Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Malaysia, Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan ke-53

 

Mula - mula fikir hendak letak di bahagian cerpen, tetapi kerana mengarut sangat aku tulis maka post dekat Community jelah ek? Lagipun ini dah dipost kat blog sendiri pun ehehehe :P Macam biasa, kalau ada perkataan yang negatif tu janganlah ditiru. Hee~ Copy-pasta mode, hiyargh!!

****************************************************************************************************

*Tiba-tiba mood nak menulis dalam bahasa ibunda mencanak-canak seperti keadaan senjata lelaki yang menegang di waktu pagi. LOL* laughing

Malaysia, selamat ulang tahun kemerdekaan ke-53. Sudah 53 tahun kau ya? Kalau diikutkan pada skala umur manusia di Malaysia ni, kau dah layak untuk tengok-tengok akaun EPF atau akaun pencen kau. Dua tahun lagi kau dah boleh berhenti kerja dan berehat di rumah goyang kaki atau menyusahkan kembali anak-anak kau untuk menjaga kau yang sudah mula kerepot.

Sudah banyak perkembangan kau aku lihat dalam usiaku yang masih muda dan masih tak layak untuk menjadi pewaris kau. Setakat jadi cucu tu bolehlah kot! Adakah aku gembira? Mungkin. Tapi lebihnya aku cuma rasa tiada perasaan. Indifference kata kaum yang menjajah tanah kau sebelum kau dilahirkan. Kenapa? Sebab rakyat kau semakin teruk jadinya walaupun pembangunan kau boleh tahan hebat.

Sifat perkauman semakin berleluasa. Perwatakan “holier than thou” makin menjadi-jadi. Salah sebut sedikit boleh dibawa berperang. Sampaikan perbuatan yang tak salah pun disalahkan. Tengok sahajalah kes masuk masjid. Minion-minion kau bina masjid cantik-cantik, tapi apabila orang lain nak masuk pun tak boleh, gila ke apa? Kemudian siapa yang disalahkan? Agama jugakk. Agama jugak yang diperkotak-katikkan di sana sini.

Penat kadang-kadang menengokkan mereka-mereka yang tak semenggah ni. Yang apek Cinenya nak kerek konon merekalah punca kekayaan kau, yang Meleis nak kerek kononnya akulah tuan punya tanah. Semua nak dipolitikkan. Agaknya diorang ni tak pernah tengok cerita P. Ramlee kot, yang Seniman Bujang Lapuk tu? Kau ingat tak adegan Singh sound  Bujang Lapuk tu?

You punya nasi you makan, dia punya nasi dia makan, apa salah kasi makan sama-sama?

Ini nak makan manusia sesama manusia; ish kanibal sungguh!

Entahlah, aku nak cakap pasal politik, aku sendiri pun tak pandai. Mengundi pun belum pernah lagi walaupun dah masuk tahun ketiga aku sepatutnya mengundi. Nak mengundi apanya, yang sini salahkan yang sana, yang sana salahkan yang sini. Buat pening kepala otak aku je mendengar mereka-mereka tu membebel. Aku undi diorang pun bukan aku dapat duit makan bulan-bulan. Panas je kena beratur panjang-panjang.

Aku tak nafikan hidup dalam Malaysia ni menarik. Cukup makan, cukup pakai, cukup dapat pergi sekolah sampai dah dapat kerja pun. Setakat cukuplah. Nak mintak lebih-lebih takut kufur nikmat. Tapi bila tiap-tiap hari aku baca suratkhabar ke, tengok dekat Internet ke, penuh je lah hate message sana sini.  Balik-balik bergaduh. Balik-balik buang anak. Balik-balik kes bunuh-bunuh. Sampaikan artis kahwin ke bercerai pun boleh jadi bukak hate group kat Facebook, kau tahu?

Padahal artis tu jugak yang sedap dapat bersenggama nanti. Apalahh minion-minion kau ni…

Ah, malaslah aku nak membebel panjang-panjang. Aku rasa kau pun tahu apa yang jadik dalam isi perut kau. Cuma kau tak tahu jelah kan nak buat camne? Aku pun tak tau nak buat camne. Aku pun cuma boleh berharap jelah yang minion-minion kau tu nanti duduk, ambil cermin, dan fikir sendiri apa yang diorang dah buat untuk memantapkan lagi kondisi kau yang macam hidup pun nyawa-nyawa ikan. Jangan diorang ambil cermin, fikir dan memantatkan kau balik sudahlah. Bagilah aku gembira baca akhbar-akhbar menunjukkan yang kau makin maju dan makin best untuk diduduki. Bukannya baca berita-berita yang menambahkan tekanan. Depress jadiknya camtu dowh! sad

Selamat ulang tahun kemerdekaan yang ke 53, Malaysia.

merdeka_google_img

****************************************************************************************************

Baca perbualan