Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Review Crayon / Krayon (2010)

 

Makanya semalam aku ke Sunway Pyramid dengan Aminur dan Amirul dan kami nak menonton filem. Setelah beratur panjang, kami decide nak menonton filem Melayu/Singapura bertajuk Crayon atau Krayon arahan Dean Burhanuddin. Honestly, tarikan utama filem ini pada aku cuma Adibah Noor. Dengan RM14 tiket seorang (mahal gilak!), kami seolah-olah telah menempah satu panggung wayang tu sebab cuma kami bertiga saja yang menonton filem tu. Parah ni...

Filem ini mengisahkan tentang 2 sahabat, Adam (Chinese Malaysian, Kahoe) dan Rafaat (Malay Singaporean, tak ingat nama, malas nk Google ;P), 2 pelajar universiti di Singapura yang mendapat tugasan CSR dan mereka datang ke Melaka untuk membantu di sebuah rumah anak yatim 'Rumahku' yang diuruskan oleh Mak Engku (Adibah Noor). Kehadiran mereka di situ telah membawa perubahan kepada 'Rumahku' dan turut membantu Mak Engku yang berhutang dengan sebuah bank korporat yang akhirnya bakal membawa konflik besar kepada plot filem ini. Let's go to the review:

1. Lakonan / Karektor:

Kahoe, yang bermula dengan Talentime oleh Yasmin Ahmad adalah tunggak utama filem ini sebagai Adam. Malah aku dapat rasakan filem ini terlalu sangatlah Adam-centric. Dan di sinilah kesilapan utama filem ini. Kahoe membawa lakonan yang lemah pada aku. Menjadi seorang Malaysian, penguasaan Kahoe dalam bahasa Melayu dan Inggeris masih lemah. Bila dia cakap Cina dalam filem ni baru aku rase macam lega. Watak Adam pada aku tidak likeable sgt, ditambah dengan tak ada perkembangan dinamik pada watak-watak lain menyebabkan kurang emosi bila menonton filem ni. Pada aku, tunggak cerita ini adalah kanak-kanak rumah anak yatim ini, tapi kita hanya diperkenalkan pada satu watak sahaja iaitu Afiq, sedangkan ada 20 kanak-kanak lain dalam rumah ni. Rafaat is okay, likeable tapi mungkin sebab dia Singaporean, biasly, aku nampak dia poyo. Adibah Noor kelakar, namun she doesn't benefit much dengan karakter kelakarnya dengan keseriusan yang perlu ditunjukkan apabila berhadapan dengan ugutan dari GRDY bank tu. Watak terbaik adalah 2 orang penjahat yang selalu datang mengugut. 

2. Teknikal / Sinematografi:

Secara keseluruhan, memandangkan cerita ini lebih dialog dan lakonan dari aksi, maka aku boleh katakan baik. Sinematografinya pelik sikit. Permulaan cerita, sinematografinya nampak biasa. Standard, okay. several collage shots menunjukkan kemesraan awal Rafaat, Adam dan kanak-kanak lain. Tapi, second part of the movie tampak lebih artistik. Banyak close up shot to untuk satu watak sahaja, dengan lighting yang cemerlang. Antara yang ketara adalah sewaktu Afiq berbasikal pulang ke rumah mereka, waktu Adam di tanah perkuburan, Adam pulang semula ke Melaka dari Singapura dan Adam dalam gelap seorang diri di atas bumbung di Singapura. Banyak juga bird's eye view / aerial shot yang pada aku satu effort yang bagus. Cuma kadang-kadang, sesetengah peluang dilepaskan seperti scene di tepi pantai yang boleh menjadi saat terbaik untuk sinematografi tidak digunakan sebaik-baiknya. Secara keseluruhannya sinematografinya terbaik, malahan lebih baik dari filem-filem arus perdana yang sedia ada. Tapi mungkin masih mentah kalau nak dibandingkan dengan Kabir Bhatia. 

3. Jalan cerita / Skrip: 

Cerita ini penuh dengan sindiran sebenarnya - Isu perbezaan antara kita dan Singapura dikeutarakan dalam isu stereotyping, isu penggunaan bahasa, kritikan kepada badan-badan korporat yang hanya membantu anak-anak yatim waktu musim raya sahaja dan isu kerajaan Malaysia yang korup dan lembab. Most of the issues hit hard dan berlapik namun jelas sahaja mesejnya. Elemen humor pada aku mengambil peratus yang lebih tinggi dari drama, tapi mungkin sebab ini sebuah filem kanak-kanak. Jalan ceritanya pada aku sedikit rushing, sehinggakan peleraian cerita terasa tak logik sebab berjaya dilakukan dalam masa yang singkat dan senang. Itu antara masalah terbesar filem ini. 

4. Yang tersirat:

Tidak seperti filem Estet arahan Mamat Khalid, tak banyak sangat isu tersirat. Banyak yang tersurat. Namun, aku tak dapat nak mengelak dari terpikir subtle gay message dalam filem ini. Pertama, sewaktu mula-mula Adam dan Rafaat sampai,  Rafaat bagitahu Mak Engku yang they're together menyebabkan Mak Engku tersalah sangka ke'togetherness'an mereka tu. 2 watak jahat tu pulak, salah seorang dari mereka kuat menangis (ironik!) sampai perlu selalu dipujuk oleh penjahat yang satu lagi. Hurm, mungkin tak disengajakan tapi itulah itulah. 

Overall:

Aku berikan filem ini 3 daripada 5 bintang. 1 bintang untuk humor, 1 bintang untuk kupasan isu dan 1 bintang untuk sinematografi. Filem ini pada aku banyak pengaruh dari filem 'Laskar Pelangi' dari Indonesia tapi gagal membawa emosi yang sama. Mungkin pengarah perlu banyak lagi membuat rujukan filem-filem kanak-kanak seperti Annie, Tare Zameen Par dan sekurang-kurangnya Nanny McPhee. Filem-filem ini lebih fokus kepada kanak-kanak yang ada seterusnya membuat kita menyokong mereka, caring kepada mereka dan kasihankan mereka bila ada konflik yang terjadi. Namun filem ini gagal dalam aspek itu tapi hopefully we'll see a better movies in the future from Dean.

Baca perbualan