Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Perkara-perkara mudah yang terlalu sukar untuk dilakukan bila memasuki kedai buku...

 



5 perkara mudah yang terlalu sukar untuk dilakukan oleh sesetengah orang apabila memasuki kedai buku:-

 

1. Membawa makanan dan minuman ke dalam kedai.

Membawa makanan dan minuman adalah TIDAK dibenarkan sama sekali. Cuba bayangkan, sekiranya ketika itu sedang menikmati milo ais atau Oreo McFlurry...tiba-tiba tanpa disengajakan minuman itu tumpah ke lantai dan terkena buku-buku.  Bayangkan?? berapa yang anda harus bayar untuk satu kesalahan tanpa disengajakan? Sedangkan harga sebuah novel berharga RM18.90 dengan 15% diskaun pun dikatakan mahal...inikan pula mahu membayar harga buku-buku di satu rak atau display table. Pikir-pikirkan la...

2.Bergambar kenang-kenangan

Adalah satu detik manis dapat mengabadikan gambar kenangan bersama artis-artis kesayangan seperti Yuna,Aaron Aziz mahupun Tam Spider. Namun begitu, tidak perlulah anda terlalu teruja hinggakan terkinja-kinja bergambar dengan buku Justin Bieber: First Step Forever hanya kerana anda ingin meng"update"kan dalam status mukabuku anda bahawa anda kini berada di kedai buku sedang meninjau-ninjau buku Justin Bieberterkini.

3.  Memastikan keselamatan dan keberadaan anak-anak anda.

Ramai di antara rakyat Malaysia yang mempunyai hobi membaca dan menanamkan sikap suka membaca kepada anak-anak sejak dari kecil lagi. Sememangnya golongan ini harus di puji...akan tetapi beringatlah kedai buku bukankah pusat membaca buku. Kedai buku adalah bertujuan menjual buku maka,sila pastikan anak anda membaca buku dengan cara yang betul. Tangan untuk memegang buku...mata untuk membaca dan minda untuk mengunyah dan mencerna apa yg dibaca. Namun sesetengah ibubapa yang bijak pandai dan demi memastikan anak mereka lebih pandai..anak-anak dibiarkan menggongoi dan mengigit buku. Eeee..penuh air liur melekat pada buku. Bila disuruh bayar...alasan diberi budak kecil tak paham apa. Habis tu mak bapak dia bodoh ke tak boleh jaga dan kawal anak tu... pikirlah sendiri.

4. Slot drama "Samarinda"

Ni yang paling best sekali..ramai pasangan muda remaja yang menjadikan kedai buku tempat selamat untuk berdating. Kalau setakat duduk membaca bersama-sama,tak mengapa...tapi turut sama membuat tayangan hebat seperti aksi meraba-raba dan bercumbu-cumbuan. Tolonglah....tak malu ke depan budak-budak kecik yang datang membaca dan membeli buku? Oh satu lagi sebelum terlupa..jangan jadikan kedai buku sebagai tempat bergaduh berebut boyfriend. Bila tengok semula rakaman CCTV, terasa dan macam tengok Pertandingan Raja Lawak.

 5. Bertekak dengan staff kedai atau staff Customer Service

Menggunakan perkhidmatan yang disediakan di kedai buku dapat membantu menjimatkan masa mencari buku anda. Akan tetapi sekiranya anda tidak pasti jangan segan silu bertanya pada kaunter customer service. namun, jangan pula anda memaki staff bertugas dengan menegakkan benang yang basah seperti senario dibawah:

Lady X:  I nak cari buku Twilight. Penulisnya Sophie Kinsella.
Staff   : Maaf cik, kita cuma ada buku Twilight, yang penulisnya Stephenie Meyer.
Lady X : Awak ni bodoh la..saya nak buku Twilight by Sophie Kinsella la.  Cerita dia mengenai perempuan laki dia mati..pastu hari-hari laki dia tulis surat kat dia. Ala...yang diorg buat filem tu...Mandy Moore berlakon.  You ni tak paham bahasa ke?? tu la kerja kedai buku...ni mesti tak pass PMR. Bodoh!

(WTF la kan...sejak bila la Sophie Kinsella tulis Twilight and Mandy Moore berlakon cite Twilight yang laki dia mati...Edward tu kan dah sah2 vampire yang hidup beratus tahun..isk isk isk..) dah la info ntah pape diberi..pastu siap cop orang bodoh lagi kan..kurang budi bahasa betul! Staff pun manusia juga..ada ratus ribu buku dalam kedai..manalah dia nak ingat semua tajuk. So, bertimbang rasa la sikit...


 Ni semua berdasarkan pemerhatian saya bila di kedai buku. So kalau anda ada apa2 pengalaman ..jom la kongsi bersama2. mana la tahu kot2 boleh dijadikan sebagai panduan..teladan bila berada di kedai buku.

 

Baca perbualan