Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin November 2010

 

Salam karya semua. Sebelum saya mulakan, ingin saya ambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa-mangsa yang terkorban dalam dua kejadian serentak bencana alam di Indonesia. Semoga yang terselamat akan tabah dan bangun semula menghadapi ujian ini.

Saya baru mula bekerja selepas sebulan bercuti sakit di rumah akibat pembedahan lutut. Insya Allah, 3 November ini pula saya akan bertukar lokasi kerja ke Kuantan, meninggalkan negeri Terengganu yang akan kekal menjadi tempat mula-mula sekali saya menjalankan tugas selaku penjawat awam.

MammaNia!
Masih ingat filem muzikal dengan tajuk hampir serupa tahun 2008 itu? Tidak, kali ini saya bercakap mengenai pasangan Kapasitor (yang sah) yang telah pun selamat dikurniakan seorang bayi comel pada 26 Oktober lalu. Sipi-sipi tarikh dengan hari jadi seorang lelaki budiman dan berkesucian tinggi mana tah.

Selamat datang ke dunia Naquib Nawfal Muhammad Johari! Selamat datang ke Kapasitor juga! Saya mewakili sidang Kapasitor MS mengucapkan tahniah kepada pasangan dan menabik hormat wira-of-the-day, puan pensyarah Nadia Jalaludin. Kepada Muhammad Johari, jadilah papa yang baik, bukan papa jahat yang nakal sangat, nanti kantoi dengan mama papa ligat, alamat papa kena sagat! Auuuww!

Pertandingan Cerpen Bertema #1: Sejarah Alternatif
Alhamdulillah, siri pertama pertandingan mini cerpen bertema telahpun selesai tempohnya pada 18 Oktober lalu. Walau hanya ada tiga entri dihantar, ketiga-tiganya menghidangkan kualiti karya yang sangat memuaskan!

Saya terkadang rasa menyesal mengapa saya hanya boleh pilih satu sebagai pemenang?? Saya sampai berharap saya ada duit lagi RM100 agar boleh saya hadiahkan pada semua sekali penulisnya.

Tulisan Rebelliben dan Kamalia memperlihat penghayatan yang tinggi terhadap drama yang ditulis. Mendalam dan terperinci. Saya syak mereka ada sedikit obsesi terhadap sisi sejarah yang diolah. Membaca karya mereka menenggelam kita ke dalam dunia tersebut.

Mesej dan sindiran terhadap masyarakat melayu pula banyak disisip dalam karya 26life, adapun Rebelliben turut menyimpulkan cerita beliau yang agak berat itu dengan elemen serupa.

Kalaulah bukan kerana 26life mengaku karya ini idea asalnya diinspirasikan oleh orang lain saya memang tak pening-pening nak pilih pemenang. Karya ini memang sangat mengujakan, bertunjangkan perspektif idea yang di luar kotak. Dan saya memang sangat menikmati idea-idea begini.

Jujurnya, saya pernah berada di fasa.. ah, cerita Hang Tuahlah menang. Tapi dua tiga hari lepas tu fasa tu berubah mengatakan mitos Yunani yang lebih layak. Tak lama lepas tu saya tiba-tiba rasa sebenarnya Mark Chapman yang patut menggungguli edisi sulung ini. Oih, apa ni! Fasa ini kemudiannya saling berbolak-balik, bertukar-tukar sampailah saja jadi buntu.

Tapi, pemenang tetap harus dicari. Maka dengan ini saya mengumumkan pemenang yang memisahkan saya dengan sebahagian gaji saya bulan ini adalah: Cik Kamalia Ramlan :D

TAHNIAH SAYA UCAPKAN! :)

Pertandingan Cerpen Bertema #2..
Selesai yang pertama, kini mari saya wartakan tema bagi sesi yang kedua. Tempoh pertandingan adalah seperti biasa, dari awal November sehinggalah tengah malam 20hb Disember 2010. Dan hadiah masih lagi berada di takuk yang sama, iaitu bersamaan 10% daripada imbuhan yang PM janji nak berikan pada saya akhir tahun ini.. dalam perkataan lain, RM 50. (Melainkan tiba-tiba ada yang nak taja sikit ganjaran tambahan. EHEHEM!)

Terma dan syarat masih sama. Karya itu hakciptanya adalah kekal milik anda. Lepas dah siar di sini, nak hantar kepada media cetak pun tak ada masalah. Banyak aje karya penulis otai dalam ni seperti Upenyu yang sudah tersiar di sini kemudian melangkah ke alam bercetak pula. Saguhati yang diberikan hanyalah token menghargai kesungguhan anda :)

Tema bagi edisi kali ini adalah: Autobiografi!

Haaaa.. kalau dulu sekolah rendah kita selalu dikerjarumahkan dengan “aku sebatang pensel”,”aku sepasang kasut”. Mari lihat bagaimana perspektif kita bila dah meningkat usia ni. Mungkin akan lahirkah “aku segugus awan kumulonimbus”, “aku sederet ombak tsunami” atau mungkin “aku sepucuk protoskop yang ditakdirkan untuk rektum”. Kreativiti, originaliti, persembahan dan bagaimana penulis mempromosikan tulisannya akan saya ambil kira dalam memilih pemenang.

Sila letakkan kod penyertaan “PCB#2” di awal tajuk cerpen yang dihantar itu ya! :D
Contoh: PCB#2: Aku Segulung Filem Overrated Bermatlamat 40 Juta

Reviu Seksyen Cerpen dan Novel (oleh Ridhrohzai)
Sebanyak 12 judul cerpen telah dihantar dan kali ini ada dua orang penulis aktif yang menyumbang karya iaitu 26life dan Ancalime di mana masing-masing menyumbang dua buah cerpen. Ada peningkatan dalam penghantaran berbanding bulan lalu.

Kali ini seksyen cerpen dimeriahkan dengan variasi genre cerpen seperti karya NJay yang bertajuk Akhirnya Sudipku Berguna Juga dalam genre jenaka, karya Kurusawa yang bertajuk Mencuci Kereta Dengan Jameel dan beberapa genre lain. 

Selamat datang juga pada muka baru iaitu Paen dengan cerpen pertamanya bertajuk Camelia. Diharap pada bulan hadapan, lebih ramai penulis baru yang akan muncul.

Oh, hampir terlupa dengan seksyen novel. Ada sebuah novel baru dari paen bertajuk Diari Budak Hostel

---

Sampai di sini sahaja buletin kali ini, sebelum saya undur diri di sini saya senaraikan Karya Pilihan Kru Pengelola bagi bulan Oktober 2010.

Cerpen
CSA: Bicara Ini Memori Bersama Sang Dewi – Rebelliben
Akhirnya Sudipku Berguna Juga – Njay
CSA: Surat Seorang Psikopat Yang Menyesal – Kamalia
Separuh Hari – Ancalime
Transit Kehidupan - 26life

Puisi
Kembali - Paktam85
Meski - Rizzy
Kerna globalisasi - Kurusawa
Hati yang berbelah bahagi - Kmakata
Nota ikhlas dari hati - Darthside4
Puisi Sang Hamba - Larana
Suatu penyesalan -  Cendoller
Berkelabmalam - MissClarks
The Momok - Kosong
Selepas derita ada bahagia - Ckgunikmie

Baca perbualan