Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

PCB: Pemenang Edisi 3

 

Buat ketiga-tiga pemenang. TAHNIAH BUAT ANDA!
Buat yang tertunggu-tunggu siapa pemenangnya. SEKEJAP lagi saya akan umumkan.

Sebelum itu,
Assalamualaikum dan salam sejahtera!

Untuk pengetahuan anda Pertandingan Cerpen Bertema Edisi 4 sudah pun bermula ya. Tema kali ini adalah: Sukan / Permainan.

Setakat sudah suku tempoh masa, belum ada lagi penyertaan. Hei, hei! Di manakah anda? Takkanlah saya super sibuk dengan kerja pejabat serta urusan peribadi demi masa depan maka anda juga begitu?

Untuk mengetahui tentang syarat-syarat dan penerangan lanjut mengenai tema terkini, silalah ke URL ini:
http://www.kapasitor.net/community/post/3934 gambar lelaki tua berumur 21 tahun di situ.
Ada

 


Baiklah, bagi edisi ketiga yang lalu, berikut adalah pemenang-pemenangnya:

1. Bagi kategori LIKE terbanyak, dimenangi secara teknikalnya oleh: Kurusawa dengan karyanya:
Kuih Kasuinya Terpelanting!

2. Pemenang kedua pula adalah lelaki yang semakin meningkat naik, semakin popular, semakin berisi.. 26life dengan:
Surat Berdarah Untuk Gadis Schizophrenia

3. Dan akhir sekali, buat pemenang yang belum mampu lagi saya kirimkan token kemenangan kepada beliau, kerana rupanya beliau nun jauh di hujung hemisfera selatan sana dan tidak berura-ura untuk pulang buat masa terdekat, diperkenalkan: Lightnur.
Karya beliau: Warkah Untuk Anak Cerebral Palsy
 

Tahniah anda bertiga! Bagi edisi akan datang, sekali lagi kita akan pilih 3 pemenang :D Jadi marilah hantar karya anda segera!  

Baca perbualan