Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB: Pertandingan Cerpen Bertema Edisi 3 Dengan Rasminya Ditutup!

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Tengah malam tadi berakhirlah sudah tempoh penghantaran karya bagi edisi ketiga Pertandingan Cerpen Bertema (PCB) anjuran Kapasitor MS. Sebanyak 10 buah karya telah berjaya menempatkan diri bagi merebut 3 ketul token bernilai RM50 setiap satu. Adakah karya anda salah satu daripadanya? Mari lihat senarai di bawah ini:

Saat Ginjalku Terhenti – Rearrange
Kaulah Petanda, Wahai Pyrexia – Penglipur
Warkah Untuk Anak Cerebral Palsy – LightNur
Amnesia Tentang Cinta Itu – CTMurni
Ini Kisah Dr. Hana Dan Anaknya Johan – MissClarks
Duniaku, Alice In Wonderland! – Kamalia
Lily – Petak
Kuih Kasuinya Terpelanting! – Kurusawa
Surat Berdarah Untuk Gadis Schizophrenia – 26life
Hancur Teratai Dilanda Leptospirosis – Jojo

Aha, walaupun 2 slot pemenang di bawah tanggungjawab saya untuk mengalungkannya – terima kasih kepada penaja MyLovely Cupcakes selaku penaja hadiah berkenaan, anda masih berpeluang mengubah nasib anda bagi slot hadiah ketiga!

Bagaimana?
Dapatkan seberapa banyak ‘like’ daripada warga Facebook untuk melonjakkan ranking karya anda! Setakat pemerhatian saya malam ini, karya Kurusawa masih mengungguli dengan 9 like manakala karya terbaharu dari lelaki susun-semula saudara Rearrange mengekori rapat dengan 8 like. Siapakah pemilik karya like terbanyak pada tengah malam 28 Februari kelak? Ahaa.. mari kita nantikan!

Bagi edisi kali ini, saya berpuas hati dengan karya-karya yang dihidangkan. Walaupun ada yang tidak mahu memenuhi kesemua syarat yang disebutkan, tetapi saya faham niat dan iltizam mereka. Hehe. Tolak 1 markah bagi karya-karya yang tak ikut syarat. Kiki.

Jojo memulakan cabaran kali ini dengan karya sejarah alternatifnya sekaligus memecahkan rutin encik 26 selaku perasmi setiap edisi PCB terdahulu. Bagi edisi kali ini 26life menampilkan kisah seram buat tatapan anda!

Kurusawa, ahli terkenal di Kapasitor, bukan sahaja kerana bakat nyanyian, tetapi turut dek keletah manja kemudian menghidangkan kisah tok mudim tersohor. Kamalia turut memeriahkan suasana dengan penyakit yang saya mula-mula ingat dia tipu, rupanya betul-betul ada. Seperti 26life, Kamalia adalah peserta PCB unggul! Belum pernah ketinggalan 1 edisi pun :D Patutlah saya lantik dia jadi Kru Pengelola.. ecehh :p

Miss Clarky dan Kak Lightnur juga sekali lagi sudi menyahut cabaran PCB. Clarky berkisah tentang pil kontroversi manakala Kak Cahaya kita menggunakan kepakarannya dalam bidang yang beliau arif, memberi inspirasi dan iktibar menerusi warkah buat seorang anak.

Petak dan Rearrange, dua ahli lama, membuka lembaran baru pembabitan mereka di Kapasitor dengan menyertai PCB, terima kasih sudi menyokong! :D Petak, pakar emosi melankolik turut menggunakan kekuatannya dengan mempersembahkan Lily. Lelaki susun-semula berdarah manis pula berkongsi pengalaman orang yang dekat di hati beliau menerusi kisah ginjal.

Dua pendatang baru, Penglipur dan CTMurni! Hei, selamat datang ke Kapasitor! Salam kenal, salam budaya! Salam sayang dari saya kerana sudi menyertai PCB! Penglipur yang saya kira menarik tulisannya menghidangkan kisah di Outward Bound School (OBS), manakala adik CTMurni (memandai aku je panggil dia adik) menulis tentang penyakit Amnesia!

Apa yang sedih pada saya cuma, di manakah karya Syud? Selaku seorang farmasis saya mengharapkan beliau berkongsi pengalaman beliau! Dayya turut diberitakan menulis DUA sekaligus cerita untuk PCB#3 ini, tetapi kesibukan latihan MASUM dan rutin harian beliau menyebabkan satu pun tak habis! Inilah yang orang kampung saya di Belanda kata, orang tamak selalu kenyang. Burp! (Tak ada kena mengena).

Puan Njay juga berkata beliau (kononnya) ada niat mahu menghantar, tetapi tak sedar dah tarikh tutup! HMPPH! Nawfal esok besar jangan contohi ya!

Cerita banyak sebenarnya saya juga ingin menghantar kononnya, keh keh! (Ni pun Nawfal jangan contohi tau :p) Nak buat cerita pasal penyakit Kuru. Sambil cerita sambil nyakat Pak Kuru kita. Ah, tapi tak kesampaian juga! :p Tapi tak apalah, di sini saya berikan kepada anda definisi penyakit Kuru.

Kuru adalah suatu penyakit fatal yang dihasilkan dari suatu budaya, yang menyerang otak dan sistem saraf yang ditemukan di Fore Selatan penduduk Pegunungan Papua Nugini bagian timur. Bukti sekarang menunjukkan prion sebagai penyebabnya. Gejala-gejalanya termasuk kelumpuhan, kontraksinya otot wajah, dan kehilangan pengendalian motorik yang menghasilkan ketidakmampuan untuk berjalan dan makan. Korban kurumenjadi kurus secara progresif.” 

Ha, jadi bagi yang ingat Kuru ini hanya pandai menyanyi dan bermanja, fikirkan semula apa yang Kuru mampu lakukan pada anda! HEHE!

Baiklah, sampai sini saja ulasan saya. Pengumuman Edisi Keempat Pertandingan Cerpen Bertema akan bersiaran beberapa hari lagi. Dengan tema yang baru, syarat yang baru, dan sebagainya. Sebelum saya muktamadkan, (idea saya selalu bosan) marilah kongsikan idea anda untuk tema edisi keempat kelak.

Biarlah saya berehat dulu sebelum memerah otak memilih pemenang edisi ketiga ini!

Assalamualaikum!

Baca perbualan