Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Life: Warung Chikaro!

 

26 Oktober 2010.

Hari ni aku clearkan rumah. Check out dari premis sewaan yang menjadi perisai aku dari embun dan hujan saban hari. Tinggal beberapa hari aje lagi aku akan bertugas di Terengganu, maka aku ambil keputusan (dengan kebenaran) untuk lojing di bilik rehat pejabat aje. Yalah, nak ulang alik rumah, aku duduk tingkat 4. Lutut pula masih segar dengan keterbatasan dan kesengalan akibat operasi baru-baru ni. Maka wajarlah aku mengemukakan rekues sebegitu kepada pengganti yang kini menggalas tugas aku di pejabat.

"Mr Chia, rumah saya tu dahlah tak ada lif. Pejabat kita pun tak ada.. boleh tak kalau sayaaa..."
"Boleh boleh boleh."

Yeslah Mr Chia!

Maka terima kasih kepada dua orang staf aku yang budiman dan berpekerti mulia, dia oranglah yang tolong kemas, usung dan susun barang-barang ke lokasi transit sebelum berpindah ke Kuantan ni.

Baiklah, itu bukan isi penting.

Sebagai hargai pertolongan mereka, aku pun tawarkan staf ini tadi untuk pilih port untuk aku belanja makan. Yalah, karang aku pilih sendiri alamatnya kalau tak kedai abang angkat (mamak) depan pejabat ni, mesti nasi ayam black pepper Hijrah dekat Pasir Panjang. Lain sikit pun aku ajak pergi makan nasi sup campur kat Mydin :p Haku ni nama aje dah lama duduk bandar Kuala Terengganu ni. Haram tak bersosial!

"Aa.. encik, kita pergi makan kat warung chikarolah!" Faizal, staf yang lebih sasa antara keduanya memberi usul.

"Warung chikaro?" Mak datuk. Tak ada nama lain ke.

"Ak ah, jomlah encik, boleh layan tek besar!" Rafiq menyokong. Aaa? Teh besar? Apakah pula itu. Teh gelas besar?

Jadi 15 minit lepas tu, kami bertiga pun dah berada di warung yang dimaksudkan.

Teringin juga aku nak tahu, apa yang teh gelas besarnya? Besar tempayan ke? Apa pula yang chikaro sangatnya dengan warung ni? Ah, afterall ini Terengganu kan? Negeri yang berdarulkan Iman.

Dalam aku terfikir-fikir tu, datanglah waitress ambil pesanan. UMAK OII! Terpempanku sebentar.

Orangnya cun. Takdelah cun yang melelehhh, tapi adalah iras-iras Ekin, isteri seorang selebriti yang pernah terkenal tu. Dia pakai tudung pun macam tudung Ekin. Baik, nice, bagus, alhamdulillah! Tapi.. tapi.. haa tapi yang buat aku terteguk liur dan hidung berdarah ni pakaian dia yang lain tu.

Baby T merah jambu ketat melekat. Check!
Jeans sendat yang membalut erat setiap lekuk bonjol daging bawah pinggul. Check!
Pasangan istimewa dua buah tembikai yang sukar ditanggung. Check!
Mekap yang relatifnya terlalu tebal untuk bekerja di warung. Check!
Kulit putih kemerahan gebu terdedah. Check!

Adakah aku saja atau memang waitress ni lupa dia duduk negeri mana?

Aku toleh-toleh ke lain. HAAAAAAAHHH. Semua waitress pun berpakaian yang sama. Baby T merah jambu ketat melekat memang uniform baru pekerja warung negeri Terengganukah?

Faizal dan Rafiq tersengih berselera. Cis, barulah aku tahu apakah yang dimaksudkan warung chikaro dan tek besar!

"Sini semua chikaro 'baik-baik' encik. Yang terpilih je. Body mesti best. Baru dia ambik kerja." Aku dengar penerangan Rafiq sambil mengelap hidung yang masih memuntah lava merah pekat kehitaman. Mana tak, sesekali lembaga berwarna pink akan melintas di hadapan mata. SRETTT.. tersembur semula.

"Gaji dia offer pun okey. RM50 sehari. Mana nak dapat encik kat Terengganu setakat kerja warung." Betul tu. Cleaner kat pejabat tu pun aku tanya hari tu gaji cuma RM400 aje syarikat dia bayar.

"Malam minggu sini memang penuh gilalah, tak dapat tempat duduk." Faizal pula menyambung. Aku boleh bayang  situasi tu. Seimbas mata membuat kiraan. Ada 25 pelanggan semasa. 24 orang adalah spesis jantina berbelalai yang mempunyai mata bulat bersinar-sinar. Bakinya adalah seorang lelaki suci tunggal.

"Hai.. entahlah Faizal, Rafiq. Kita ni lelaki kan. Kalau dah nak tunjuk sangat tu. Tertengok-tengok juga. Tapi sebenarnya dalam hati saya sedih. Sebab perempuan dieksploitasi begini. Syok memang la syok. Tapi kalau fikir-fikir saya kesian sangatlah dengan dia orang ni."

Dua orang staf tadi mengangguk bersetuju.

"Bos warung ni terlalu memikirkan keuntungan sampai sanggup guna pendekatan macam ni." Aku membuat kesimpulan.

"Encik nak tahu ke mana satu bosnya? Tuu.." Rafiq memuncung pada seorang pakcik tua muka baik-baik berketayap yang sibuk mengira duit.

ASTAGAAA!


p/s Warung ni sediakan masakan asas macam warung-warung biasa. Aku pesan kuew tiau goreng dan limau suam. Cukup la rasa. Cuma sedikit berminyak. 

Baca perbualan