Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kenapa aku join Kapasitor?

 

Assalamualaikum semua warga kapasitor

 Satu hari, aku klik sana klil sini, tetiba sampai ke sesawang Kapasitor. Terus jatuh hati. Beberapa hari lepas tu jadi ahli, sebab niat hati aku tinggi, nak cuba baguskan lagi skil menulis. Aku beranikan diri menghantar puisiku dan yang paling aku bangga adalah tercipta karya cerita pendekku yang pertama dalam genre autobiografi berjudul Aku, Zuhrah dan cintaku, Marikh.

 Belakangan ini aku mula berjinak dalam penulisan puisi. Sesekali aku kirimkan puisiku untuk tatapan teman-teman FBku. Banyak juga yang senang dengan puisiku itu dan ada juga yang memberi komen. Kemudian aku mahu ada yang dapat menilai hasil tulisanku. Bagaimana aku dapai memperbaiki tulisanku kalau aku tak tahu apa kelemahan tulisan aku? Yang aku terkesan dari kelemahan tulisanku adalah sikapku yang tidak terbuka atau takut untuk mencurahkan isi hatiku yang sebenarnya. Ada banyak bakat yang perlu aku asah cuma apa dan macam mana itulah yang aku cari sekarang ni. Aku harap sangat jaringan kapasitor dapat membantu aku.

 Sudah tiga tahun lebih aku menulis kisah pahit manis hidupku membesarkan anak istimewa di lightnur.blogspot.com. Pakai bantai tulis jerkan, tak terfikir tentang skil tulisan. Janji apa yang ada dalam benakku dapat aku keluarkan dalam bentuk tulisan. Inilah sebab pertama aku menulis sebagai terapi untukku menghilangkan atau mengurangkan masalah hidup yang pelbagai warna dan bentuk. Aku juga menulis di blog tu sebab keduanya adalan untuk kenang balik kisah hidup lalu yang pernah kulalui. Ketiga supaya nanti anak-anakku dapat jadikan blog itu sebagai rujukkan untuk mereka. Manalah tahu kalau aku ditakdirkan pergi dulu, maka merekalah akan menjaga adiknya yang istimewa ini pula. Setidak-tidaknya blog ini dapat beri panduan kepada mereka. Keempat untuk ank istimewaku baca kisah hidupnya, jika diizinkan Allah dia boleh membaca nanti. Kelima aku mahu berkongsi kisah hidupku bersama yang senasib denganku dan mungkin juga untuk siapa sahaja yang dapat mengambil pelajaran dari kisah tersebut.

 Aku bersedia untuk memperbaiki skil tulisanku. Insha Allah, aku terbuka untuk sebarang kritikan dan tunjuk ajar. Aku bersyukur kerana bertemu dengan Kapasitor. Semoga ini permulaan hubungan baik antara aku dengan Kapasitor.

 

xox
lightnur

Baca perbualan