Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cinta Sebelum Kahwin Vs Cinta Selepas Kahwin

 


Saya berkahwin selepas mengenali suami saya selama lebih kurang 6 bulan. Kami diperkenalkan oleh sahabat saya yang menjadi guru satu sekolah dengan suami (“bakal” masa tu).

 

Saya bukanlah nak mempromosi sesi perkenalan di antara saya dan suami. Tetapi sekadar nak mengetahui apakah asas perkahwinan yang paling baik; cinta sebelum kahwin ke selepas kahwin. Saya bertanya sebab saya sendiri hanya mengenali suami dengan lebih dekat selepas bernikah.

 

Secara peribadi, saya merasakan perhubungan seperti ini memiliki cabarannya yang sendiri, dan yang paling ketara ialah amat terdedah kepada risiko silap faham.

 

Sedangkan dengan adik beradik yang dah kenal dari lahir lagikan kerap timbul salah faham. Inikan pula pasangan yang baru dikenali. Dalam situasi saya, hanya dalam tempoh enam bulan. Itupun kebanyakan komunikasi adalah melalui emel dan telefon (talian tetap ye, sebab 10 tahun lepas telefon bimbit adalah lambang kemewahan)

 

Jadi, sekiranya dipandang dari sudut komunikasi, apakah risiko salah faham tersebut mampu diatasi dengan sesi suai kenal (cinta) sebelum kahwin? Bukan saya bermaksud cinta sebelum kahwin itu perhubungan bebas di antara pasangan. Tetapi lebih kepada mungkin pasangan telah cukup mengenali di antara satu sama lain sebab telah lama berkawan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.

 

Saya sendiri semasa mula mengenali bakal suami telah berterus terang yang saya tidak akan meneruskan persahabatan sekiranya tidak ada perancangan serius ke arah perkahwinan. Bukannya daring tapi mungkin sebab saya berpendapat suatu perhubungan mesra (bukan rakan biasa) yang tidak mengarah kepada perkahwinan hanya merugikan dan membuang masa (dan mengundang maksiat).

 

Sebenarnya saya sendiri tertanya2 kenapa saya tiba2 terfikir nak mengetengahkan isu ni. Setelah beberapa ketika baru saya teringat, saya begitu terusik dengan masalah perceraian yang semakin berleluasa. Mungkin salah satu sebab perceraian tersebut adalah kerana isu salah faham yang gagal ditangani dengan baik oleh pasangan suami isteri.

 

Namun sebaliknya, tidak mustahil terdapat juga pasangan yang amat serasi semasa bercinta, tetapi masih gagal bertolak ansur bila berhadapan dengan masalah apabila telah berumah tangga. Kenapa pulak agaknya ya?..

 

Saya rasa tulisan saya ni dah bercampur baur dah. Telur ke ayam keluar dulu?????

 

Tapi isu utamanya, apakah resipi utama untuk membina benteng yang kebal supaya sebuah perkahwinan berjaya mengharungi dugaan kehidupan.

Baca perbualan