Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Februari 2011

 

31 Januari yang lalu genaplah usia Kapasitor 6 tahun ke talian, genaplah 5 tahun Kapasitor membuka keahliannya kepada umum dan genaplah usia seorang ahli Kapasitor bernama Kekasih ini 13 tahun setengah, (gurau, 24 tahun!).

Syukur saya ke hadrat Tuhan kerana dengan izinNya laman ini masih dapat memberi sumbangan kepada masyarakat
dalam caranya tersendiri, dan buletin ini sudah memasuki isu bulanan ke 25 tanpa terlangkau.

OK, apa yang saya nak cerita dulu ni..
 
 

K UNTUK KAMALIA, KP UNTUK KRU PENGELOLA
Sempena genap setahun lagi usia Kapasitor, di sini saya umumkan kehadiran orang baru di dalam sidang Kru Pengelola seksyen Kapasitor MS. Selamat datang Cik Kamalia Ramlan! Pemenang Pertandingan Cerpen Bertema (PCB) Edisi 1 ini akan berganding dengan Ridhrohzai di bahagian Cerpen manakala Dayya dan Paktam85 akan menerajui seksyen Puisi.

Buat yang ingin belajar dan mendapatkan kupasan menyeluruh tentang karya mereka, kejarlah KP bahagian berkenaan untuk mendapatkan ulasan! HEHE *larikk*

Dengan perubahan ini maka Kru Pengelola terawal dan paling lama berkhidmat, yang kini semakin sibuk dengan kerjaya selaku jurufoto perkahwinan / majlis keraian iaitu saudara Zinggof akan bertindak sebagai Kru Penasihat. Saya secara peribadi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau di atas sumbangan yang tidak terhingga sepanjang 3 tahun berkhidmat.

Anda boleh baca ucapan pengenalan Kru Pengelola terbaru kita ini di sini.


CK_RIZZY BERSATU: DULU PUISI, KINI IKATAN PERTUNANGAN
Tahniah buat pasangan penuh cahaya dan warna-warni ini, majlis pertunangan mereka selesai dilangsungkan pada 5 Februari yang lepas bertempat di kediaman si gadis. Yalah, takkan di gelanggang futsal pulak.



Pasangan telah berbalas-balas dulang hantaran yang sangat comel dan unik berserta bait-bait puisi dan tepak sirih yang sangat menyimbolikkan karakter dan kehangatan cinta mereka. Marilah kita doakan agar pasangan ini segera disahkan menjadi suami isteri. Agar pendek proses darah manis mereka melalui fasa mencakar-cakar tilam serta dinding.



Untuk pengetahuan anda, kini telah ada 3 ikatan pertunangan yang berpotensi tinggi menjadi Pasangan Kapasitor ke-3 (pasangan yang dikenali sewaktu menyertai Kapasitor lalu dinikahi).

Calon Lain #1: Pasangan Rere dan Kinkin.


Calon Lain  #2: Pasangan Imran dan Cikgu Ida.

 

ULASAN 2010: MEKARNYA FRINJAN, PERDANA PULA MENJAUHI
Kalau sekitar 2008 dan 2009 kita lihat Kapasitor dikuasai khalayak yang menulis aliran perdana, kini nama-nama seperti Upenyu, Myelina, _theRain_, mr_kajiwa hampir sepi sama sekali. Mujurlah Pak Penyu sudi mengubat rindu dengan karyanya Kabus Dari Seberang baru-baru ini.

Sebaliknya 2010 jelas dilihat Kapasitor lebih banyak dihiasi karya-karya alternatif yang turut digelar fringe atau frinjan. Ada yang berkualiti, ada yang sekadar nak berkongsi, ada yang mahu bereksperimen. Pelbagai.

Ridhrohzai yang berkongsi pandangan yang sama mengenai hal ini turut melihat bahagian puisi sentiasa hangat, cerpen ada pasang surutnya manakala di novel pula amat tandus sepanjang tahun lepas. Ini menurut beliau boleh disimpulkan kerana trend bacaan online adalah sesuatu yang simple dan ringan. Maka penghasilan karya dan tumpuan bacaan khalayak turut mengambil corak berkenaan.

Turut menjadi perhatian saya, sepanjang tahun lalu tiada pergeseran ataupun pertengkaran besar antara aliran-aliran pengkarya. Selalunya dalam setahun mesti ada sekali yang akan akibatkan beberapa ahli membawa diri kerana rasa laman ini tidak mendukung aspirasi aliran mereka. Mungkin mereka tak sedar sebenarnya Kapasitor tiada masalah tentang hal sebegitu. Kerana andalah pencorak dan pendukung aliran anda. Kapasitor hanyalah platform.

Menutup diari 2010 walaupun sedikit terlewat, di sini ingin saya umumkan Kapasitorian Tahun 2010 bagi seksyen Bahasa Melayu (MS) adalah saudara Rizzy. Beliau merupakan ahli yang paling aktif, menghantar pelbagai jenis karya dari puisi, cerpen, muzik, animasi dan sebagainya. Rajin berinteraksi, mengomen karya-karya orang lain malah antara pelopor usaha untuk berkolabositor dengan ahli-ahli lain. Mungkin tidak semua karyanya mementingkan kualiti, tetapi beliau ada ceritanya tersendiri. Semoga lebih ramai lagi ahli seperti Rizzy akan muncul mewarnai Kapasitor.
 
 

SEKSYEN CERPEN: 13, TETAPI TIPTOP! (OLEH: RIDHROHZAI)
Sebanyak 13 buah cerpen telah dikirim dalam bulan Januari dengan separuh darinya adalah penyertaan untuk PCB#3. Agak berlaku penurunan dalam penghantaran namun saya kesan peningkatan yang ketara dalam setiap karya yang dihasilkan. Semoga bulan Februari ini, akan lebih banyak cerpen yang dikirim.

Akhir sekali di sini saya titipkan senarai karya yang berjaya menjadi pilihan Kru Pengelola bagi bulan Januri 2011.

Puisi
Penyakit Tangan dan Mulut - Kurusawa
Maaf Dari Lidah Durjana - Toti
Semangkuk Nasi - Ancalime
Mungkin - Rizzy
Bila Kering Air Mata - Ckgunikmie
Anugerah Istimewa Kurnian Ilahi - Lightnur
Imunisasi Hati - Kekasih
Mari, Mari, Mari - Kosong
Dua - Petak
Selamat Mengenal Dunia, Borjuis Korperatku - MissClark

Cerpen
Berikan Hatimu - Adra
Luksu Perang Takkan Mudah Mengalah - 26life
Puncak Ghurur - Toti

Baca perbualan