Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Diari Penulis: Peka

 





Salam Kapasitorians,


Harap anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat ya. Baiklah, pada edisi kali ini saya bawakan anda beberapa panduan yang Insyaallah berguna pada masa akan datang. Mungkin sesetengah anda sudah pernah terbaca tentang peka. Kalau ada kekurangan harap bolehlah ditambah-tambah ye.


Pernahkah anda ditanya atau bertanya tentang bagaimana nak dapatkan ilham? (Biasanya, saya akan jawab ilham tu Allah bagi) aish... namun, saudara-saudari kita kenalah berusaha. Tak kanlah nak duduk diam tup tup dapat idea ye tak? Jadi, kesimpulannya, kenalah berdoa dan berusaha juga untuk dapatkan ilham tu. Dalam usaha nak dapatkan ilham tu saudara-saudari, inilah yang ingin saya ceritakan...


Sebaik-baiknya kita ketahui dulu definisi peka tu. Saya suka ambil definisi dari kamus dewan edisi keempat. Menurutnya,  1. tidak lengah (lalai); 2. lekas berasa (sesuatu), lekas bergerak balas terhadap pengaruh-pengaruh luar, rangsang (mata, kulit, saraf, dll). Peka juga adalah sinonim kepada sensitif. Persoalannya, adakah anda penulis yang peka? Sekiranya anda seorang penulis yang peka adakah anda penulis yang peka mengolah apa yang anda amati?

Hehe, sungguh skema ayatku.


Saya ni suka berjalan. Kalau berjalan saya lebih suka menggunakan perkhidmatan awam. Walaupun perkhidmatan awam di negara kita ini agak mendukacitakan tetapi sebagai rakyat Malaysia saya tetap menggunakannya. Salah satu faktornya, saya suka melihat gelagat orang ramai (khas awek-awek). Kalau keluar tu mata saya ni naik juling ke kiri ke kanan ke atas ke bawah. Satu-satu saya tengok. Sekali tu saya dok je la perhati seorang awek ni.Tengah asyik ushar tu. Tup-tup dia pandang saya balik. Fuh~~ berdegup jantung siot! Dup dap dup dap. Opss, tu selingan je.

Point sebenarnya, bila kita berjalan atau pergi ke mana-mana tempat sekalipun mata ni tengok-tengoklah keadaan sekeliling tu. Mungkin ke taman. Tengoklah sekeliling taman ada apa. Ada buaian, kanak-kanak main, ada nenek n atuk sedang jalan kat atas batu kerikil, ada sepasang kekasih dok bercanda, ada orang jogging. Ada burung buat sarang. Perhatikan segala-galanya dan catat. Mungkin ada sesuatu untuk ditulis kemudian hari. Itu baru anda lihat secara luaran.

 


"Tidak semua penulis memiliki kepekaan pemikiran. Dalam menjabarkan suatu ide, banyak penulis yang hanya mengekor tanpa memiliki orisinalitas ide. Seorang penulis yang peka, dapat melihat dengan mata batinnya sesuatu yang layak dituangkan dalam buku. " (sumber)

Bagaimana anda melihat dengan mata batin? Er er er... senang je. Cuba anda samakan apa yang anda lihat itu ke dalam kehidupan. Mungkin anda melihat laut. Bagaimana anda kaitkan dengan kehidupan. Ya, sumber rezeki pada para nelayan. Dari situ anda boleh olah dengan panjang lebar lagi. Mungkin gelora laut sebagai halangan kepada nelayan. Atau tengkujuh berhari-hari membuatkan nelayan tidak dapat lagi turun ke laut. Adakah anda merasai penderitaannya? Aish.. anda tak perlu bersusah payah buat interview dengan Pak Meon atau Pak Leman. Cukup tahap kepekaan anda pasti penderitaan itu sampai ke hati. Dari situ saya pasti anda boleh karang sebuah puisi atau cerpen. Mungkin juga novel.

Kalau anda lihat orang dulu-dulu cukup peka. Lihat sajalah pada peribahasa dan bidalan-bidalan yang dihasilkan. Percayalah tanpa pengamatan yang tajam tidak mungkin terciptanya "bagai aur dengan tebing", "carik-carik bulu ayam akhirnya bertemu juga", "bagai isi dan kuku" dan banyak lagi. Ye dok?

"kalau anda melihat sesorang diluaran sana yang asyik memandang sesuatu, bisa jadi dia adalah seorang penulis yang tenggelam dalam pengamatan penuh."(sumber)

Makanya, kalau ada orang dok tenung anda, janganlah kelam-kabut, mungkin dia sedang dapat ilham. Hahaha...


Oklah cukup setakat ini sahaja. kalau terkurang, itu adalah disebabkan saya ini kurang ilmu. Harap boleh tambah-tambah. Sekian. Assalamualaikum w.b.t




Baca perbualan