Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB: Tamatnya Edisi ke-2, Bagaimana yang ke-3?

 

Salam semua :)

Pada Isnin 20 Disember 2010 yang lalu, Pertandingan Cerpen Bertema Edisi ke-2 telah pun melabuhkan tirai. Yay! Alhamdulillah daripada cuma 3 penyertaan dalam edisi lalu, edisi kali ini telah dengan gahnya menampilkan 11 cerita dengan temanya “autobiografi.”

Terima kasih kepada rakan-rakan Kapasitor yang sudi menyahut kempen PCB saya :) Kau orang memang sporting dan nyummies :D Kak Lightnur, ibu tabah yang baru sahaja menyertai Kapasitor pun, wah terharu saya! Masuk-masuk sini terus join.

Untuk pengetahuan anda semua juga, bagi edisi akan datang iaitu yang ketiga. PCB telah mendapat seorang penaja yang sudi menaja 2 slot pemenang. Beliau ni pernah menulis-nulis di sini juga satu tika dulu menggunakan nama CikLinda :) Jadi dengan rasa syukur dan penuh prihatin diumumkan PCB#3 kelak hadiahnya meningkat menjadi RM50 x 3 pemenang :D Horay!

Err.. ada sesiapa yang nak taja edisi 4? :D

Untuk tema edisi ketiga nanti, yang sedang bermain-main di kepala saya adalah.. tema FUTURISTIK! Ya, sempena nak tahun baru kan. Cuba kita bayang-bayangkan apakah yang akan jadi masa depan. Fuhh..

Tapi anda masih boleh suarakan pandangan anda, marilah! Beri idea untuk tema edisi ketiga ni. Kalau tiada yang menarik minat saya akan muktamadkan tema ni je. Hehe. Apa pun nantikan tema rasmi edisi ketiga kelak :)

Anda boleh mesej saya secara peribadi kalau segan nak beritahu cadangan tema anda di sini ya!

Akhir sekali, di bawah ini saya senaraikan SEMUA penyertaan bagi Pertandingan Cerpen Bertema Edisi ke-2. Silalah baca semula dan nilaikan. Kemudian beritahu saya, kalaulah anda seorang juri... hah, karya mana yang akan anda pilih sebagai pemenang?

Saya menanti respons anda :D

Kedai Makan oleh: 26life  Aku Sebuah Cerpen oleh: Sekopi  Rektum Yang Menjadi Mangsa oleh: Jojo Aku  Klise oleh: Ancalime  Aku, Usahawan Yang Terfitnah oleh: Uculer Aku dan Bro Ramu oleh: Ridhrohzai Aku Machio El Diablo oleh: Kurusawa  Aku, Zuhrah dan Cintaku, Marikh oleh: Lightnur Monolog Niraq oleh: Rizzy Aku Hanyalah Sebuah Telefon Bimbit Kepunyaan Zaleha Yang Telah Mati Dipanah Kilat oleh: Kamalia Lecuran oleh: Dayya

Baca perbualan