Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB#3: Separuh Jalan, Lapan Penyertaan

 

Penaja rasmi PCB Edisi 3


Setakat 4 Februari 2011 ini, 8 karya telah dihantar bagi Pertandingan Cerpen Bertema Edisi 3 dengan temanya kali ini: Penyakit / Kecederaan. Ini merupakan penyertaan tertinggi setakat ini berbanding 2 edisi sebelumnya pada peringkat yang sama.

Sekalung terima kasih dan tahniah kepada yang sudi menyahut cabaran ini! Anda memang kacak dan sporting!

Untuk yang tidak berapa sedar diuar-uarkan sekali lagi, salah seorang daripada 3 pemenang edisi kali ini adalah yang karyanya mempunya 'like' Facebook terbanyak. Jadi dari yang saya lihat tadi, nampaknya karya Kurusawa - Kuih Kasuinya Terpelanting menggungguli kategori ini dengan 7 'like'.

Ha, buat yang mahu mencabar beliau, silalah lekas mengejar ya. Tarikh tutup penyertaan PCB#3 adalah 21 Februari 2011, tetapi tarikh tutup kiraan 'like' pula adalah lebih sedikit iaitu pada 28 Februari 2011. Kedua-duanya tepat pada 11:59 malam! Jadi pastikan anda merancang taktik kemenangan anda dengan bijak! HEHE.

CIK LOVELY PENJUAL CUPCAKES YANG BUDIMAN
Ha, berkenaan dengan penaja sulung kita bagi acara PCB ini, mari saya kenalkan serba sedikit tentang beliau. Empunya perniagaan Mylovely Cupcakes ini sebenarnya merupakan teman sekian lama saya sedari Universiti Multimedia dahulu. Memegang ID CikLinda di Kapasitor, beliau merupakan lulusan jurusan kejuruteraan, bukan macam saya yang menjurus di dalam kelulusan jurusan kodi sahaja.

Selesai pengajian, kepakarannya terus diaplikasikan menerusi cabang kejuruteraan rambut dan kek cawan, masing-masing di bawah label perniagaan Lounge Hair Studio dan Mylovely Cupcakes

Hasil titik peluh dan kecekalan gadis sunti ini mengilhamkan pelbagai stail dan corak terhadap rambut mahupun di atas ketulan kek yang lazat, perniagaan beliau kini sudah pun menginjak 4 tahun seiring dengan ilmu dan pengalaman yang semakin tebal di dada. Dan ya, beliau masih cik.

Di sini saya titipkan sedikit visual produk kek cawan beliau buat halwa mata anda:





Bagi yang tinggal di Lembah Klang terutama di sekitar Kelana Jaya atau Cyberjaya, jika anda menggerami dan tiba-tiba mengidamkan kek-kek di atas, majukan saja pesanan anda di talian berikut:

Lin - 019-314 8709 (Kelana Jaya)
Nana - 017-215 9511 (Cyberjaya)

Keterangan lanjut, sila layari laman Mylovely Cupcakes :)

Baca perbualan