http://www.kapasitor.net/community/
Article  Information  Life  Opinion  Relationship  

PCB: Tema Pertandingan Cerpen Bertema Edisi 4 Diumum!

iklaneka
image

Salam semua!

Pertamanya maaf kerana lambat membuat pewartaan tema bagi PCB edisi 4. Nampaknya sekali lagi saya gagal mengurus masa saya dengan baik. Semua gara-gara sibuk menyediakan modul bengkel, mengelola bengkel tersebut dan kemudian bergegas pula ke ibu pejabat di Putrajaya untuk hadiri mesyuarat.

Tapi peduli apakan? Itu masalah saya. Saya tahu yang penting pada anda semua sepatutnya adalah menetapkan tema PCB ini  lekas. Kepala dah gatal nak olah tema. Tangan dah gigil nak taip jalan ceritanya. Jadi dengan lafaz kalimah suci bismillah, dengan kesempatan yang diizinkanNya ini, sukacita diumumkan tema bagi Pertandingan Cerpen Bertema Edisi ke-4 adalah:

SUKAN / PERMAINAN

What!? Ha, saya dah nampak ada beberapa perempuan ternganga dah. Ha ha! Jangan khuatir, tema ini sangat luas ya. Saya bukan mahu ceritanya pergi pilih satu sukan / permainan dan cerita sejarahnya, cara bermain dan bagaimanakah taktik-taktik untuk menang. Anda buat saja cerpen apa-apa, cinta, pengorbanan, persahabatan, apa saja. Apa yang penting, ada satu sukan / permainan yang dimasukkan dalam cerita tu. Itu saja. Tidak bermaksud bila temanya begitu semua cerita perlu bertunjangkan secara menyeluruh fasal sukan / permainan.

Saya pernah terbaca satu kisah tulisan di blog peribadi salah seorang ahli Kapasitor Bahasa Indonesia, lupa siapa namanya dan apakah alamat blognya. Tetapi kisah itu merupakan kisah cinta, di mana sang lelaki sangat fanatik kepada Arsenal.

Dalam keghairahan beliau menunggu perlawanan akhir Liga Juara-juara antara Arsenal menentang Barcelona, sang lelaki gatal mulut berkata perhubungan mereka ini hanya akan diteruskan jika Arsenal menang. Kesudahan perlawanan itu semua orang sudah tahu kan.. (tanpa memandang perempuan-perempuan ternganga tadi).

Jadi bagaimana pula dengan kesudahan cerita itu? Ha.. tak bestlah kalau saya spoilkan :p

Buatlah cerita apa pun, sisip-sisip hal sukan / permainan secara tak langsung pun tak mengapa. Seperti biasa karya akan dinilai melalui kesegaran ideanya (saya sukakan pengakhiran yang tak disangka-sangka), penceritaan yang menarik dan kemas serta bagaimana penulis berinteraksi dan mempromosikan karyanya. Ya, betul (menjeling kepada perempuan-perempuan yang kini dah tak ternganga), penulis yang baik bukan sahaja handal dalam menulis tetapi bagaimana dia menjual karyanya.

Tarikh tutup : 25 April 2011 / 11:59 malam
Hadiah        : 2 pemenang x RM50 melalui penilaian karya
                    1 pemenang x RM50 untuk karya paling banyak mengumpul “like” Facebook.

Like akan dikira pada 30 April 2011 jam 11:59 malam! :)

 ---

Pertandingan Cerpen Bertema (PCB) adalah inisiatif Kapasitor Seksyen Bahasa Melayu (Kapasitor MS) menggalakkan penulisan berkualiti oleh pengkarya. Setiap edisi PCB berdurasi 2 bulan dan peserta perlu menulis cerpen berdasarkan tema yang ditentukan bagi edisi berkenaan. Karya yang dihantar adalah hak milik penulisnya. Pihak Kapasitor cuma memberi token insentif kepada pemenang tanpa memiliki apa-apa hak ke atas karya.
 


Share!Email

about the author

Mantan Lelaki Suci

Seorang lelaki suci yang berhati 24 tahun, berbadan 29 tahun dan berperut 37 tahun. Saya gemar membaca karya yang segar, padat dan berkualiti, tidak kisahlah stail perdana (mainstream) mahupun frinjan. Karya yang mempunyai ejaan singkat-singkat atau sengaja melanggar tanda baca amat digerami. Sekian.       
cahatomic | Add cahatomic as your friend | Send Message

my other posts
Pertandingan Penulisan Cerpen @Bangi 2012: Pengumuman Pemenang! | 4226 reads
Kapasitor MS: Buletin September 2011 | 6683 reads
Kapasitor MS: Senarai 10 Cerpen Pilihan Cahatomic | 8168 reads
PCB: Ulasan Pertandingan Cerpen Bertema ke-6 | 12085 reads
PCB: Pertandingan Cerpen Bertema Kini Masuk Edisi 7! | 14606 reads
Kapasitor MS: Buletin Ogos 2011 | 6365 reads
Kapasitor MS: Buletin Julai 2011 + Pemenang PCB#5 | 8113 reads
View all
Comments From Facebook

Comment
Hantar komen
Sila login ke Kapasitor atau gunakan akaun Facebook anda

advertise@karyamedia.net
advertise@karyamedia.net

subscribe to kapasitor

KapaSTORE
Creative Content Marketplace

BUY NOW: Hannibal


admin blog