Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kapasitor MS: Buletin Mac 2011

 

*gambar saya ketika bertugas di Mesir melupuskan pasir-pasir yang diseludup.

Tentu aneh kalau saya kata, inilah waktu terluang pertama saya dalam bulan ini lantas barulah saya mampu menulis buletin kan?

Misteri sungguh kehidupan saya akhir-akhir ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Melihat prestasi penulisan buletin saya, yang saya pergi tambah pulak sendiri dengan tugas menulis mengenai  PCB menunjukkan trend yang kurang memuaskan. Buletin Mac di 17hb. Apa yang saya fikirkan? Hehe.

Lantas tergeraklah hati saya untuk bertanya, ada tak idea bagaimana saya nak atasi masalah ini. Saya mula terbayang saya patut buat giliran menulis sesama saya dan empat Kru Pengelola yang ada. HEHE. Tapi kena maklumkan awal-awallah kan. Supaya mereka boleh bersedia dan menyelami apa yang terjadi di laman ini sepanjang bulan berkenaan.

PENGKARYA BARU MARILAH BERKOMUNITOR
Tahun 2011 melalui pemerhatian lensa kornea yang sebelah ini menyaksikan munculnya beberapa penulis baru yang saya kira ... ada kelas! Saya suka mengikuti dan membaca hasil-hasil nukilan mereka. Teruskan berkarya anda semua!

Cuma apa yang saya sedikit kesalkan, bila tengok di ruangan komen asyik-asyik nama yang sama, nama yang lama aje yang tinggalkan komen.

Sesetengahnya dibalas oleh penulis. Sesetengah langsung senyap :)

Apa kata, mulai saat lahirnya buletin ini kita lahirkan semula budaya yang pernah merancakkan Kapasitor satu tika dulu. Berkomunitor! Berkomuniti sesama ahli Kapasitor. Berkomuniti dengan saling berkomunikasi, saling memberi pandangan, ulasan atau meninggalkan jejak di karya-karya orang lain juga.

“#4 Komen, nilai dan berinteraksi dengan komuniti
Anda tentu tahu bagaimana kesan komen dan nilaian orang lain terhadap karya anda dapat membantu memberi kepuasan, panduan dan dorongan yang seterusnya akan menggalakkan kepada penulisan yang lebih baik.

Yang anda selalunya tak tahu adalah bagaimana untuk mengamalkan budaya give and take terhadap konsep yang disebutkan tadi kepada karya orang lain. Tanamkan sifat saling membantu dan bertoleransi dengan mengomen, menilai karya sahabat lain. Juga jangan malu berinteraksi di dalam chatroom.

Pembaca dan pengomen juga manusia, mereka lebih senang mengomen seseorang yang mereka kenali dan mesra.”

... demikian yang pernah saya katakan, LAMAA dahulu melalui entri saya yang ini.

KEPUTUSAN SPM: PILIHLAH JALAN TERBAIK UNTUK DIRI ANDA SELEPAS INI
Buat adik-adik Kapasitorian yang bakal mengambil keputusan peperiksaan SPM pada 23 Mac ini. Abang Tomic (EUH!) ingin mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya di masa hadapan. Ya, tahniah sebab saya tahu anda semua memang hebat-hebat dan pandai belaka, kalau pun nanti di atas kertas tu mencatat sebaliknya. HEHE.

Apa yang penting selepas ini pilihlah jalan hidup yang terbaik untuk diri anda semua. Janganlah ambil sesuatu jurusan semata-mata kerana glamor, kerana mengikut boyfriend, kerana rasa boleh gaji banyak dan sebagainya. Tetapi carilah mengikut apa yang kita minat dan akan enjoy mempelajari serta bekerjaya dengannya.

CERITA MENARIK DI SEKSYEN NOVEL
Seksyen yang sedikit dipandang sepi tapi sebenarnya diam-diam berisi mempunyai beberapa cerita menarik yang aktif ketika ini.

Antaranya adalah karya 26life bertajuk Penghuni Terlarang. Ceritanya sesuai untuk yang gemarkan fiksyen mistik dan alam ghaib. Sekarang sudah ada 8 bab sejak mula dilancarkan 30 Januari lalu. Tahap keaktifan: SANGAT BAIK DAN KONSISTEN

Kemudian kita turut ada karya dari Wan19 (agaknya penulis novel ni memang suka mempunyai nama pena bernomborlah. 26, 19) :p Beliau tampil dengan karya mengenai wanita bersaiz XXL yang turut gemar memicit jerawat melalui suka-duka kehidupan di kolej. Cerita bertajuk Min Montel ini sudah ada 3 bab sejak dilancarkan 16 Februari lalu.
Tahap keaktifan: BAIK TETAPI TIDAK KONSISTEN

Pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2010, Neddo juga telah menghantar satu lagi bab di dalam karya yang memungut rating paling tinggi pada tahun 2008, 2009 dan 2010 (lamanya cerita ni, tak habis lagi puan doktor :p)


Neddo, secara peribadinya selaku teman lama di Kapasitor adalah seorang pengkarya yang sangat saya salut. Pernah ada 3 penulis yang asalnya pelajar perubatan bertukar doktor di sini. Dua daripadanya ditelan arus deras kerjaya, tetapi Neddo tetap tegar menarikan jemarinya di keyboard penulisan. Beliau = luar biasa.

Saudara Riri.. ehem! Bila nak sambung novel Idaman Kalbu ni! Hepp.. buat-buat tak tahu pula ya.

AKTIVITI DAN PERTANDINGAN DI KAPASITOR BAHASA MELAYU (MS)
Untuk perhatian anda semua juga, terdapat dua aktiviti yang sedang berjalan di Kapasitor MS ketika ini iaitu Pertandingan Cerpen Bertema (PCB) Edisi 4 yang membawa tema “Sukan / Permainan.”



Juga kita ada Cabaran Puisi Multimedia Kapasitor (CPMK) anjuran saudara Perkasa dan Tampan atau singkatnya PAKTAM.

Anda boleh melayari pautan yang diberikan untuk mengetahui tentang pertandingan ini dengan lebih lanjut.

KARYA PILIHAN KRU PENGELOLA BAGI FEBRUARI 2011

PUISI:

Secangkir Kopi Revolusi – Toti
Nil Merah – Kurusawa
Rasa Rahsia – Kosong
Titik Hapus – Mokai
Bangsa Yang Tidur – Linariff
Perompak Duit Rakyat – Jojo
Kosong – Bungakopi
Dua Puluh Dua Lelaki – Srikandi
Barah-Barah Cinta – Ckgunikmie
Relatif - Penglipur

CERPEN:

Kali ini saya yang pilih sendiri entri bagi cerpen pilihan bulan yang lalu. Pada saya ketiga-tiga karya ini memberikan impak yang paling signifikan kepada Kapasitor MS adapun di dalam cara yang berbeza.


Seorang Wanita, Zarith – PETAK
*Saya suka gila cerita ni!

Kabus Dari Seberang – Upenyu
* Simply the best by Upenyu!

Manifesto Sus Scrofa – Toti
*Cerita yang menarik dan ada perbincangan hangat di ruang komennya!

Sekian saja buletin kali ini :) Jumpa lagi di terbitan akan datang!

Baca perbualan