Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Perkara yang tidak mampu dilakukan ketika sarat mengandung

  • NJay
  • 14 years ago
  • 185,436

 

Pagi tadi apabila bangun dari tidur (walaupun sebenarnya tak berapa boleh tidur), tiba-tiba terfikir perkara-perkara kecil yang biasa dilakukan pada hari-hari biasa tapi tak mampu dilakukan ketika perut sudah sangat besar.

Tak dapat tidur golek-golek atas katil (sebenarnya kalau dapat tidur pun dah kira bagus) Tak boleh meniarap Tak boleh potong kuku kaki sendiri (tak sampai) Tak boleh tunduk amik barang yang jatuh ke bawah (perut menghalang) Tak boleh berlari (eceh, macam la rajin sangat berlari kannn? :p) Tak muat pakai baju kebaya atau kurung moden Tak boleh amik gambar lompat-lompat (hoi, dah tua pliss! :p) Tak boleh kutuk-kutuk orang sangat sebab takut baby terkenan (hey, bukankah ini perkara yang bagus?) Tak boleh jalan jauh-jauh, berdiri lama-lama (sakit pinggang) Tak boleh masak (ehhh???) Tak boleh dukung anak sedara yang berat Tak boleh buat kerja rumah *batuk batuk*

Err.. ermm apa lagi ek? Itu jer la yang teringat setakat ni.. Kalau ada teringat yang lain-lain, akan dikemaskini lagi. Perkara-perkara di atas mungkin merupakan perkara yang biasa-biasa sahaja, tapi apabila anda sedang sarat mengandung, perkara yang biasa pun sudah tak mampu dilakukan. Oleh itu, jika anda terlihat perempuan yang sedang sarat mengandung, cubalah ringankan beban beliau setakat mana yang anda termampu ya.. (Terutama sekali encik encik suami yer.. *wink wink*)

Ada sesiapa yang nak turut tambah senarai ini? Silakan.. ;)

Baca perbualan