Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Ulasan Sekyen Puisi

  • dayya
  • 14 years ago
  • 2,952

 

Sekyen Puisi

Dayya
Apun

Tidak dapat dinafikan, seksyen puisi yang di hidangkan sepanjang bulan lepas antara hidangan istimewa ;seistimewa juadah berbuka puasa dan hidangan pagi raya. Mungkin penulis di Kapasitor benar-benar menikmati  kelazatan bulan nikmat yang lalu dan diterjemahkan dengan menarik dalam setiap puisi di sepanjang bulan lepas. Pening saya mahu memilih karya. Bagus-bagus. Malah tak susah untuk mengatakan bahawa inilah antara sebahagian puisi terbaik yang terpilih. Banyak lagi yang menarik, jadi pada yang terlepas pandang jemputlah membaca karya-karya sepanjang bulan lepas. Memang tak rugi!

Seputar bulan Ramadhan dan Syawal, kembar ini memang menghantar satu rasa indah buat setiap dari kita. Dan rasa ini diterbitkan dengan menarik sekali oleh Akma, Uculer, Kurusawa dan Cikgunikmie. Puisi Raya raya raya.......oleh Akma contohnya menceritakan keindahan bulan Syawal, dengan seribu satu rasa ceria dan bahagia. Untuk Ramadhan yang bakal ditinggalkan Sekejap Sangat dari Uculer di luahkan dengan sejuta rasa rindu, harap dan sedih. Baur-baur rasa ini sangat sinonim dengan kita semua. Dua baris akhir dari puisi ini betul terkesan di hati kita dengan soalan;

“setahun,kekasih
berjumpa lagikah kita?”

Menyambung puisi Paktam85, ckgunikmie dalam tajuk puisi yang sama, Akta Imanku menyingkap dengan lebih meluas akta-akta iman dalam diri kita yang kadang-kadang tidak kita perasan sudah sebati dalam jiwa. Kurusawa pula menghantar nasihat dari naskah Menyusur Sangre. Tajuk yang vague dengan isu melankolik seputar kata.

Seksyen Puisi tanpa cinta ibarat hidup tak bernyawa. Rizzy, Myelina dan Kekasih meneruskan deligasi cinta dengan tiga naskah unggul Office Hati, Bahasa Rindu dan Andai Kata. Mahu rasa di awang-awangan cinta? Jadi jangan ketinggalan membaca rentetan puisi-puisi ini!

Mengakhiri seputar revisi kali ini, saya persembahkan karya dari Arazmi dengan karya bertajuk Takdirmu memutus warna. Puisi ketuhanan ini sangat mendalam jika direnung dalam maknanya. Bagaikan di seru-seru, Paktam85 dan Tept berpadu dengan dua puisi seakan sama tapi tak serupa. Buat pencinta seni terutamanya penulis-penulis puisi; dua karya ini harus anda hayati. Buat yang baru mahu menceburkan diri salam kenal dari Tept sangat menarik untuk kalian jadikan alas dalam arena puisi;  Selamat datang pemuitis manakala buat yang sudah agak matang dalam bidang ini, Penulis jalanan di bawah pohon semarak api. dari Paktam85 perlu terus kalian patri di hati. J

Sekian dulu untuk kali ini. Salah silap harap dimaafi.

Salam sayang.

Baca perbualan