

Sebab asalannya aku pon tak tahu scoliosis tu apa, jadi mungkin kau boleh buka link ini dan juga ini. Aku rasa kau akan dapat maklumat yang lebih terperinci. Lebih tepat dan tanpa keraguan.

Cerita ini asalannya dari mana?
Aku tak tahu. Yang aku ingat, dulu masa kecil-kecil dalam umur lingkungan 6 tahun lebih, aku selalu sakit kaki. Sengal yang sampai tak boleh jalan. Sengal yang rasa sampai ke piggang. Kalau jadi malam-malam, aku akan menangis.

Pernah sekali aku ketuk bilik mak dan abah minta diurutkan. Tapi abah urut sakit. Aku tak tahan sampai menjerit-jerit. Lepas itu, sumpah aku tak pernah minta abah urutkan. Tangan abah macam penuh dengan bisa. Aku tak tahan.

Jadi, bila balik kampung, arwah atuk aku yang akan urutkan aku. Tangan arwah atuk aku macam ada magik. Setiap kali lepas diurut, aku rasa lebih selesa. Dan dari situ, aku belajar mengurut diri sendiri. Sebab? Sakit yang teramat sangat. Sebab aku selalu sakit, jadi bila orang lain sakit aku dah dapat agak sakit itu akan pergi mana. Dari situ aku tahu aku memang pandai mengurut. Sama macam arwah atuk aku.

Bila aku membesar, aku jadi semakin aktif. Tapi, aku ada satu kelemahan. Aku dari kecik sampai besar tak pernah berlari. Sebab, aku akan tersadung kaki sendiri. Kalau tak pun, aku akan jatuh.

Dari kecik, orang akan gelakkan aku. Tapi, semua tu aku tak peduli. Selagi aku masih bergelak ketawa, jadi benda-benda kecil bukan halangan. Setakat dengar orang mengata dan mengejek, apa da hal? :P

Lagi satu, aku ada masalah 'macam strok, tapi bukan'. Hahaha. Bab ni aku sendiri keliru, aku tak faham sampai sekarang kenapa boleh jadi macam ini. Nanti 26.08 ni baru aku nak tanya doktor, kalau berpeluanglah. Aku nak faham betul-betul apa sakit aku sebenarnya, sebab sekarang aku blur, tak tahu nak cerita dekat mak dan abah macam mana. Aku nak bagitahu mereka dengan cara paling tak menyakitkan.

Berbalik pada yang macam strok tu, sebenarnya dulu aku selalu akan jadi begini:

"separuh badan aku akan tarik, mengerekot. [Macam dalam drama bila orang kena strok, badan, kaki, tangan habis semua mengerekot, tertarik-tarik.] Kadang-kadang tarik sampai muka. Selalu aku terasa macam nak cacat, tapi aku gelak balik. Aku cukup sifat, mana boleh cacat macam tu? Selalu kalau jadi dalam kelas, terutamanya masa duduk kat kerusi dan cikgu panggil ke depan, perkara ni akan jadi. Jadi, sebab nak mengelak dari kena gelak dengan kawan-kawan, aku sorok tangan bawah tudung, kaki... aku jalan seret. Muka aku tunduk. Selalu yang kena sebelah kiri, jadi aku akan ambil kertas dengan tangan kanan. Rahsia tersimpan kemas! :)"

Lagi, bila aku membesar dan dah masuk sekolah menengah, keadaan fizikal semakin ketara. Orang banyak gelakkan aku sebab konon-konon jalan macam model, padahal kaki aku panjang sebelah. Ketara.Bahu, tangan pinggang, rusuk, semua tak sama. Cuma, sebab yang lain tersorok jadi aku je yang perasan. Dengan kawan baik aku. TAPI KAMI SAMA-SAMA RASA ITU ADALAH BIASA.

Bila pernah sekali aku cerita dengan mak dan abah pasal keadaan fizikal aku yang pelik, mak aku buka cerita. [Sebenarnya, cerita ni aku dah pernah dengar. Cuma mak, abah, opah cerita sekali lagi. Masa kali ini, ada kat kampung, jadi satu rumah gelakkan aku.]

Ikut cerita tu, masa lahir aku ni macam serigala jadian. Mak aku tengok cerita tu dan takut sangat. Masa aku lahir, telinga aku sama macam telinga manusia yang sedang berevolusi nak bertukar jadi serigala. Mak cerita, dulu abah aku yang tak tidur malam betulkan struktur telinga aku balik. Sampai sekarang telinga aku memang tak sama sangat macam telinga orang lain. Tak sama dengan kau.

