Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Bila Allah Hantar Utusan

 

Salam

 

Melihat rakan-rakan dan anak buah yang sudah pun menerima utusan. Jadi aku rasa kaget. Dah dua bulan, aku masih tidak didatangi sebarang utusan. Kalau ada pun kecil-kecil. Bukan aku tak bersyukur tapi ia membuatkan aku rasa sedih. Bagaimana aku ingin mengetahui Allah sayangkan aku? Bagaimana? Adakah dengan memberi nikmat yang melimpah-limpah? Tidak aku tidak mahu semua itu. Biarlah orang kata zaman ini perlukan wang, perlukan segala-galanya untuk hidup. Mungkin pada masa hadapan orang yang menjadi kekasih hati aku akan lari. Jadi, aku berharap kasihNya tak akan lari. Biarlah Allah berikan rezeki sekadar cukup untuk aku sehingga aku tidak perlukan yang haram untuk meneruskan eskpedisi di dunia ni.

Semalam, aku ambil keputusan untuk tidur awal. Setelah badan rasa sengal-sengal dan dua biji aktif fast aku telan. Sepanjang aku berbaring di atas katil. Aku mengukur setiap sudut katil. Isk, Besar ini ke kubur aku? Klu gini dia akan besarkan gini. Dalam xliangnya? Mungkin setinggi atap ni dari katil aku. Erm. Aku berkira-kira andai sok aku bangun aku akan pergi selamanya. Teringat aku kisah sahabat aku yang telah menyambut jemputan dari utusan Allah sewaktu sedang tidur pada 3hb Ogos lepas iaitu bersamaan dengan tarikh hari lahir aku! Innalilla wainnalillahirajiun. Semoga dia disambut bidadari di syurga.

 

Hari ini sewaktu aku bangun tuk ke masjid jemaah.Waktu itu aku tidak memikirkan ada utusan sangat hampir dengan aku. Sangat aku sedang memakai kain pelikat. Zasss! Utusan tu meletup tepat di pinggang aku. Aku tidak fikir lama, aku terus ke masjid. Sewaktu sedang berwirid ramai-ramai. Aku tersedari eh ada kat sini juga. Waktu aku balaik dia dah meletup.

Waktu tengahari, aku lihat beberapa utusan yang lebih besar dari siang tadi muncul. KAli ni celah ketiak dan celah pinggang. Beberapa tempat di dada. Wow, inilah dia satu pasukan utusan yang aku  nntkan. Walau aku nantikan yg biasa2 tapi Allah kurniakan yang lebih baik dari tu. Sesuatu yang aku tak pernah alami lagi sebelum ini. Demam cecair. Betapa aku bersyukur doa aku dimakbulkan. Jadi, sesape yg tau bagaimana tuk melayani demam cecair dengan penuh keimanan dan kesabaran harap dapatlah berkongsi di sini.

Setahu aku hanyalah minumair kepala. Di belakang umah ini ada byk pokok kepala, petang ni aku akan tebang salah satu tuk amik semua buah yg ada atas tu. Klu aku smpt untuk menghantarnya pulang sebelum hjg mgu ni. MAka aku akan muncul di secret resepi, Klcc. Sesiapa yang bermninat tuk photoshooting cecair-cecair yang seakan-akan patern di badan aku ni lehla membawa DSLR or klu xmampu bwklah kamera npon tu. AKu berada di Jengka 1. salam.

Baca perbualan