Macam Mana Nak Cari Jodoh di Malaysia?

900k ahli di sana sedang mengunggu anda di Baitul Jannah. Mungkin.. jodoh awak ada sana.

Daftar Sekarang!

Keamanan Dunia

 

Adakah dunia akan lebih aman dengan kematian Osama? atau Ghaddafi?

Tiada siapa yang dapat memberi jaminan itu.

Hanya Allah saja yang Maha mengetahui.

 

Apa respon terbaik yang wajar diberikan oleh dunia Islam?

Sungguh sukar untuk menjawabnya.

Kita menyokong pembunuhan? Mungkin bukan respon yang terbaik.

Tapi dalam Islam juga ada hukum darah dibalas darah kan?

Bab hukum ni aku tak pandai.

 

Ada pula yang cuba mengatakan.. 'Ah ini semua tipu helah semata-mata..Amerika mereka cerita membunuh Osama dan kemudiannya Osama dimasukkan ke dalam Federal Witness Protection. Sebab itu mereka cepat-cepat menguruskan jenazah nya'

 

Bagi aku, kalau macam itu pun tak apa.

Asalkan dunia semakin aman. Orang-orang terdekat dengan Osama tahu dia tidak mati, lantas tidak membuat perancangan untuk membalas dendam.

Kurang seorang manusia yang dibunuh.

Pembunuhan politik pun tidak berlaku. 

 

Kalau dunia membenarkan pembunuhan politik, maka apakah 'guarantee' bahawa pemimpin-pemimpin dunia lain tidak boleh dibunuh atas alasan kestabilan politik?

Malaysia, Singapura, China, India.. semua pemimpin nanti masuk kategori yang sama.

Siapa yang menetapkan syaratnya? Amerika seorang? NATO? UN? Siapa?

Dunia menjadi semakin tidak selamat.

 

What's your take?

 

echopena
http://echopenamenulis.blogspot.com 

 

Baca perbualan