Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Dapur Mami Clarky: Ikan Bakar Sambal Kicap

 

Dah seminggu lebih kita beraya. Jika di bulan puasa semua orang target mahu slim, bila raya tiba-tiba berat badan naik double. Ha...tu yang bahaya tu! Ini kerana bila kita diet terlampau dan berat badan turun mendadak, badan kita tak boleh adjust dengan perubahan. Jadi, cell memory akan bekerja untuk mengembalikan badan kepada keadaan asal (selalunya diberi double! hamekkau!!)

 

Mamu D (ehem ehem laki mami la tu hiks hiks! ) dah komplen. Sakit perut. Mana taknya. Asyik ketupat, rendang, daging, ayam, santan santan SANTAN!

 

Perut pun dan naik muak bila mendengar menu raya. Apa kata kalau kita tukar lauk. Maksud mami lauk untuk makan seisi keluarga, bukan untuk hidang kat tetamu yang datang bertandang tak-reti-reti-ke-aku-dah-penat-masak-bagila-time-rehat-untuk-aku-datang-la next-week-aje-sekeh-karang! Ehem. Ini adalah lauk kegemaran mami! Mamu D? Biaq pidia, bagi makan Whiskas pun takpa dia tu. Padan muka pi la lagi golf tengah-tengah orang nak pi beraya!

 

Ikan Bakar Cicah Sambal Kicap

 

Ikan kembung

3 ulas bawang putih

3 cm halia

2 cm kunyit hidup (atau sedikit serbuk kunyit)

garam  [mami pakai garam gunung Himalaya yang lebih bersih dan menyihatkan-tak menyebabkan darah tinggi-sila PM Clarky untuk maklumat lanjut kamon mami sempat lagi iklan!]

 

Tumbuk bahan-bahan (kamon janganlah vongoks sampai tumbuk ikan kembung tu sekali   =.='   )

Perapkan sebentar dan kemudian bakar atas ceper atau microwave.

Mami guna microwave/convection oven Arezzo dengan mode Grill selama 30 minit. 

Kalau tak masak lagi tambahlah masa. 

 

Sambal Kicap

 

Bawang merah-dimayang

Cili padi sesedap rasa - dimayang

Garam

Kicap

Limau nipis

 

campurkan kesemuanya dan .... KITA ENJOY!!!

 

selamat mencuba yuollz!

 

 

...

Baca perbualan