Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Oktober 2010

 

Dulu bila orang kata jangan makan kenyang-kenyang nanti badan jadi malas, saya tak percaya. Tapi melihat trend penghantaran karya terutamanya di bahagian cerpen, baru saya sedar siri rumah terbuka yang bersusun di bulan Syawal ini memang ada impak negatifnya.

Salam warga Kapasitor – terutama buat yang aktif di seksyen Bahasa Melayu (Kapasitor MS)! Semoga anda semua sihat dan ceria selalu. Jadilah macam saya, walaupun terlantar di rumah selepas menjalani pembedahan lutut dua minggu lepas saya kekal ‘sihat’ malah terus menerus untuk lebih ‘sihat’ lagi. Alhamdulillah, berkat masakan ibu!

Namun kalau duka ditakdir datang juga, gunakanlah kesempatan itu untuk menghasil adikarya anda. Orang kata rasa duka dan melankolik itu posyen terbaik menzahir rasa!

Cerpen Sejarah Alternatif
Dua pertiga dari tempoh masa yang diberikan sudahpun berlalu. Setakat ini penyertaan tunggal datangnya dari 26life dengan sisi alternatif sejarah Hang Tuahnya! Satu cerita yang menarik dan membuka minda pada hemat saya.

Bila saya tanya-tanya prospek penulis yang lain, ah rupanya mereka memang mahu hantar juga, tapi sekarang sudah terkalih fokus pada projek Kapasitor terbaru. Cis! Apakah projek itu? Ha, kejap lagi saya cerita.

Buat yang mahu menghalang 26life menang mudah di dalam kempen Cerpen Sejarah Alternatif ini, jemputlah hantarkan karya anda sebelum 18 Oktober ini ya!

Projek Perintis Gerai E-Buku Kapasitor
Alkisah, Kapasitor sedang mengorak langkah seterusnya dengan penghasilan Gerai E-Buku. Baiklah, sebenarnya nama rasmi bagi projek perintis ini belum diwujudkan lagi, itu nama yang saya beri :p

Apa yang anda perlu tahu projek ini bakal menempatkan karya-karya elektronik berkualiti untuk dijual. Ditulis oleh ahli berbakat mahupun senior yang berkecimpung di dalam Kapasitor.

Jadi, buat yang teringin mencuba, yang tahu karyanya ada kualiti, ada pembeli, berminat memasarkannya, bolehlah menyatakan hasrat untuk menghantar karya anda kepada saya sebelum saya terangkan apakah kriteria yang diperlukan dan syarat-syarat asas yang perlu dipatuhi.

Secara asasnya saya menerima karya berbentuk novel atau kumpulan cerpen sekurang-kurangnya 5 buah untuk dijadikan sesuatu produk.

Seiring dengan pelaksanaan projek ini juga dengan dukacita diumumkan projek Kapasitor v5 terpaksa ditangguh dahulu bagi memberi laluan projek yang lebih penting :)

Reviu Seksyen Cerpen – oleh Paktam85
Di sebalik ketandusan idea atau lebih dikenali ‘menopos idea’ bak kata pak penyu, seorang penulis yang banyak menyumbang melalui karyanya Lawak International, ckgunikmie (sama mcm Lawak Antarabangsa) harus dipuji semangatnya.

Selain itu, Kurusawa juga ada muncul dengan cerpen bersiri menerusi Mencuci Kereta Dengan Jameel.

Sebuah cerpen muzikal ala-ala filem magika terhasil dari gabungan Rizzy dan paktam iaitu Kau Suka The Cerpen.

Sizuka dan Erru adalah pendatang baru pada seksyen cerpen namun entri yang dihantar langsung tidak menepati kriteria yang dikehendaki. Mungkin berlaku sedikit kekeliruan di situ. Namun, harapan saya di lain masa ramai lagi penulis baru tampil di seksyen ini.

Kemerosotan terhadap rating, komen dan kadar ahli online semakin menular. Saya sendiri jarang-jarang dapat online dan mengomen serta mengomen karya yang lain kerana kesulitan untuk online.

--

Hah, baiklah! Bulan ini saya tak tulis panjang-panjang. Sedang sakit kan. Nanti mak saya marah saya asyik depan komputer aje (eceh :p). Sebelum saya akhiri buletin kali ini dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan September 2010, suka saya ingatkan kita di sini ada pelbagai latar dan budaya. Berhikmahlah dalam menegur dan jangan mudah melatah. Raikanlah perbezaan kita dengan mengambil apa yang positif. Sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula kita yang macam-macam peel ni ye dak? :D

Cerpen
10 Hari Mencari Cinta - Sekopi
Sinar di Sebalik Kabus - Kekasih
Muslihat Terakhir Hang Tuah - 26life
Biskut Kelapa Manis - Ridhrohzai
Ramadhan Nak Habis Dah - Ibnuizlan

Puisi
 
Selamat datang pemuitis - Tept
Penulis jalanan di bawah pohon semarak api. - Paktam85
Takdirmu memutus warna - Arazmi
Raya raya raya....... - Akma
Sekejap Sangat - Uculer
Menyusur Sangre - Kurusawa
Akta Imanku - Ckgunikmie
Andai Kata - Kekasih
Office Hati - Rizzy
Bahasa Rindu - Myelina

Baca perbualan