Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Inilah dia..Inilah dia!

 

1.Rosak

Ada budak beritahu aku,

"Handphone aku rosak"

Aku jawap, belilah yang baru.Kau bukan takde duit.

"Sayanglah.Yang ini orang bagi..kenalah appreciate"

Kepala otak.

Hentikanlah jiwa pada memori yang tak mendatangkan faedah.
Bila rosak, buang dan beli baru.
Kalau takde duit? Diam-diam sudah.

 

2.Nota untuk gadis berumah ditepian pantai

Pada masa itu, aku terpaksa.Untuk mengetahui sejauh mana.Ya, bergaduh, mencari pasal tak tentu hala untuk aku tahu apa yang bermain difikiran.Seseorang yang pernah rapat, tidak pernah aku bertentang mata.

Bukan kamu dan kamu semua.Tapi untuk dia yang takkan membacanya.

Dia yang mempunyai bilasan logik akal yang boleh mencerna segala tindak-tanduk kegilaan dunia.
Dia yang kini mempunyai ruang gembira infiniti, melaut jauh kearah bintang-bintang utara.
Jasad bebas, mahu terikat.Jasad angkuh dengan kemesraan.

Untuk gadis berkenaan, aku tak rasa gila, atau hilang akal atau menjadi pencari pasal.
Untuk gadis berkenaan, demi setiap bintang yang pernah kita cuba wujudkan.Walau naluri dan logikal kamu melebihi dari segalanya.

Logik.
Untuk setiap lubang fantasi, ada tersumbat logikal.Tidak dibiarkannya ruang itu bebas.
Itu sandaran dia pada setiap masa.Walau berada dalam situasi fantasi rumah besar berpagar kecil ditepian pantai.
Logik.
Supaya dia takkan terpengaruh untuk meninggalkan rumah besar tersebut untuk langsung kearah lautan luas.

Itu fantasi dia, itu pilihan dia.Aku tinggalkan.Tanpa sedikit cemburu atau iri hati.Tanpa niat untuk mencuri bintang-bintang bercahaya yang dia ciptakan untuk dirinya.

Aku harap, fantasi itu tetap wujud.Fantasi rumah besar berpagar disekelilingnya.

Terbuka segala jendela untuk para angin  lautan menjengah masuk, meniup tubuh, mengoncang naluri, menarik minda menari-nari.
Aku harap apa yang pernah dia dan aku ciptakan kekal dalam illusinya.

Selamat Malam untuk setiap malam yang aku akan terlepas untuk aku bicarakan padanya.Langit itu bukan milik aku untuk menumpang, berkongsi dengan dia.Langit itu tinggi dengan bintang-bintang berkerdipan yang hanya dia yang mampu jelajahi.

Bukan cinta.Hanya kepercayaan.

Thus,
"I need to argue with you just to know my own mind"

 

3.emo-si

Bila seorang gadis asyik bercerita tentang 'suicide attempt' yang dia bikin, tapi tak juga mati-mati (dan takut bila hendak lintas jalan);
Aku terpaksa terima kenyataan yang,
Budak-budak emo semakin ramai yang hilang semangat.Petanda baik yang menunjukkan mereka bukan poser semata.

 

4.Hakim

Kita buat apa yang kita rasa betul dan hebat.
Bikin kerja Tuhan.
Menghakimi orang lain.
Atas segala perbuatan mereka, kita sangsi dan jelek.Kamu tahu apa jika baru hidup dalam sepatah perkataan yang terlalu muda.
Semua rakyat wilayah bebal memang begitu.
Petang-petang berkumpul depan Menara Babel.Huru-hara dan bikin celaka.

"I’m a lover of my own liberty, and so I would do nothing to restrict yours. I simply want to please my own conscience, which is God. " - Gandhi

-------------------------------------------

"Aku yang selalu merasai kebosanan dan ketaksuban terhadap ruang sunyi.
Interpretasi minda melayang jauh hinggap terus kearah cerun hipokrasi."
Jika aku cari ketenangan;
Inilah dia..Inilah dia!

 

 

Baca perbualan