Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

KTI #1: Semuanya Bermula dari Rumah

  • jojo
  • 13 years ago
  • 1,768

 

Untuk membina tapak @ asas kepada Kapasitor bukan satu perkara yang mudah untuk aku suatu ketika dahulu. Masa aku banyak dihabiskan di rumah dan di depan komputer demi membangunkan Kapasitor ni.

6 tahun lepas, manalah aku mampu untuk melanggan internet jalur lebar. Sementelah, di kawasan rumah aku tak sampai pon coverage jalur lebar. Nak pakai dial-up connection boleh tapi kalau bil melambung siapa nak bayar tu?

Maka, apa yang aku buat adalah aku siap-siapkan Kapasitor di rumah, kemudian bawa ke pejabat dan muat naik @ upload ke server. Kalau ada problem aje, cepat-cepat baiki dan bawak balik rumah untuk digodek.

Nak buat programming pon, bukannya main sedap belasah aje. Tiap-tiap hari aku cari tutorial dan contoh baru supaya aku boleh bawak balik rumah dan godek. Untung-untung aku boleh gunakan untuk Kapasitor.

Bila dah mengadap depan komputer ni, aku boleh bertahan sampai ke subuh apatah lagi kalau aku tengah membuat Kapasitor. Minat la katakan. Kalau suruh buat benda lain memang takkan boleh bertahan lama punya. Inilah faktor passion yang memberi aku “drive” untuk terus membuat kerja tanpa jemu.

Macam tu lah yang berlaku selama lebih kurang setahun. Untuk memastikan segala berjalan lancar.. maka aku buat sedikit pelaburan dengan membeli thumbdrive 512Mb.

Pada zaman tu, kiranya ada 2 perkara yang aku lakukan untuk Kapasitor. Yang pertama adalah membangunkan Kapasitor. Yang kedua adalah menulis novel yang ntah-apa-apa tu. Dan kedua-dua perkara ini juga dibuat di rumah. Sampai opis baru aku muat naik @ upload.

Suasana rumah dahulu memang kondusif benar untuk aku membuat kerja. Aku tinggal dengan mak, maka mak selalu buatkan air panas untuk aku. Dia faham benar bila aku dah masuk bilik, nanti dengarlah bunyi sudu dan gelas berlaga tanda dia tengah bancuh air.

Ye, perbandingan cerita dahulu dengan sekarang jauh benar bezanya.

Jika dahulu aku tiada internet, sekarang aku sudah ada super internet.

Jika dahulu aku pakai thumbdrive 512Mb, sekarang sudah ada thumbdrive 8Gb.

Jika dahulu mak buat air, sekarang sudah ada isteri yang tolong buatkan air.

http://www.kapasitor.net/images/library-kapasitor.JPG

Dan jika ada rezeki, selepas ini tak perlu buat di rumah sudah. Rumah akan menjadi tempat untuk meluangkan masa dengan keluarga. Hal-hal berkenaan Kapasitor dan lain-lain perkara akan di selesaikan di opis Kapasitor sendiri..

Insya Allah ;)

Baca perbualan