Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Disember 2010

 

Salam karya, salam budaya! Salam merdeka (buat ahli Kapasitor yang sudah habis dan hampir habis kertas SPM masing-masing) :)

13 Disember baru nak pos buletin, apa yang saya fikirkan? Maaf semua. Sebagai lelaki yang penuh dengan alasan, untuk edisi kali ini alasan saya adalah kejutan budaya kerja di tempat baru. Sibuk, stres dan sengal! Tak perlulah saya perincikan apa yang jadi kerana sebagai penjawat awam penuh integriti biarlah kesengsaraan ini saya simpan atau salurkan di saluran yang betul (baca: mengumpat penuh emosi dengan Jojo).

Oh ya, sebelum saya teruskan, di sini saya kongsikan gambar bayi Jojo dan Njay – pasangan Kapasitor pertama yang kini dikurnia pula dengan bayi Kapasitor pertama. Saya pergi melawat bayi berkenaan bersama Syud pada 21 November yang lalu – dengan kereta berasingan of course! (buat peminat Syud yang cemburukan saya).


"Tolong! Tolong! *KoffKoff!* Pencemaran udara! MamaNia tolong selamatkan Naquib." *Hinsss hinsssss*


"Baby Naquib, tak baik buat auntie Syud macam tu. Kita kena berhemah dan menjaga sensitiviti terutama dengan kaum wanita. Meh sini Papatomic dodoi dan didik macam mana nak mencontohi keperibadian lelaki suci terakhir macam Papatomic."
"Baikk Papatomic!!"


Generasi Baru
Dari pengamatan saya, Kapasitor hari ini sedang melalui fasa perubahan generasi. Bukan sesuatu yang baru. Mengikut perkiraan sejenak, Kapasitor sedang berada di permulaan kelompok ke-5.

Watak-watak utama daripada kelompok ke-4 seperti Paktam85 mula kelemasan disedut pusaran arus kerjaya – salah satu penyebab utama lenyapnya pengkarya-pengkarya daripada kalangan pelajar universiti.

Bukan semuanya hilang. Ada yang bernasib baik, komitmen baru yang dihadapi mereka tidak menghalang dari berkecimpung di sini. Ada yang bertuah, walaupun bekerja akses internet masih boleh didapati dengan mudah, tiada sekatan ke laman Kapasitor.

Apapun, saya dalam sibuk tak sibuk ni tetap setia memerhati bagaimana pula coraknya watak-watak utama Kapasitorian Gen-5. Antara ahli aktif terbaru yang saya lihat mempunyai potensi berpadu dengan yang sedia ada mendukung generasi ini adalah Toti, Aima, Lightnur dan lain-lain lagi. Selamat datang kepada kalian semua :)

Nikmati Kapasitor yang Berbilang Cabang
Buat mereka yang masih hijau dengan Kapasitor, gunakanlah platform karya kreatif ini dengan ketetapan minda yang betul. Di sini ada pelbagai cabang, baik yang menyusur aliran perdana mahupun meneroka stail frinjan. Ambillah apa yang baik daripada mana-mana aliran pun, dan jangan dihina perbezaan.

Saya gembira melihat pengkarya sedia ada memperjuangkan stail masing-masing dan memberi variasi positif di Kapasitor. Walau kadang ada yang menyungkit, memfire stail kita, biasalah. Kita tak dapat puaskan hati semua orang :) Cuma jangan lupa untuk sentiasa belajar dan meningkatkan lagi karya yang ingin dihantar!

Untuk mengetahui apa aktiviti yang sedang berlaku di Kapasitor, jadikan URL ini sebagai salah satu tab wajib browser anda!
www.kapasitor.net/feed

PCB#2: Autobiografi
Setakat ini sudah 9 entri yang diterima! Sangat menggalakkan. Tarikh tutup tidak akan dianjak iaitu tetap tepat tengah malam 20hb Disember nanti. Karya yang sudah dihantar juga masih boleh dibaiki, tak ada masalah. Semua akan dinilai selepas 20hb kelak.

Buat yang belum hantar, marilah hantar karya dan anda berpeluang merebut RM50 daripada imbuhan penjawat awam yang saya terima :p

Saya juga dalam usaha mencari idea apakah tema yang ingin ditandingkan untuk edisi akan datang. Jika ada idea, lontarkan di kotak komen! :D

Ulasan Seksyen Cerpen (oleh Ridhrohzai)
Sebanyak 17 entri cerpen telah dihantar pada bulan November di mana tujuh daripadanya adalah entri untuk pertandingan cerpen autobiografi. Terdapat juga muka baru seperti Echopena dan Toti. Toti juga merupakan penulis yang menyumbang entri cerpen paling banyak untuk bulan ini dengan jumlah tiga buah cerpen. Kebanyakan karya penulis ini lebih menjurus ke arah genre satira, salah satu genre yang jarang kelihatan di Kapasitor. Cerpen yang dihantar pada bulan ini nampak peningkatan dari segi jumlah dan juga mutu. Istimewanya bulan ini, saudara zinggof telah memulakan semula cerpen rantaian iaitu M01S09 - Arukh Safuna (ii) (re-production).

Ulasan Seksyen Puisi (oleh Dayya)
Penulisan puisi pada bulan lepas nampaknya kurang penekanan terhadap kualiti puisi. Kebanyakan penulis lebih gemar menulis secara semberono dan mementingkan kuantiti berbanding kualiti.

Seksyen puisi agak kurang meriah kali ini. :) Namun usaha setiap penulis haruslah dipuji. Kapasitor adalah tapak untuk anda mengembangkan bakat tapi jika anda mahu dilihat orang, anda perlu meloncat sendiri. Usaha anda adalah siapa anda. Teruskan menulis!

---
Terima kasih saudara Ridhrohzai dan Cik Dayya. Ridh ni walau dalam kesibukan memulakan kerjaya di HSBC dan menguruskan manuskrip-manuskrip, tetap setia memberi ulasan dan memilih karya terbaik :) Selamat memulakan semester baru juga kepada Dayya!

Baiklah sampai di sini saja, buletin ini akan diakhiri dengan Karya Pilihan Kru Pengelola Bulan November 2010.

Puisi
1. Ingin jadi Tuhan- Toti
2. Sambal cinta- Ckgunikmie
3. Bila ubun masih basah- Sparhawk
4. Sejuta Kasih- Kieyra
5. Es Pi Eymm-Kosong
6. .- Petak
7. Peniup seruing buta- Aduka
8. Di tahun ke lapan-Kekasih
9. Secarik harapan- Srikandi
10. Di penjara fikirku- Aima

Cerpen
1. Demimu Yana, Aku Sanggup Mati! (Bahagian 1) – Kamalia
2. Demi Wawasan 2020 – Dayya
3. Jalan Menggapai Bintang – Ckgunikmie
4. Sengal Haji Gedebe – Toti
5. M01S09 - Arukh Safuna (ii) (re-production). - Zinggof

Baca perbualan