Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB: Pengumuman Tema Pertandingan Cerpen Bertema Edisi ke-3!

 

Mylovely Cupcakes

Mylovely Cupcakes
Penaja Rasmi Pertandingan Cerpen Bertema (PCB) Edisi ke-3


Salam karya, Salam budaya, Salam Kapasitor! :D

Dengan ini diumumkan bahawa tema Pertandingan Cerpen Bertema Kapasitor MS Edisi 3 adalah:

Penyakit/Kecederaan

Syarat bagi edisi kali ini adalah anda mestilah menulis satu nama penyakit atau kecederaan di dalam tajuk anda. Ceritanya pandai-pandailah! :D Boleh mengenai cinta, pengorbanan dan sebagainya.

Contoh (diambil daripada sample Jojo):
PCB#3: Cinta dihalang Thalassemia
PCB#3: Dyslexia di menara gading
PCB#3: Meningitis di Taman Laut Tuanku Abdul Rahman
PCB#3: Lagenda Puteri Lilin Systemic Lupus Erythematosus yang kesepian

Tapi tak semestinya penyakit tau. Boleh juga mengenai kecederaan. Kut-kutlah ada yang nak buat pasal retinal detachment atau pelepasan retina (sambil pandang diri sendiri dekat cermin), pasal cartilage and meniscus injury ke (pandang diri sendiri lagi).

Gunakan kreativiti anda untuk mengolah syarat kali ini agar sesuai dengan cerpen anda. Tak semestinya perlu skema ikut struktur cerita orang ditimpa penyakit kemudian bagaimana dia berusaha lalui hari-harinya. Luas ya bidang tema ni.

Karya akan dinilai dari sudut idea cerita dan penceritaan. Bahasa yang baik akan mendapat kelebihan. Pemenang bagi edisi kali ini akan mendapat hadiah wang tunai tajaan Mylovely Cupcakes berupa:

A - RM50 setiap seorang bagi dua (2) orang pemenang!
B - RM50 bagi satu (1) orang ditentukan melalui bilangan "like" Facebook terbanyak pada karya berkenaan!

*Jika karya yang mendapat "like" tertinggi merupakan antara dua karya terbaik, maka karya ketiga terbaik akan mendapat hadiah kategori A.

Bagi sesiapa yang berminat menyertainya, seperti biasa letakkan kod PCB#3 di pangkal tajuk cerpen anda dan hantar segeraaa!

IKLAN DARI MYLOVELY CUPCAKES:
Bagi ahli Kapasitor yang membeli kek cawan di Mylovely Cupcakes, anda akan mendapat diskaun 15% pada kotak kedua! Hanya maklumkan yang anda merupakan ahli Kapasitor :D

TARIKH TUTUP PENYERTAAN ADALAH PADA 21 FEBRUARI 11:59 MALAM!
SUNTINGAN (9/1/2011) KIRAAN LIKE PADA KARYA AKAN DIREKODKAN PADA 28 FEB 2011 JAM 11:59 MLM!

Sekian :)

---
Pertandingan Cerpen Bertema (PCB) adalah inisiatif Kapasitor Seksyen Bahasa Melayu (Kapasitor MS) menggalakkan penulisan berkualiti oleh pengkarya. Setiap edisi PCB berdurasi 2 bulan dan peserta perlu menulis cerpen berdasarkan tema yang ditentukan bagi edisi berkenaan. Karya yang dihantar adalah hak milik penulisnya. Pihak Kapasitor cuma memberi token insentif kepada pemenang tanpa memiliki apa-apa hak ke atas karya.

Baca perbualan