http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

Disebalik kelahiran Naquib Nawfal

iklaneka
 

 

Bukan semua orang berpeluang menyaksikan proses menyambut kelahiran bayi. Menjadi seorang suami pun belum tentu boleh melihat isterinya melahirkan anak terutamanya jika sang isteri perlu dibedah. Apa yang kita selalu tonton di televisyen tu masih belum cukup meninggalkan kesan terutamanya golongan yang keras kepala dan hati kering serta malas mandi pagi seperti  Ahmad Sharifudin Wassini b. Abdul Karim (abaikan).

Melihat bayi  yang keluar beserta uri, darah dan pelbagai bendalir dari badan seorang wanita adalah satu peluang yang datang bukan selalu (ya, melainkan and seorang bidan atau petugas hospital yang kerjayanya memang itu). Disebabkan aku hanyalah seorang juru pengaturcara yang lebih banyak bercakap daripada menaip, maka aku berasa bertuah kerana dapat melihat sendiri proses kelahiran anak aku dan suasana yang cemas di bilik kelahiran. Bilik yang terang benderang itu di-gegak gempita-kan dengan erangan Nadia, jeritan jururawat A yang berdesibel tinggi, ketangkasan jururawat B dalam menguruskan operasi dan juga ke-cacamerba-an adik-adik pelatih dari universiti tempatan.

Dan jika anda selalu lihat askar dan polis saling memberi tabik hormat kepada ketua mereka, ketahuilah bahawa yang anda perlu tabik hormat itu adalah kepada kaum wanita; ibu yang berhempas-pulas melahirkan anak kita dan emak yang begiu tabah membesarkan kita.  Mereka ini adalah super woman yang layak diberi penghormatan sebegitu.

Kenapa?

Kerana aku sanggup cabut bulu hidung aku dengan mengatakan bahawa tiada seorang lelaki pun yang sanggup mengeluarkan bayi dari hujung anunya.

Tak percaya?

Anda bayangkan diri anda sebagai seorang lelaki (Ini khas untuk orang perempuan dan bapuk yang mengaku perempuan). Di hujung anu anda, keluarlah seorang bayi yang seberat 2.6Kg. Sedangkan jika ada batu halus yang keluar pun kita sudah mengerang, apatah lagi mengeluarkan kepala bayi yang berdiameter 6cm.

Bagaimana lelaki? Nak cuba?

“Ai nak cuba!” (terdengar suara bapuk yang tak tahu malu di hujung sana sebelum dilepuk oleh Mohd. Mazwan bin Fakhrul Radzi - abaikan)

Naquib Nawfal bin Muhammad Johari

Naquib Nawfal selepas diazankan dan diqamatkan.Maaf, tiada gambar terbaru.Video ada tapi malas mahu muat naik.

Realitinya, dengan seberat 3.5Kg, Nadia Jalaludin telah berjaya mengeluarkan Naquib Nawfal secara normal pada pukul 7:40 malam 26 Oktober 2010. Aku yang diketahui umum memang gagah perkasa dan berperut buncit ini sudah pasti tak akan sanggup dan tidak mahu mengeluarkan bayi sebesar itu. Oleh itu, tabik hormat dan peluk cium aku berikan kepada isteri, Nadia bt. Jalaludin yang telah menjadi super woman kedua dalam hidup aku. Super woman pertama pastilah emak aku yang pada 21 tahun yang lalu melahirkan dan membesarkan aku dengan penuh kesabaran (menulis sambil menyorokkan bekas lebam ketika berumur 5 tahun :P :P)

Dan tabik hormat (tanpa peluk cium) juga kepada wanita-wanita di luar sana yang bergelar ibu dan bakal ibu. Pengorbanan dan kehebatan anda dalam mengendong perut yang berisi bayi adalah sangat-sangat dihargai. Tapi, tolonglah jangan ubah tabik hormat kami kepada caci maki atas tindakan anda membuang bayi anda ke tong sampah. Dan jangan marah jika kami ludah muka anda jika anda buat begitu!

P/S: Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada setiap mesej, wall post, sms dan panggilan telefon yang anda hantar kepada aku dan isteri. Maaf jika tiada hebahan sms kerana telefon kami yang ganjil (maksimum nama yang boleh dihantar adalah 15 nombor sahaja). Maaf juga jika ada yang tidak berbalas. Mohon doakan kebaikan dan keselamatan kepada isteri dan anak. Terima kasih ;)


Share!Email

about the author

Johari Rahmad

Mari jadi baik
jojo | Add jojo as your friend | Send Message

my other posts
20 Karya Sepanjang 2012 yang Mungkin Anda Terlepas | 2562 reads
Selamat Datang & Terima Kasih | 2731 reads
Random Awesome | 2782 reads
Klinik Cerpen (Serunai Faqir) : 12 Feb 2012 | 3099 reads
Kenapa Malaysia Memerlukan Kilang Memproses Nadir Bumi Lynas? | 4874 reads
4 Perkara Sensitif di Pasar Ramadan | 2091 reads
Bagaimana membalas emel dengan menggunakan emel lain dalam Gmail? | 2616 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Head Over Heels


admin blog