Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

15 fakta menarik dan karya-karya paling hangat dan popular di Kapasitor sepanjang tahun 2010

  • jojo
  • 13 years ago
  • 2,110

 

Tahun 2010 semakin berlalu pergi. Tinggal beberapa hari saja sebelum tahun 2011 menjelma. Oleh itu, saya berikan 15 fakta menarik dan karya-karya paling hangat dan popular di Kapasitor sepanjang tahun 2010. Untuk pengetahuan anda, kebanyakan fakta-fakta ini datangnya daripada Google Analytic.

Bersedia?

Cerpen Bahasa Melayu yang paling hangat di Kapasitor sepanjang 2010 adalah cerpen Antara Cinta dan Persahabatan (http://www.kapasitor.net/ms/cerpen/post/1831) Cerpen Bahasa Inggeris yang paling hangat di Kapasitor sepanjang 2010 adalah SPM, an Essa (http://www.kapasitor.net/en/shortstory/post/1973) Seni visual yang paling hangat dan paling popular di Kapasitor sepanjang 2010 adalah Lukisan Pemandangan (http://www.kapasitor.net/arts/post/435) Puisi Bahasa Melayu yang paling hangat dan paling popular? Pantun Empat Kerat tulisan Kamalia. (http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post/1798) Puisi Bahasa Inggeris yang paling hangat dan paling popular? Tribute To A Queen (A Mother's Day Special) tulisan Reason (http://www.kapasitor.net/en/poetry/post/5779) My.Kapasitor ahli yang paling hangat dan paling popular pula (mengikut turutan) adalah Rizzy diikuti oleh Cahatomic dan Kekasih. Ada 3 cara utama untuk orang datang ke Kapasitor yang paling popular. Yang paling ramai adalah datang dari enjin carian (sama ada Google mahupun Yahoo dan lain-lain lagi). Kedua adalah orang yang bookmark dan ingat url Kapasitor dan yang ketiga adalah datang dari Facebook. Blog ahli yang paling banyak menyumbang ahli ke Kapasitor adalah uculer.blogspot.com dan ridh-one.blogspot.com. Terima kasih! Adakah anda klik pada setiap notifikasi emel yang anda dapat? Mengikut statistik, 7000 orang datang ke Kapasitor melalui Yahoo Mail dikuti oleh Live/MSN seramai 1043. Gmail paling tak popular sekadar menyumbang 140 sahaja. Telefon yang paling banyak digunakan untuk datang ke Kapasitor? Yang pertama Nokia, kedua iPhone dan ketiga adalah Blackberry. Adakah akan ada Kapasitor Mobile selepas ini? Tunggu.. Facebook adalah website yang paling banyak menhantar dan menyumbangkan pelawat ke Kapasitor iaitu 14,800 pelawat. Lebih ramai orang klik link ke Kapasitor melalui News Feed berbanding daripada Profile page. Oleh itu, jika anda mahu berkongsi link Kapasitor di Facebook, letak terus di status anda kerana link itu akan kelihatan di News Feed rakan anda berbanding cara-cara yang lain. 55% daripada pengguna Kapasitor menggunakan Mozilla Firefox. Oleh itu,  saya cadangkan anda gunakan Kapasitor Toolbar (http://kapasitor.ourtoolbar.com/) untuk mengetahui karya-karya terbaru di Kapasitor. Kepada 23% yang menggunakan Internet Explorer, Kapasitor Toolbar juga berguna kepada anda. 22% yang menggunakan Google Chrome, tiada toolbar untuk anda. Hasil iklan daripada innity di Kapasitor adalah RM380 dan iklan 701Panduan pula adalah RM146. Terima kasih kepada pelawat yang datang dan sudi klik pada iklan-iklan di Kapasitor. Duit ini akan digunakan semula bagi menampung kos server Kapasitor yang meningkat. Selain itu, Kapasitor juga menyediakan ruang khas bagi anda meletak iklan anda (http://www.kapasitor.net/weblog/post/151) Ebook Aku Budak Setan: Nazihah Versi Sopan (http://www.kapasitor.net/downloads/item/27) mendahului senarai muat turun untuk tahun ini diikuti oleh Prasasti Januari 2010 (http://www.kapasitor.net/downloads/item/30) dan ebook tulisan snubnosse (http://www.kapasitor.net/my/snubnosse) bertajuk Akhirnya Jo Sudah Tahu (http://www.kapasitor.net/downloads/item/19).

Kongsikan entri ini di blog dan facebook anda dan lihat sama ada data ini masih releven untuk tahun depan ataupun tidak ;)

Baca perbualan