Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Baran! bukan panas baran.

 

Baran

Salam. Semenjak Kamalia mengingatkan aku kembali kepada Majid Majidi. Aku pun terus mencari kesemua filemnya. Selain children of heaven, Colors of paradise dan songs of sparrows; nampaknya aku belum tengok Willow Tree dan Baran.

 
Jadi, aku cari Willow Tree. takde. Makanya aku nonton Baran saja. Aku tahu pasal baran dah lama, malah tak silap aku dah keluar TV pun. Tapi masih tak sempat nak tengok. Akhirnya aku dapat juga tengok di youtube.

Untuk mengelakkan spoiler bagi mereka yang belum tonton filem ni, jadi aku bagitau macam ni je ulasan aku mengenai Baran:

1. Jalan cerita - 5/5 ( semua ada kaitan dari awal sampai akhir. juga menyentuh isu semasa Iran dan Afghan ketika itu)     2. Lakonan - 5/5 (seperti tak berlakon langsung)
3. Set/latarbelakang - 5/5 (ada sebab mengapa cerita berlaku di tapak pembinaan. yang lain kena tengok)
4. Cinematografi-5/5 (terbaik! paling aku suka! Setanding Rashomon, Citizen Kane, The fall, Pasir Berbisik. mengikut dan sangat kena dengan cerita dan seninya)
5. elemen alam, air, api, haiwan dan manusia sekeliling, memberi gambaran dan perasaan tanpa kata-kata.
6. Watak Rahmat@Baran langsung takde dialog - cukup sekadar gesture dan mimik muka!(power!)
7. poster di atas aku pilih sebab menunjukkan adegan akhir pertemuan terakhir Lateef dan Baran, yang sangat artistik dan memberi kesan dan makna yang mendalam, juga tanpa kata-kata!! Gila!

kesimpulannya, bagi aku, inilah filem Majid yang paling berseni. (Willow Tree masih tak jumpa!)

Baca perbualan