Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

33 Minggu

  • NJay
  • 14 years ago
  • 79,636

 

33 minggu. Lapan bulan. Itu usia kandungan saya sekarang. Badan semakin berat, perut semakin sarat. Baru jalan sikit dah tak larat. Baju semua memang dah tak muat, seluar dah sendat. Tapi tak pe lah, itu kan adat.

Malam kelmarin kaki sakit. Tak boleh tido. Rase nak nangis sebab sakit macam sampai ke tulang. Tengok suami lena tido. Mula2 ingat nak biar je, tapi tak tahan. Kejut suami, mintak tolong urut kaki. Suami bangun, sambil mata masih pejam tolong urutkan kaki. Tapi sakit tak kebah pun. Suami tanya nak pegi klinik ke. Saya kata tak payah. Sebab mcm gedik je nak gi klinik sebab sakit kaki. Saya suruh suami tido semula, walau kaki masih berdenyut. Sebab nye urut pun mcm tak kebah, baik biar dia tido. Sudahnye semalaman saya takleh tido sebab sakit kaki. Tau2 dah subuh.

Semalam pulak sakit belakang. Pantang salah pusing, sakit shoot naik terus ke pinggang. Sekali lagi rase nak nangis sebab sakit sangat. Sampai terfikir bila lah semua kesakitan ni nak berakhir.. Tapi saya cepat2 tersedar. Astaghfirullah.. Tak baik cakap macam tu.. Ni baru sakit sikit, belum sakit nak beranak lagi.. Saya beruntung sebab belum sampai setahun kawin, dah ada rezeki nak menimang cahaya mata. Orang lain ada yang dah kahwin bertahun-tahun pun takde rezeki lagi. Alhamdulillah, saya terima semua kesakitan ni. Terlintas dalam hati, patut lah Islam menekankan ketaatan pada ibu, kerana kepayahan yang ditanggung sewaktu mengandungkan kita, hanya Tuhan yang tahu.. Tak lupa juga golongan bapa, yang dengan penuh kesabaran melayan karenah ibu yang mengandung ini. Kadang-kadang bersengkang mata juga tolong mengurut isteri. Terima kasih suami..

Sepanjang mengandung ni, saya rasa bersyukur dikurniakan Johari sebagai suami. Beliau selalu menolong mengurangkan beban saya. Kadang2 saya rasa saya terlalu dimanja. Alhamdulillah syukur kepada Tuhan kerana menyatukan kami. Semoga kelahiran anak ini nanti akan menjadi pengukuh ikatan kasih antara kami.

Ya Allah, permudahkan urusan melahirkan anak ini ke muka bumi nanti.. Semoga kami diberikan kecekalan, kekuatan dan petunjuk untuk mendidik anak ini ke arah jalan keredhaan-Mu. Semoga ikatan kasih sayang antara kami sentiasa kukuh dan dilindung dari sebarang anasir-anasir yang mahu memecah belahkan kami.

Ya Allah, sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Mengetahui apa yang ada di hatiku, maka permudahkanlah urusanku…

Ameen…..

Baca perbualan