Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Diari Penulis: Sarang labah-labah aka Spider web

 



Salam kepada semua ahli kapasitor...

Bertemu lagi kita dalam rancangan Diari Penulis. Pada episod kali ini, tetiba aku terpanggil untuk menulis tentang sarang labah-labah atau omputih panggil spider web. Terima kasih Wan19 sebab puisi Labah-labah telah mengingatkan aku tentang perkara ini. Ada gaya aku ni macam bagi ceramah ke? Aiseh...sori2. Secara mudahnya, waktu sekolah dulu kita panggil peta minda. Hah, gitulah. Ini yang aku nak cerita ni. Korang leh bayangkan x?


Pernah sekali ilmu ini aku perturunkan kat CK. Entah dia guna ke idok aku tak tahu le. Kalau tak guna tu, buang karan aku je la. Cess. Asal ilmu ini aku belajar dari Dr. Lim Swee Tin. Antara perkara pertama yang aku belajar ini lah. Sang labah-labah ni. Kalau korang ada baca buku bertajuk "Mendekati Seni Penulisan Kreatif" korang akan perasanlah metod ini.


Mungkin korang pelik apa kaitan spider web ni dengan puisi kan? Takkan plak nak buat macam tulis karangan sekolah rendah plak ye tak? Aku ingat time sekolah rendah dulu. Setiap satu karangan cikgu aku suruh kami buat peta minda dulu. Jenuhla nak buat. Bayanglah satu minggu 5 karangan. Isk isk. Apa motif aku cerita pasal sekolah plak ni?


Ok. Jangan pelik k. Begini, fungsi atau tujuan spider web ini adalah untuk menambahkan pembendaharaan kata dan juga memberikan citra atau benda-benda yang berkaitan dengan subjek yang hendak anda tulis. Misal kata, anda mahu tulis puisi tentang misai. Maka cuba catit seperti di bawah ni.



Time lapang atau time tak ada kerja cubalah fikir-fikir apa lagi yang boleh anda tambah. Tak semestinya hari ini anda mahu tulis puisi baru hari ini anda mahu buat. Rajinlah sikit tulis benda-benda gini dari anda dok main Farm ville tu. Erkss. So, dari sini dah boleh dah start nak buat puisi dah. Cumanya, kalau rajin tu carilah lagi apa yang berkaitan dengan misai atau yang berkaitan dengan puisi yang anda mahu tulis tu.


Baik cuba kita karang puisi dari ayat yang aku kumpul tu k.

 

Kumismu

kucuba larikan lirik mata
daripada lentik kumismu
warna arang nan terserlah manis

si kacak
kaubuat jiwa gadisku berkocak
walau kumismu tidaklah panjang
tapi aku rindu belaiannya yang tajam.


hoho... Mungkin puisi ini tidaklah baik atau bagus untuk dijadikan contoh. Sebaiknya, bila anda sudah siapkan sebuah puisi. Simpan sehari atau semalaman. Kemudian lakukan semak semula mungkin ada diksi yang kurang kena atau mungkin juga anda tiba-tiba terlintas untuk tambahkan gaya bahasa. Ini aku panggil proses pemeraman. Hehe.


Kumis kurindu

Lirik mataku cuba berlari
dari lentik kumis
berwarna arang nan terserlah manis.

Si kacak
jiwa gadisku berkocak
dek godaan kumismu
memukau rinduku
dengan belaiannya yang tajam.

TK.

......

 

Ok. Bila dah siap bolehlah buh tajuk yang sesuai. Mungkin ada orang yang dari tajuk dia tulis puisi. Kadang-kadang aku pun gitu gak. Tapi, selalunya aku bila dah siap akan pilih semula tajuk yang sesuai.

 

Baiklah setakat ini saja dongengan pada hari ini. Hehe. Sekian terima kasih.

Baca perbualan