Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Cancer Awareness Campaign Yg Personal

 

Petang tadi, b4 discaj, dapat request, mintak (kalau keadaan mengizinkan) utk meluangkan masa bersama jiran2 katil yg tak dpt nak ballik beraya. So, atas kapasiti NGO, maka buatla sesi ni. Dari boleh balik kul 12tgh, jadi melarat sampai 8pm. 


Secara personal, benda ni jarang2 buat kecuali if ada program anjuran NGO. Sebabnye xnak terlalu attach dgn jiran2 katil psl kdg2 tak jumpe lagi. Ia sgt menyakitkan kalo kita ada sakit yg sama, dan orang tu mati dan kita tak. Jadi mmg xdelah buat sesi camni kecuali balas pertanyaan dari emel, phone, SMS, blog, artikel dll atas kapasiti NGO tu


Lebih 4 thn expilian,(tahun pertama patient masih denial, jadi cam kunun tak sakitla dah tu bodo sengsorang), pengalaman  sendiri, semoden mana malaysia skrg, cancer masih taboo. Yg jadi patient pun kebanyakan taknak amik tahu psl sakitnye. Kurang buat research, tanya doktor takut, makan ubat malas, gi check up ponteng (like me on my 1st year). Disebabkan kemalasan ini, skrg sometimes even dah dok wad berbulan2, kita tanya sakit apa (specific diagnosisnye), "tak tau" atau "ntah, doktor kata kanser darah" bla bla bla. Kalo kita yg sakit dan terlibat taknak amik tau, camana org lain? Nasihat saya kepada patient/keluarga/kawan2 rapat yg dipanggil caregiver. Ada time si sakit ni mmg taknak amik tau langsung. Jadi tanggungjawab kita yg kat sekeliling utk tolong dia, tak dpt secara fizikal pun takpe, maybe leh tlg buatkan research ttg sakitnye dll. 


Khidmat penjagaan kesihatan di Malaysia? Pada dasarnye, kualiti perkhidmatan semakin baik di hospital2 awam. tapi option rawatan yg ada utk cancer2 kat malaysia ni, masih kurang. Globally byk penemuan baru dari segi rawatan kanser, cuma kat malaysia kebanyakan program tu not accessible, kalo ada pun, harganye mang aiii..mahai nak mampus. Mmg ada ramai pesakit, bila dgr ttg kos rawatan (terutama kalo jenis cancer degil tahap cipan, asik datang balik je atau relapsed) kata, "Baik matila camni lagi senang" . Pilihan rawatan baru agak terhad kat malaysia, kena rajinla search n muka tak malu sikit mintak tajaan utk clinical trial.


Fund dari tabung kebajikan hospital awam? Heheh...susahla sikit yang ni. Tahun ni saja kementerian dah potong bajet dari RM2 juta ke RMXXX ribu saja utk jabatan onkologi. Ni peruntukan hospital besar taraf2 HKL. kalo hospital daerah mmg peruntukan datang dari hospital negeri. Cth: Hospital Slim River, peruntukan dari Hospital Ipoh etc. Bayangkan ubat (tak termasuk ward dll ujian) kadang2 mencecah RM20k sebulan. Kalo takat RMxxx ribu even Rm2 juta pun, berapa lama leh tahan fund tu? dan berapa ramai org yg leh dpt fund tu?  Insurans? Ni lagi susah, psl percentage yg ada insurans tak sampai 20% pun, jadi tak perlu nak cerita banyak psl ni. If ada insurans, tak semua dapat coverage. nak2 sekarang macam2 jenis ubat baru & kanser yg kekadang tak masuk lagi dlm list coverage.


Tajaan korporat? Kalo nak mintak tajaan korporat ni, pastikan kita buat program yg grand gila macam Relay Of Life baru dorang pandang. 


Ini kos rawatan yg mmg tinggi. Tapi adakala rawatan mmg yg dah tersedia ada kat hospital awam seperti pembedahan sumsum tulang. Tak pahamla kenapa kkdg kita baca kat paper mintak derma utk tanggung kos rawatan kat hospital swasta, sedangkan kat hospital awam ada pakar (yg lebih berpengalaman biasanya) dan kosnye kekadang jaaaaauuuuhhhh lebih rendah. Tau tak kepakaran hospital2 awam bagi kebanyakan jenis kanser adalah lebih baik dari majoriti hospital swasta? 


Saja buat note ni pasal sesi siang tadi sungguh membuka minda. Dengar masalah2 orang, zaman2 sekarang ni ramai yg miskin urban. So majoriti masalah ni berkisar kos rawatan, kos rawatan, masalah kewangan, financial problem, insurans, claim PERKESO, EPF, majikan dll. Disebabkan dri sendri pernah alami pengalaman, sebagai pesakit biaya sendiri, disponsor & tukang cari sponsor, mmg lecehlah. Kecewa/marah pun ye jugak. 


Kesimpulannya, kat Malaysia ni, khidmat bantuan kesihatan kurang efisien. birokrasi banyak, kalo staf efisien pun, staf yg ada tu cuma sorang dua.  Tapi jgn silap khidmat bantuan kesihatan dgn penjagaan kesihatan professional. Kakitangan kesihatan hospital awam takat ni (nurse, doktor, pharmacist) spjg pengalaman sendiri, mmg terbaek. Jadi banyak2 berdoa supaya sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, so anda, keluarga & kengkawan tak perlu lalui pengalaman2 macam ni. Amiin


Cancer is not a death sentence..but dealing it without family/friends/knowledge/money....??


Ini adalah Cancer Awareness Campaign yang jujur mengikut senario semasa di Malaysia. 


Baca perbualan