Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Eskimo - Damien Rice Dan Sedikit Tentang Emosi

 

Entri ini disedut daripada blog saya: Indoktrinasi


Dulu.

Masa mula-mula dengar Damien. Saya tak pernah ambil port langsung tentang lagu ini. Bagi saya ianya semacam terlalu personal untuk saya dengar. Dengan tajuknya. Dengan melodi starter-nya yang melankolik. Depressi habis. Silap haribulan kepala saya boleh terhantuk meja.

Tapi kemudian pada suatu hari saya ambil masa dan bukakan hati untuk beri peluang pada lagu ini untuk buktikan sesuatu pada saya.

Damien Rice memang sesaorang. Emosi dan perasaannya tumpah di mana-mana bahagian pada setiap karyanya. Pada situasi saya waktu ini, apa yang menjadi kebiasaan sudah tidak sesuai untuk saya buka volume-nya kuat-kuat di rumah.

Mungkin saya masih mendengarnya ketika membuat kerja di opis.

Ya. Itu perlu.

Saya selalu mencari perasaan di dalam lagu. Saya percaya, seorang pengkarya sepatutnya berani bermain dengan emosi. Karya yang bagus adalah curahan emosi yang bagus. Emosi yang bagus datangnya dari apa yang kita alami. Pengalaman. Samada ianya sudah lepas ataupun yang sedang berlaku.

Ataupun apa yang kita impikan pada masa akan datang. Yang ini bukan pengalaman.

Memberikan emosi pada karya menjadikan karya kita itu hidup. Pemuzik, pelukis, penulis, pengarah, penulis skrip, pelakon malah apa-apa sahaja kerjaya bidang seni. Mengongsikannya kepada audien bermakna kita akan membawa audien masuk ke dalam dunia kita. Maka itu sudah dikira sebagai tanggungjawab.

Audien yang bagus perlu ada instinct. Walaupun ramai juga yang bangang. Jenis ikut-ikut. Tapi yang bangang ini akan jadi pandai jika mereka mahu belajar. Perlahan-lahan mereka akan mencari apa sih yang sebenarnya dipanggil seni itu. Kerana definisinya yang luas dan bebas maka perjalanan itu akan panjang. Hanya jika mereka tidak putus asa.

Ianya bukan terletak pada komuniti. Kamu indie, kamu underground, kamu mainstream.

Percayalah setiap kelompok pasti ada pelacurnya.

Ah! Apahal saya nak terbabas jauh-jauh pulak ni. Jadi, dalam Eskimo apa yang audien boleh dapat adalah apabila Damien menulis tentang perasaan dirinya apabila sudah tidak boleh menulis. Seorang pengkarya yang stuck adalah kecelakaan. Maka rasa itulah yang dibancuhnya di dalam Eskimo. Apabila sampai kepada klimaks-nya, saya begitu terpegun dengan apa yang Damien katakan sebagai 'muse' ini. Manakala Doreen Curran sebagai watak tambahan tidak gagal langsung. Malah operanya sangat mengasyikkan.

Kenapa pula Eskimo itu lantaklah Damien nak letak apa pun. Kan? BTW, bahagian Doreen Curran apabila live show akan digantikan oleh si cantik yang sangat talented itu, Lisa Hannigan.

Baca perbualan