Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Personal : Some Free Mags And The One That Is Not

  • mosh
  • 14 years ago
  • 1,097

 

Salam Semua!

Oleh kerana ini lebih kepada peribadi, maka saya mahu gunakan bahasa ibunda saya (yeay!). Oklah, di sini ingin saya mempromosikan majalah FUTSALASIA seperti di bawah. Ya, FUTSALASIA majalah dwi-bahasa pertama futsal tanahair sudah terbit bagi edisi ke-2. Bagi yang ingin membuat pesanan boleh lah pm saya atau sms atau letak saya di kotak komen di bawah. Berikut adalah harga dan cara pembayarannya.

fa2
Harga FUTSALASIA RM7 + RM1 (caj pos) = RM8 sahaja senaskah (bagi semenanjung), bagi Sabah/Sarawak harganya termasuk pos adalah RM10. Bagi luarnegara bergantung kepada kos pos nanti.

Cara pembayaran pula , boleh bank in ke akaun QPR PERSADA, Maybank akaun No. 551593002423.

Selepas pembayaran smskan (tarikh pembayaran, jumlah dan masa seperti tercatat pada slip bayaran atau resit) pada no. 012-795 2365. Selepas kami terima sms anda dan sahkan pembayaran, kami akan pos majalah kepada anda.

Di sini saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada ahli kapasitor yang telah menyumbang tenaga untuk edisi ini iaitu Cik Uculer untuk artikel dan Cik, opps dah jadi Puan Eme sebagai salah seorang jurugambar (dan kadang-kadang tukang jual majalah :P)

************************************************

Ok di bawah ini pula adalah ezine yang pernah saya buat dulu sebelum menjadi ahli kapasitor. PIMP (Poetry In Motion Publication) adalah percubaan saya untuk belajar Adobe Indesign & Illustrator (sehingga kini skilnya masih tahap tadika sebab belajar guna youtube dan trial and error). Kandungannya pula asalnya tulisan saya sahaja tetapi kemudian adalah beberapa rakan yang turut menyumbang. Konsepnya seperti Kapsule gak, cume bezanya kat sini dwi-bahasa.

So download lah tanpa paksaan, ianya PERCUMA kesemua 7 volume di sini.
p1 p2 p3
p4 p5 p6
p7
Sejak saya aktif di Kapasitor, projek tu saya abaikan, walaupon sepatutnya saya nak habiskan volume 8. Kadang rasa nak sambung tapi macam malas. Ah nengok la, atau ada ke sapa-sapa nak join wat side project ini?

Ok setakat ini sahaja saya rasa, lagipun nak makan sahur jap lagi. Terima kasih ye! ;) 

Baca perbualan