Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Kesediaan dan kepekaan di dalam menulis puisi dan prosa.

  • dayya
  • 13 years ago
  • 3,185

 

Salam sejahtera buat semua teman-teman penulis. Agak lama saya menyepikan diri. Agak sibuk meneruskan kelangsungan hidup. Kurangnya saya berbanding anda semua-- saya anak kecil yang masih belajar menyusun masa. Dan, Kapasitor terpaksa pula saya sisihkan seketika. Tersisih tanpa mahu.

 

Maaf buat semua andai tugas yang tergalas tidak saya laksanakan sewajarnya.

 

Berbalik kepada kupasan tentang kepekaan berbeza dalam menulis puisi dan prosa, suka saya berkongsi sedikit ilmu yang saya fahami dari buku kesukaan saya ; Saya Betul, Anda Salah. [Alih bahasa] (2002).

 

Seorang penulis seharusnya semenjak awal waktu dia mengatakan bahawa dia mahu menulis, sudah punya kesediaan. Ianya semudah bila hati terdetik, "Ah, aku rasa mahu menulis sesuatu hari ini." Dan kelangsungan itu berpanjangan dengan perkara yang berkaitan seperti arah tuju gerak tulis itu sendiri.

 

"Kesediaan" sangat penting dan merupakan satu bahagian utama dalam perilaku jaringan saraf yang bersifat mengatur sendiri.

 

Sebagai seorang penulis, seharusnya kita sedar bahawa sudah wujud rangsangan dalam otak yang 'mengujakan' tulisan dan bakal memimpin pembaca ke arah laluan rasa dan alur fahaman seperti kemahuan kita. Dengan kesediaan ini, maka penulisan yang bakal terhasil akan punya nada dan lebih terarah, selain mencantumkan kesediaan penulis dan pembaca di dalam naskah tulisan itu. Inilah nanti yang memberikan kepuasan kepada pembaca apabila selesai menelaah hasil tulisan tersebut.

 

Mungkin ramai yang tidak menyedari betapa pentingnya 'kesedian' agar dapat memberi kesan 'kepuasan' ini. Edward De Bono menggelarkannya sebagai "Kesan Ambang" dan ia sebenarnya merupakan salah satu ciri struktur saraf. Ianya adalah kesan tidak linear yang biasa. Maksudnya begini, input di dalam nukilan itu seharusnya perlu cukup untuk mengalirkan kesan kepada pembaca.

 

Istilah "ambang" terbit secara langsung dari satu analogi mudah. Di luar berlaku banjir: kerana hujan lebat atau parit tersumbat. Air banjir masih belum masuk ke dalam rumah. Aras air di jalan mula meningkat. Rumah anda masih belum dimasuki air. Sebaik sahaja aras air mencecah takat 'ambang', air mula masuk ke dalam rumah dan rumah anda juga sama dibanjiri seperti keadaan di luar.

 

Puisi adalah suatu penghasilan secara langsung dari proses kepekaan yang mana ianya terhasil atas kesediaan penulis dan pembaca untuk cuba memahami sesebuah puisi. Setiap patah perkataan, imejan dan kiasan berhubung kait terus dengan bahagian tertentu di dalam otak dan kesannya secara keseluruhan membentuk pola ataupun juga disebut sebagai emosi. Berbeza dengan atur susun pola prosa yang menghimpunkan emosi pada masa tertentu, puisi pula mempunyai susun atur emosi dan pola yang bertindan lapis. Di dalam prosa kesan pola yang wujud harus bersifat jelas dan masuk akal kerana prosa itu sendiri sifatnya sebagai suatu bahasa komunikasi sedangkan puisi pula memerlukan kepekaan dan ketelitian.

 

Menulislah dalam aliran apa sekalipun, kesediaan dan kepekaan dalam penulisan adalah elemen yang terpenting. Kesan akhirlah [di sini saya lebih tumpukan kepada kepuasan pembaca dan penulis] yang mampu mengungkap sesebuah naskah itu bagus atau tidak. Bukan aliran.

 

 

 

Baca perbualan