Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Lihat bila tarikh anda kahwin

 

Surah al-Maidah: ayat 90:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسٌ۬ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّيۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ 

Maksudnya:
Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, berjudi, berhala, mengundi nasib adalah perbuatan keji dari amalan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh kejayaan.


Saya kebelakangan ini menjadi runsing. Dalam kita mengejar kebaikan dan cuba menjadi baik, dalam bulan Ramadhan, kita ini semacam melupakan hakikat Islam. Kita mengejar ibadah, solat, Al-Quran, tetapi meninggalkan ilmu tauhid dan aqidah. Kita bersemarak bercakap tentang sirah, tapi kita lupa tentang ma'rifah. Itulah yang jadi, tangan kanan kita mengaji, tangan kiri kita mencuri. Samalah, kepala kita tudungkan, dada dan punggung kita "junjungkan" dengan berketat-sendat.

Salah satu masalah melanda dan saya lama risau, adalah amalan menilik. Saya mula jadi sinis dengan iklan "Dapatkan nama anak anda, hantarkan nama pasangan ke **** " di stesen TV. Jelas, ini adalah peraih untung dari amalan syaitan. Ini adalah menilik masa hadapan, cuma dicantikkan dengan iklan umum, dan cuma untuk suka-suka.

Kawan-kawan, saya bertanya, anda jumpalah sesiapapun yang pernah menilik nasib dikalangan bukan Islam. Peratusan tinggi akan memilih, untuk suka-suka. Saya tanyakan, apa sebab mereka minum arak? Untuk suka-suka. Seks bebas? Parti liar atau tidak? Semuanya untuk suka-suka. Suka-suka inilah yang Allah larang, kerana kita lupakan hakikat Islam.

Nah, sekarang kita jelas. Suka-suka atau tidak, haram, masih haram.

Kawan-kawan, perkara ini berlaku dengan banyak sekali di laman web sosial. Pilih nombor istimewa anda, ramal berapa anak anda, bila anda kahwin, Tanya sotong paul, bila anda mati, siapa pasangan anda. Ya, ini semua adalah tilik nasib TANPA jumpa bomoh. Nah, saya bertanya yang mana haram? Tilik nasib, atau tilik nasib melalui bomoh? Ingat, syaitan itu licik.

“Sesiapa yang datang menemui ‘arraf (tukang tilik) maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari” (Riwayat Muslim).

Tukang tilik tak dikatakan bomoh atau orang. Nah, sistem di FB juga tukang tilik ya kawan-kawan, kalau solat tak diterima, ni puasa ni bagaimana? Bulan puasapun ramai lagi seronok beraplikasi tilik.

Kawan-kawan, kalau kita buat dan percaya, bermakna kita hilang satu rukun iman, percaya pada qada dan qadar, malah mungkin hilang kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada alam ghaib, sekaligus tiga. Kalau kita buat suka-suka, bermakna kita mempersendakan hukum Allah. Samalah kita dengan pelukis gambar nabi di Internet yang dimaki-maki.

Sedihnya, kawan-kawan persekolahan saya, yang berasal dari sekolah agama, juga melanjutkan pelajaran di bidang agama turut melupakan hakikat ini. Hakikat syaitan itu licik. Bulat-bulat mereka ditipu.

saya bukanlah ulama atau mufti, maka kita bacalah pendapat bekas mufti perlis
1) LINK
Mufti melaka
2) LINK

ah carikla sendiri.

Marilah kita ambil iktibar. Banyak lagi dosa jelas atau tidak kita buat. Yang satu ini saya sisipkan. Yang lain kita mampu insya-Allah fikirkan. Tak perlu marah maki stesen TV atau ulamak tak keluar fatwa. Ulama keluar fatwa ESQ haram kita abai, rokok haram kita abai, jangan pakai baju ada tanda salib dan syaitan (jersi pasukan bola)pun kita abai. Kita kira sendirilah, kitakan ulamak. Bijak dan pandai.

apunpital


 

Baca perbualan