Dan hari itu semua keadaan fizikal aku yang tak sama dengan orang lain, aku bagitahu pada semua orang. Akhirnya, yang aku dapat cuma ketawa. Dan masa itu, aku sendiri ketawakan diri aku sendiri. Aku tak pernah rasa aku kekurangan, cuma aku berbeza. Lagipun, aku dah biasa dengan keadaan aku sekarang: keadaan yang tak sama dengan orang. Aku dah hidup dengan cara aku sejak aku kecil-kecil dulu. Dah tak berbekas kena gelak. Dan cerita kecacatan aku tutup di situ.

Bila lagi besar, aku punya menstrual makin teruk. Sampai tak boleh bangun. Sakit belakang, tak boleh jalan dan tak boleh duduk lama tu dah macam biasa bagi aku. Bila period selalunya memang sehari suntuk tak bangun. Kadang-kadang aku period pain sampai hari kelima. Period aku tak pernah lancar. Sentiasa ada masalah. Bila dah selalu sangat jadi macam ni, aku dihantar ke GENEKOLOGI di HKL. tapi lepas di rawat nyata aku tak ada masalah. Paling-paling, doktor suruh aku datang semula kalau sebulan lepas kahwin ada masalah yang sama. Sekarang, tak boleh buat apa-apa. Aku diam.

Aku selalu batuk dan tak boleh bernafas. Selalu sakit. Pernah sakit sampai lumpuh separuh badan, dari pinggang ke bawah. tapi sekejap je la. Jadi, sebab aku memang takut dengan exam jadi doktor hantar aku ke PSYCHIATRIC di HKL. 3 kali surat tu aku dapat, tapi sekali pon aku tak pernah berpeluang pergi.

Aku ingat cerita aku dah berakhir. tapi hari tu, ada wajadiri. Untuk pertandingan tu aku masuk papan sekeping. Aku jatuh hentak belakang dahulu. Masa latihan tu sekali je aku pergi, lepas tu aku demam. Panas. Lepas 2 minggu baru betul-betul kebah. Aku ingat tak ada apa-apa. Jadi macam biasa, aku teruskan hidup.

Seminggu berlalu dan datang RAMADHAN. Alhamdulillah. Hari ke tiga puasa, aku kena period. Bermula dari itu, aku sakit belakang. Sakit yang tak surut-surut. Masa tu aku kat rumah. Mak aku ingat sebab period. Sebab memang selalu jadi macam tu, jadi tak ada siapa kesah. Aku pon tak kesah. Sampai bila balik UIA, aku nak pergi kelas tapi tak larat. Aku jumpa doktor, terus terang rasa sakit yang aku alami. Doktor bagi injeksi tapi bila balik, aku masih sakit. Tak ada kurangpun. Malam tu, aku tak boleh tidur.Esoknya, aku jumpa doktor cakap aku masih sakit. Period aku macam dah tersekat, tapi sakit belakang tak kurang. Doktor buat x-ray. Kata doktor, ada masalah dengan tulang belakang. Macam ada lari sikit. Bila ditanya tentang jatuh, aku jawab tak ada. Sebab wajadiri sudah lepas hampir setengah bulan. Jadi itu bukan masa terdekat.[bagi aku lah!]

Dan aku di hantar ke ORTHOPEDIC. esoknya baru aku pergi, dan dengar perkataan ini: SCOLIOSIS.


hari ini baru aku tulis pasal ini sebab sebelum ni aku sakit belakang sangat-sangat, Ni sebab dah duduk lama sangat, belakang aku dah sakit balik. dan... mungkin sebab esok nak exam arab, jadi aku nak luahkan apa yang serabut dalam kepala aku sekarang. Aku kena gerak sekarang, walaupun aku tak tau esok aku mampu jawab exam kat hall yang sejuk dengan masa yang lama ke tidak.. tapi aku still kena belajar. dan aku kena balik bilik sekarang sbb aku ada kat cc, bilik aku tak dapat connection hari ini. Jadi aku gerak sekarang.

Aku bukan orang kuat, aku mungkin tengah resah tapi aku tak sedar atau otak aku suruh aku ignore. Jadi aku perlukan sokongan kawan-kawan. Kalau kau kawan aku, sokong aku ya?

;kau kawan aku?

 

( dayya-dayyanna.blogspot.com )

Baca perbualan